Pemimpin Islam berpura-pura simpati isu Rohingya

Respon antarabangsa yang lembab terhadap pembunuhan genetik bangsa yang bernama Rohingya amat memalukan malah ia mencerminkan diskriminasi antarabangsa terhadap isu masyarakat minoriti Islam ini.
Lebih memalukan, respon dan bantahan pihak negara Islam yang juga kelihatan terpinga-pinga, lambat serta kelihatan dingin terhadap isu ini. Selain Iran dan Turki, kelihatan negara Islam  lain hanya mahu membaca sumber berita tertier sahaja melalui media-media barat sebelum bertindak.
OIC sebagai contoh hanya bercakap selepas sebulan puluhan ribu nyawa Rohingya mati di tangan rakhine Arakan. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 pada 14 dan 15 Ogos 2012 yang lalu di Mekah dengan dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, malah malaysia dikatakan akan dijadikan pusat pertemuan OIC bagi membincangkan bantuan ke Arakan.
Pertubuhan itu memang terlewat apabila MAPIM dan NGO Indonesia dan Thailand telah  selesai berjumpa dengan pemimpin Myanmar pada 1 Ogos 2012 untuk membincangkan status rakyat Rohingya dan mendapatkan kenyataan sebenar pemimpin negara berkenaan. Atas kapasiti NGO yang tiada bantuan dana besar seperti OIC, MAPIM menjalankan tugas dengan lancar dan ikhlas.
Lebih jauh ke hadapan, Setiausaha Agong MAPIM bersama 2 orang petugas MAPIM ( Sany Araby Dan Ereeta Abdul Rahman), dan Ustaz Amin Menjamin , Pengerusi SHURA Thailand telah menyertai forum antarabangsa mengenai Isu Rohingya di Universiti Thamasat , Bangkok pada 15 hb Ogos 2012 serrentak dengan persidangan OIC yang baharu ingin menetapkan halatuju isu pembunuhan Rohingya.
Forum yang dianjur oleh Yayasan People’ ASEAN People’s Empowerment itu  juga dihadiri oleh ahli Panel  , Dr Abid Zahar dari Kanada dan  Dr Habib Siddiqi dari Amerika yang mempunyai hujah kukuh mengenai hak kerakyatan Rohingya di Myanmar telah membentang hujah ilmiah yang meyakinkan mengenai isu bahawa etnik Rohingya adalah pribumi di bumi Arakan. Oleh itu mereka berdiri teguh bahawa penolakkan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya sebagai warga Myanmar adalah bertentangan dengan hak asasi manusia antarabangsa .
Tindakan OIC yang belum mengetahui kondisi sebenar Arakan serta semberono merancang bantuan tanpa bekerja sedari awal isu ini akan tergencat kerana OIC sendiri tiada petugas sukarela atau misi akar umbi yang membuat pantauanterutma dari aspek maklumat tempatan, geografi, sosial dan sikap penguatkuasa Myanmar.
Berlainan dengan forum anjuran NGO-NGO Asean yang telah bekerja secara konsisten dari awal. Mereka juga  telah menyambut dengan penuh semangat mengenai inisiatif MAPIM dan SHURA yang akan menganjurkan misi Flotilla Antarabangsa ke Arakan untuk mendesak Myanmar bertindak membuka sempada Arakan agar boleh dimasukki agensi kemanusiaan antarabangsa. Dua NGO ini diasaskan di Malaysia oleh rakyat Malaysia.
Rumusan Forum itu menerima bahawa inisiatif MAPIM dan SHURA adalah suatu upaya yang konkrit dan seluruh peserta diminta menyokong misi Flotilla yang akan dijayakan pada awal September 2012 ini.
MAPIM dan SHURA juga telah mengadakan perbincangan dengan NGO Islam di Markaz Islam Thailand dan  menyeru agar NGO di Thailand bertindak lebih aktif mengenai isu Rohingya kerana mereka adalah bersempadan dengan Myanmar.
Pihak polis dunia Amerika Syarikat pula diam menyepi malah tidak seaktif semasa bercakap isu israel dijarah Roket Hamas pada tahun 2008 dahulu malah giat menggesa Mesir menutup pintu Rafah satu-satunya pintu talian hayat Gaza ketika itu.
Petaka apakah yang menimpa umat islam ini sehingga ia tidak mampu membuka mata pemimpin –pemimpin negara umat islam malah hanya menjadi penyalur lidah-lidah Amerika dan yahudi semata-mata? Apakah bentuk wayang yang masih cuba dimainkan terutama melibatkan puluhan ribu nyawa umat Islam yang dibunum di bumi Burma sebegini?
Ketika Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agar Parlimen yang mulai bersidang mengusulkan isu pelarian Rohingya, kelihatan ada signal positif apabila ada juga Ahli parlimen yang sudi membawa usul tersebut.  Malangnya Dewan Rakyat MENOLAK  untuk membincangkan isu pelarian Rohingya yang semakin meruncing. Usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar itu ditolak  pada 19 Jun 2012 oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia aatas alasan tidak releven dan tidak penting!
Mungkin tidak perlu kita bahaskan sikap majoriti negara umat islam di luar sana. Lihat sahaja sikap pemimpin negara sendiri yang dingin serta berolok-olok dalam menangani isu mustada’fin yang tertindas serata dunia.
Sebelum ini, amat mengesan hati rakyat apabila Usul bagi membincangkan berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke 60 pendudukan haram Israel di bumi Palestine ditolak oleh Dewan Rakyat pada tahun 2008.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika itu , Datuk Ronald Kiandee menolak usul tersebut di bawah peraturan mesyuarat yang mana usul itu tidak perlu disegerakan.Presiden PAS Abdul  Hadi telah membacakan teks usul, antara lain menyebut 14 hb Mei 2008  adalah genap 60 tahun Hari Naqba yang merupakan sejarah pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin.
Kemudian NGO seperti ABIM dan NGO Gabungan Selamatkan Syria seperti IKRAM dan HALUAN telah cuba  membawa usul konflik di Syria ini ke Parlimen agar dibincangkan dan diangkat bagi menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap keganasan yang berlaku di Syria dan usaha-usaha untuk menghentikan keganasan. Namun seperti biasa, Malaysia jaguh dunia islam yang digembar gemburkan tidak berani membahas  usul ini dan telah ditolak mentah-mentah oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan menjaga hubungan diplomatik yang telah wujud di antara kerajaan Malaysia dan Syria selama ini.
Suatu ketika dahulu Parlimen Malaysia juga pernah berpandangan begini apabila usul menuntut kerajaan menyuarakan bantahan terhadap kekejaman Thai terhadap rakyat Patani semasa awal kemerdekaan negara kita.
Sampai bilakah pesemis dan budaya olok-olok ini akan berlarutan. Mengapa tergamak segelintir pemimpin Islam berlakon, mengaum dan menjerit isu penindasan umat islam, isu Islam bukan pengganas dalam masa yang sama menindas rakyat yang berpendidikan agama atas alasan terlibat dengan pengganas? Adakah kita btidak menyangka Amerika tida perhatikan sikap kita?
Tun Mahathir pernah mengatakan Barat bakal berhadapan 1.6 bilion umat islam jika menganggap islam itu ganas, sedangkan rekod pentadbiran Tun Mahathirlah tangkapan atas alasan militan dan pengganas paling tinggi. Adakah kita cuba menjadi ketam mengajar anak berjalan lurus apabila cuba mengajar Barat bahawa penganut  Islam itu bukan pengganas?
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis TERAS Cawangan Perak

 

Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Pengacuan (Molding)
Prima Metal Sdn Bhd
017-6291368
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: