PERLAKSANAAN HUDUD ADALAH PERINTAH ALLAH , BUKAN SOAL GABUNGAN PARTI POLITIK

Kenyataan Media TERAS

20hb Ogos 2012

TERAS melihat isu perlaksanaan hudud dan mengujudkan negara Islam bukan soal kompromi antara parti politik atau tidak , akan tetapi ia adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan untuk menunaikan perintah Allah

Tun Mahathir telah menunjukkan kedangkalannya bila  melihat perlaksanaan hudud hanya pada sudut menyatukan antara parti politik dengan mengajak Pas bersama Ummo .

Beliau lupa betapa ketika beliau berkuasa , hudud dikecam oleh beliau sendiri dengan menuduh hudud sebagai undang-undang lapuk , tidak boleh dilaksanakan kerana akibatnya akan ramai yang kudung di Negara ini , bahawa undang-undang ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk.

Bukan sahaja beliau adalah watak utama yang menghalang perlaksanaan hudud di negara ini malah beliau sendiri adalah orang yang paling vokal menyatakan Islam tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya dinegara ini kerana negara ini mempunyai masyarakat berulang kaum.

Pengistiharan bahawa negara ini adalah negara Islam yang beliau ungkapkan tidak terbukti serius kerana banyak aspek perlaksanaan sistem Islam yang sepatutnya di laksanakan ternyata dihalang ketika pentafbiran beliau. Malah membunuh Sekolah Agama Rakyat dan dan menolak Bahasa Melayu sebagai wahana pembangunan negara Islam adalah berpunca dari zaman beliau .

Kini Mahathir mendakwa hudud yang beliau tolak adalah hudud Pas . Persoalannya dibahagian manakah yang dapat beliau buktikan ianya adalah hudud Pas dan bukan hudud Islam. Meletakkan dasar bahawa hukum Allah adalah hukum tertinggi negara itupun telah beliau tolak , apatahlagi untuk untuk melaksanakan hukum hudud.

Penolakkan perlaksanakan hudud oleh Karpal Singh tidak mengejutkan kerana beliau seorang bukan Muslim dan hujah beliau adalah berdasarkan perlembagaan negara. Namun penolakan hukum hudud oleh Umno yang bersekongkol dengan MCA , Gerakan selama 55 tahun berkuasa , yang jelas membantah perlaksanaan hukum hudud , adalah lebih parah.

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno bersikap mengelak dan membisu untuk menyatakan pendirian ketika MCA dan Gerakan dengan lantang menolak perlaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya.?

Bukankah sejumlah kenyataan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri membuktikan beliau adalah orang yang paling keras menolak perlaksanaan hudud dan perlaksanaan sistem Islam secara menyeluruh. Malah beliau mengecam ulama yang berpendirian tegas untuk menuntut hukum hudud dan perundangan Islam dilaksanakan secara menyuluruh. Malah jika disemak semua kenyataan beliau mengenai hukum hudud , sepatutnya para mufti menegurnya beliau dari awal lagi kerana kenyataannya boleh menjejaskan aqidahnya.

Sekarang kerana terdesak untuk mendapat pengundi Melayu , Mahathir menyerang Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mahathir ternyata bermuslihat politik oportunis untuk meretakkan hubungan dikalangan parti politik musuh Umno Barisan dan cuba mengujudkan polimik dalam masyarakat untuk menolak gelombang Pakatan Rakyat.

Mempolitikkan hukum hudud untuk meraih undi Melayu inilah yang TERAS kesali dan mengutuk sekeras-kerasnya. Sesungguhnya isu ini sudah terlalu lama diketengahkan secara bermusim oleh media arus perdana sehingga yang menjadi mangsa ialah masyarakat awam kerana terperangkap dengan perbahasan bersetimenkan politik bukan berasaskan ilmu.

Pernyataan seorang Ahli ADUN Umno di Johor supaya hudud dilaksanakan itu sendiri tidak disambut oleh pimpinan Umno sendiri , apatah lagi Umno mahu benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud diperingkat pusat.

Kini polimik hukum hudud sekali lagi dilontar oleh media bertujuan mengujudkan kesangsian rakyat kepada Pakatan Rakyat .

Pendekatan yang sepatutnya Umno lakukan ialah menyatakan sikapnya terhadap MCA dan Gerakan dalam isu ini dan mengusulkan sokongan kepada hukum hudud di Parlimen.

Hukum hudud bukan untuk dipersendakan dan untuk dilayan bagaikan bola yang dilontar kesana kemari. Pemimpin Umno harus insaf bahawa isu ini adalah isu hukum Allah yang semua insan Muslim yang memegang kuasa akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti

TERAS mendesak agar semua pihak menghentikan polimik hukum hudud yang menghina hukum Allah dan mencari jalan dengan bersungguh agar perlaksanaan hukum Islam dimartabatkan kepada taraf yang sewajarnya.

Perbahasan bertujuan mengambil  kesempatan menyerang parti politik lawan tidak akan membawa apa-apa makna , malah hukum Allah diletakkan ke taraf yang hina bila dihujah oleh mereka yang jahil dan bersikap sembrono kepada perundangan Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: