PESANAN AIDIL FITRI AL MUBARAK DARI SETIAUSAHA AGONG MAPIM/SHURA

Allahuakhbar , Allahuakhbar , Allahuakhbar walilahilhamd.

Tamatnya madrasah Ramadhan sangat memilukan. Kehangatan beribadat , kemesraan bertilawah , keakraban bertazkirah , semua ini berlalu dengan ingatan yang tidak mudah berlalu begitu sahaja. Sememangnya tujuan kita dijemput menjadi tetamu Ramadhan adalah untuk menghirup kenikmatan luar biasa keampunan Allah yang maha luas.

Kini bulan-bulan pertarungan menguji keimanan yang telah disegarkan akan bermula lagi. Ketika kita berpuasa dengan menjaga segala pantang larangnya , kita kini diuji apakah pantang larang syariat Allah dalam ruang lingkupnya yang menyeluruh dapat diperintah selanjutnya.

Kami insaf bahawa Syawal yang kita sambut bukan sekadar menyatakan kemenangan mengekang syahwat , malah lebih besar dari itu ialah untuk mempertajamkan kesedaran kita dalam berIslam dan berUmmah. Sesungguhnya kehalusan rasa dan ketajaman pemilikan yang dipupuk sepanjang Ramadhan adalah dalam rangka menjadikan kita semua sebagai insan Muslim yang siap melaksanakan tanggungjawab sebagai anasir Ansarullah .

Lantaran itulah kemenangan yang disambut disyariatkan dengan mengumandangkan takbir , tasbih dan tahmid . Menyatakan dengan tegas dan lantang bahawa kita tidak akan berkompromi dengan kesyirikan dalam semua dimensinya , menyambut dengan sedar bahawa kita akan memurnikan basirah kita dengan jelas untuk menjadi insan yang  mukhlisin nalahuddin , siap sedia menjadi jundullah berhadap dengan tentera ahzab dengan segala bentuk dan rupanya.

Sebab itu berpuasa kita adalah berbeza dari insan biasa , kerana Ramadhan adalah tarbiyyah melahirkan mujahiddin dan mencetak qiyadah dan daiyyah yang tangkas dan tanggap.

Lantaran itu semua teman-teman yang telah bekerja keras menangani isu umat tatkala Ramadhan yang kini sarat dengan isu menghadapi mehnah penindasan dan kezaliman , amat kami kagumi. Beruntunglah mereka yang dapat menikmati kesatuan antara ibadah saum dan ibadah jihad fisabilillah .

Persiapan untuk ke Gaza yang menjadi misi tetap MAPIM dan SHURA setiap Ramadhan telah berjaya sampai ke bumi Ar Ribath dan Jihad itu , alhamdulillah. Moga semarak ukkhuwwah dan pergorbanan dan rasa nikmat perjuangan akan memungkinkan setiap petugas kita menjadi insan yang tergilap dengan rasa jihad yang membara buat memperjuangkan izzah ummah dan quwwah Islamiyyah.

Buat teman-teman yang menyertai misi khas ke Yangon , Myanmar demi membela rakyat Rohingya Muslim yang dizalimi oleh pememerintah sendiri , kami juga merakamkan tahniah. Sungguh menyedihkan , betapa ratusan ribu yang kehilangan tempat tinggal , ribuan yang dibunuh , puluhan masjid dan perkampungan umat Islam Rohingya yang dibakar . MAPIM dan SHURA sekali lagi melupakan keselesaan dalam beribadah untuk terjun ke medan mengerah segala sumber yang ada bagi menunaikan panggilan jihad. Teman-teman tidak berpuasa seperti orang biasa tetapi berikhtiar siang malam untuk menyelamatkan saki baki umat Islam yang tinggal di Arakan yang dizalimi itu.

Sesungguhnya semua amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi inspirasi buat umat Islam keseluruhannya , bahawa Ramadhan pada hakikatnya ada bulan perjuangan .

Mari kita semarakkan terus kerja Islami yang tidak kenal titik henti. Umat Islam yang terus mendambakan pembelaan hampir ujud disemua pelusuk dunia . Bermakna berbekal keimanan dan ketaqwaan dibulan Ramadhan , kita  perlu segera mencanangkan semboyan jihad kepada seluruh umat Islam.

Sudah sampai masanya kita merealisasikan agenda mengangkat syariat Allah dipersada dunia buat alternatif paling berkesan untuk menangani pelbagai persoalan yang dihadapi dunia masa kini. Semada Timur mahupun Barat , Islam perlu diketengahkan dengan penuh yakin.

Pihak yang memuja kebatilan dan mengidolakan kesenangan hidup dunia harus dikejutkan bahawa mereka sebenarnya membuang masa dengan kealpaan dan kepalsuan yang merugikan. Sesungguhnya tidak ada alternatif yang terbaik yang harus ditawarkan kepada dunia yang sarat dengan krisis yang amat parah di abad ini melainkan untuk kembali kepada syariat Islam.

Bahawa Islam yang kaffah itulah satu-satunya ubat. Tidak ada jalan kedua. Inilah jalan kita dan akan kita semarakkan buat membangunkan semula qiyadah yang layak dikuti .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM-SHURA

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Ogos 2012
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: