OIC digesa hantar tentera pengaman ke Syiria

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Isam Malaysia (Mapim) menggesa konflik di Syria diselesaikan melalui mekanisme dalam OIC.

Menurut mereka, kegagalan Persidangan NAM di Tehran baru-baru ini untuk mengeluarkan kata sepakat mengenai isu Syria adalah bukti betapa penglibatan kuasa besar Barat masih banyak mempengaruhi keputusan negara-negara berkecuali untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.

Tentera pengaman dari PBB juga kata mereka gagal menyelesaikan konflik tersebut kerana elemen dari kuasa besar sangat kuat memberi kesan kepada sesetengah negara dalam NAM dan dalam PBB.

“Oleh itu kami menyarankan supaya OIC mengambil inisiatif bagi menghantar tentera pengaman sekaligus mengadakan perundingan penyelesaian politik yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak yang bertelegah,” kata Pengerusi Shura Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan bersama.

Krisis di Syiria sudah berlarutan lebih satu setengah tahun dan sehingga ke hari ini sudah mengakibatkan lebih 20,000 terbunuh.

Keadaan kini yang semakin meruncing tidak boleh diterima akibat kedua-dua pihak yang bertembung mempunyai kekuatan senjata berat yang semakin jelas telah menyebabkan orang awam menjadi mangsa.

“Kami mengesa negara-negara Islam mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada Libya apabila tentera Nato telah campurtangan menjatuhkan Muammar Gadafi dan kini kuasa sepenuhnya tidak berada ditangan rakyat Libya kerana kuasa Barat mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan sumber minyak dari Libya,” ujar mereka lagi.

Menurut mereka lagi, pihak barat telah berjaya menjadikan konflik di Syria sebagai konflik sektarian antara Sunni dan Syiah, pada hal pihak kuasa barat sudah lama merancang agar Asad dapat digulingkan dengan cara pemberontakkan rakyat.

Sementara, Shura dan Mapim juga menolak dan mengecam dengan keras kezaliman regim di Syria sejak dari Hafiz Al Asad sehingga Basyar Al Asad dam menggesa supaya kejatuhan regim itu mestilah dijamin agar tidak ada permainan kuasa barat mendapat manfaat dari pertukaran pemerintah.

“Kami percaya jika perundingan untuk merubah regim Syria dapat dilakukan dengan aman, rakyat Syria akan mendapat manfaat yang maksima berbanding  membiarkan pemberontakkan yang dibiaya dari luar.

“Perselisehan pandangan mengenai konflik di Syria iaitu Turki, Iran dan Saudi Arabia hendaklah dikendalikan dengan bijak supaya isu terpenting iaitu membela yang ditindas dan menghukum mereka yang telah melakukan kezaliman dilaksanakan dengan adil,” tegas mereka.

Sebab itu agensi yang boleh berperanan menurut mereka ialah melalui blok negara-negara anggota OIC yang boleh memberi peluang negara-negara tersebut untuk mengadakan pendekatan perundingan yang lebih matang dan berkredibiliti.

Lantaran itu kata mereka, adalah menjadi kewajipan OIC untuk bersidang menghantar tentera pengaman segera demi memastikan kemusnahan Syria tidak berlanjutan.

“Kami berpendapat bahawa saranan formula 6 poin Kofi Annan serta resolusi Liga Arab boleh dijadikan asas untuk menyelesaikan konflik tersebut.

“Akan tetapi perkara asas yang perlu dijamin ialah perubahan regim di Syria perlu ditangani dengan baik sehingga penyelesaian berpanjangan dicapai demi kestabilan rantau Asia Barat,” tegas mereka.

sumber : harakahdaily

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: