SAMBUTAN KEMERDEKAAN 55 TAHUN : MERDEKALAH DENGAN SEBENARNYA

PERUTUSAN SETIAUSAHA AGONG MAPIM

30 hb August 2012

Tidak ada yang tidak merasa bangga hidup dalam Negara yang Merdeka. Kata keramat Merdeka sangat mengesankan. Apatah lagi jika mereka yang berada bersama dalam perjuangan kemerdekaan. Melihat bendera ” union jack ” diganti dengan jalur gemilang amat memberi kesan yang bukan kepalang.

Demikian perasaan kita setiap malam 30 hb August , tepat detik 12.00 malam , jeritan kemerdekaan digemakan.

Akan tetapi secara jujur , terlalu banyak persoalan kemerdekaan yang perlu dirongkai sehingga memaksa kita meneliti dan membuat semakan realiti . Adakah sungguh kita berada dalam kemerdekaan ataukah kita hanya beridamkan kemerdekaan ? Benarkah kita sudah keluar dari perhambaan , atau kita berpindah kepada perhambaan versi baru ? Sungguhkah kita telah mencapai kemerdekaan sehingga kita tidak bergantung kepada sesiapun selain Allah S.W.T ?

Kami telah memgutarakan sebuah makalah berjudul “50 cara menyelamatkan Malaysia” ketika kita menyambut kemerdekaan genap 50 tahun pada 1997 . Tujuannya adalah untuk mencelikkan rakyat bahawa tidak kurang dari 50 hal yang kita maseh berada dalam kepompong penjajahan.

Dari persoalan aqidah umat Islam sehinggalah persoalan terperangkap dengan hegemoni kuasa Barat. Terlalu banyak kepincangan dalam kemerdekaan yang kita capai.

Pokoknya tergambar bahawa 50 agenda perubahan yang kami ungkapkan dalam makalah itu , jika kita tidak berusaha melakukan anjakkan , kita sebenarnya membohongi diri bila kita melaungkan Merdeka !

MAPIM sebaris dengan semua rakyat negara ini untuk menyambut Hari Merdeka KE 55 tahun juga dengan bangga dan megah. Melihat dan membanding banyak negara setangga kita dalam rantau ini ,  banyak sebab untuk mengatakan kita merdeka dalam acuan tersendiri.

Akan tetapi ternyata juga kemerdekaan kita tidak memenuhi syarat . Syarat paling utama semestinya syarat untuk keluar dari segala penyakit yang sedang menjadikan diri dan kemerdekaan kita sangat rapuh.

Kermerdekaan bukan hanya datang untuk mengusir penjajah untuk kemudiannya diganti dengan kita pula yang menerajui kuasa . Belum lagi layak untuk kita menyatakan kita merdeka jika legasi penjajah dalam hampir semua aspek kehidupan kita maseh belum tanggal dalam pemikiran dan budaya hidup kita.

Kami berpendirian selagi sistem penjajahan dari seri budaya hidup , pendidikan , kebudayaan , ekonomi , sosial , politik , pentadbiran , pengurusan , undang-undang dan ketenteraan tidak berubah kepada sistem kita sendiri , kemerdekaan kita akan menjadi kemerdekaan kosmetik jua.

Inilah sebabnya dalam catatan sejarah kemerdekaan diperjuangkan dalam dua jalur . Jalur dialog dan perundingan serta jalur persenjataan . Juga yang paling harus diingat , kita juga didorong oleh jalur ugama  , bilamana para ulama yang menerajui perjuangan kemerdekaan menuntut agar kita menggunakan dorongan “jihad fisabilillah” .

Akan tetapi puak nasionalis feudal tetap mendakwa merekalah yang sebenarnya yang memperjuangkan kemerdekaan. Dalam persekongkolan yang menjijikkan , kemerdekaan kita dihadiahkan , diatas harga darah dan air mata para ulama dan pejuang kemerdekaan yang tulin.

Mendiamkan peranan para ulama adalah suatu jenayah dan dosa sejarah. Ia suatu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

Ertinya adalah salah untuk mendiamkan peranan ulama dalam perjuangan kemerdekaan ,kerana para ilmuan dan tokoh ulamalah yang menjadi perisai paling ampuh untuk membentengi peganggan dan identiti umat Islam.

Maka sambutan kemerdekaan kali ke 55 tahun ini  bukan suatu sambutan yang kita rai’kan  hanya dengan laungan. Sesungguhnya kemerdekaan adalah terlalu mahal untuk direndahkan nilainya kepada hanya hiburan dan pementasan yang tidak ketentuan .

Malah adalah memalukan bila erti kemerdekaan dicemari dengan membiarkan acara tidak senonoh dilakukan dihotel seperti minum arak dan berdansa dengan lucah atas nama perkongsian dan kebebasan kebudayaan .

MAPIM dengan itu merakamkan perutusan ini dengan penuh keinsafan bahawa sambutan kemerdekaan dengan tidak menyedari betapa banyak aspek yang perlu diperbetulkan akan sekali lagi menjadikan erti kemerdekaan hambar tanpa makna.

Kita harus menyatakan kekesalan kita betapa kita telah diperangkap dalam nafsu penjajah yang ditinggalkan kepada kita selama ini.

Lantaran itu gejala keruntuhan sosial , kelunturan adab , penghakisan budaya , kebejatan rasuah dan kronisme menjadi ciri yang semakin sebati dalam sahsiyyah rakyat dan pemimpin negara ini. Di satu segi dilaungkan transformasi besar-besaran diluncurkan dengan perbelanjaan berbilion ringgit namun disegi yang lain , khazanah negara disonglap tanpa rasa bersalah.

Mari kita kembali jujur dengan kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar iaitu dengan melafazkan dan menghayati kata-kata ” innasolati , wanusuki , wama yahyati , wawamaati , lillahi Rabul ‘alamin ”

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: