KERAJAAN MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN SOGOKKAN WANG DAN MERESTUI BUDAYA SAMSENG

Kenyataan Media TERAS

3 hb September 2012

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)  amat kecewa dengan budaya pemimpin kerajaan yang terus menerus mengguna wang dan paksaan kepada kakitangan kerajaan untuk hadhir dalam perhimpunan .

Jelas ini bukanlah petanda demokrasi yang sihat , malah adalah petanda kerendahan minda dan jiwa piinan kerajaan untuk berhadapan dengan realiti apabila tidak yakin dengan sokongan rakyat.

Sampai bilakah budaya seperti ini akan dikekalkan kerana ia adalah suatu cara  membohongi bukan sahaja rakyat malah kerajaan sendiri.

Kami mendapati betapa kerajaan kali ini mengguna habis-habisan semua kakitangan kerajaan untuk memastikan kehadhiran mencapai bilangan yang akan digahkan sebagai perhimpunan yang berjaya .

Tidak cukup dengan surat arahan dan amaran bahawa tindakan boleh diambil jika tidak hadhir , malah kakitangan juga ada yang diberi peruntukan kewangan untuk memastikan mereka tidak ponteng dalam acara bersandewara menyokong kerajaan.

Dari acara menyambut hari Kemerdekaaan sehingga kepada majlis jamuan Hari Raya , dari perhimpunan belia sehingga acara sambutan hari kebesaran negara ; beratus juta ringgit dikeluarkan untuk meramaikan majlis  tanpa berfikir mengenai implikasinya.

Tidak cukup dengan itu nampaknya pihak kerajaan merestui pendekatan samseng yang semakin menunjukkan bayangan bahawa kerajaan yang ada sedang terdesak sehingga tidak lagi membatas tindakan untuk mempertahankan kuasa , iaitu dengan apa cara sekali pun termasuk  kekerasan.

Sangat memalukan kini pihak parti yang bersungguh untuk mempertahankan kuasa di Putrajaya sedang bermati-matian untuk menghalalkan semua cara termasuk pendekatan terrorisme untuk menakutkan rakyat.

Lebih malang lagi pihak polis yang begitu cepat bertindak  jika ada laporan dilakukan terhadap pihak pembangkang , nampak sangat berlengah jika keganasan yang jelas dilakukan oleh penyokong kerajaan dilaporkan di seluruh Negara.

Soalnya apakah kerajaan yang sudah memerintah selama 55 tahun ini terlalu rapuh dan sudah terlalu lemah daya berhujah sehingga terpaksa mengguna politik samseng , politik fitnah dan politik adu domba antara kaum.

Lebih memalukan lagi ialah bila yang diperkuda ialah anak-anak muda bangsa Melayu . Bukan sahaja ia menghina daya berfikir generasi muda  malah juga merendahkan adab dan tatasusila budaya orang Melayu yang dipertonton kepada kaum lain.

Teras sangat kesal dan mengecam keras kepimpinan Melayu yang berdiam diri terhadap budaya politik tidak senonoh dan ganas . Cukup bangsa Melayu ini ditelanjang dengan budaya fitnah dan lucah yang sangat menjijikkan , kini kerajaan yang diteraju oleh orang Melayu pula mendidik anak muda bangsanya sendiri untuk berperilaku dengan budaya politik samseng jalanan yang sangat menjijikkan.

Teras berpendirian jika pemimpin-pemimpin Melayu  yang bersekongkol dengan budaya politik samseng ini tidak memperbetulkan pengikutnya dengan perangai yang melambangkan budaya Melayu, maka tidak ada masa depan lagi untuk bangsa Melayu dihormati .

Kini seluruh tenaga nampaknya terpaksa berhadapan dengan cabaran politik gangster ala mafia yang diperlihatkan kepada dunia .

Pihak pimpinan kerajaan dengan mudah berselindung disebalik Ngo assobiyyah fanatik bila berlaku provokasi untuk bertindak ke atas pihak pembangkang.

Akibat ketandusan ide untuk berhujah dengan matang dan dewasa , pimpinan kerajaan memileh untuk mencari jalan pintas mengujudkan ketegangan awam dan dengan itu boleh beralasan untuk merempuh seluruh hak politik dan hak asasi manusia dikalangan rakyat yang menuntut perubahan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “KERAJAAN MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN SOGOKKAN WANG DAN MERESTUI BUDAYA SAMSENG
  1. Assalamu Alaikum. wr-wbth
    Hakitanya memang Dunia ISLAM pada hari ini kurang sihat kerana Pemimpin ISLAM dinegara-2 Islam mahupun di negara bukan Islam bersofat ZALIM dan tanpa sifat maruah @ IZZAT ISLAM kerana kebanyaknya (Pemimpin Islam) menjadi hamba ekonimi kepada Barat dan USA. selain itu msalah kurang upayaan diantara generasi muda termasuk mahasiswa di negara2 islam . ada sebab.. 1 menjadi hamba kewangan (pimjaman daripada kerajaan) 2 industeri Hiburan. 3 penghayatan bebas tanpada teguran nasihat agma dan aqidah. 4 Ibu dan bapa menjadi bisu sebagai kutua keluarga islam dan amah zuriat suci Islam . 5 melahirkan nafsu syahawat daripada hiburan teknologi yang terbaru tanpa syariah..
    masalah kurang keagamaan : 1 A’alim Ulama dan Petugas Agama termasuk Imam-Imam Masjid masih belum Profisional dan beralat fokus kecil. 2 amalan kebajikan dan zakat (baitul mal) tiada berfungsi mengikut amaran Allah aiti (ASNAF)
    Golongan kurang nasib baik dikalangan umat islam malaysia kekal ditepikan oleh Kerajaan sendiri walaupun negera Malaysia yang terkaya dan hebat.
    maslah kelemahan Umat islam Melayu Islam di bumi ibunda : Pemimpin kekal terhina dan dikecualikan daripada hak-hak kebajikan dan pengasilan daulah.
    Insya Allah Golongan Umat Beriman akan kekal menang dan akan kembalikan izaat dan DAULAH masing-masing
    Allahu Akbar…..3 al-JIHAD fil ISLAM
    daripad PEJUANG ISLAM sedunia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: