TUNTUTAN TERAS KEPADA PARTI POLITIK

Kenyataan Media
TERAS Pengupayaan Melayu

12 hb September 2012

Menentukan kepimpinan Negara adalah perkara rukun dalam menentukan masa depan bangsa. Selepas mempertahankan agama , menjaga kedaulatan Negara adalah hal yang wajib. Bermakna menentukan siapa yang menjadi kepimpinan pemerintah adalah wajib yang diharapkan akan menerima mandat untuk menjaga kepentingan rakyat dan kedaulatan Negara.

Sayangnya umat Melayu Islam di negara ini sering terperangkap dengan pergelutan politik yang tidak terfokus untuk menumpu  benar- benar kepada mengukuhkan kedudukan bangsa Melayu. Akibat politik penuh simpang siur dengan korupsi dan budaya fitnah yang sangat jelek dalam pertempuran merebut kuasa , telah meletakkan orang Melayu ke dalam situasi yang sangat sukar untuk menjangkakan masa depan politik yang cerah.

Menjelang PRU 13 , kehangatan meraih undi semakin agresif . Kini medan yang akan menentukan masa depan politik bangsa dilihat bergantung kepada parti Melayu yang kini sedang bertarung dengan tajam.

Sementara kami amat prihatin dengan nasib bangsa Melayu terbanyak yang tergolong dikalangan mereka yang berpendapat sederhana dan rendah , kami juga khuatir dengan sikap bersahaja dan naif politik yang menjangkiti bangsa Melayu. Akibatnya bangsa Melayu-lah yang paling terdedah kepada pecaturan dan manipulasi politik yang sangat merosakkan.

Kini pelbagai Isu sedang diketengahkan untuk menarik perhatian orang Melayu. namun tidak banyak yang benar-benar menonjolkan perubahan yang perlu di gerakan pada diri orang Melayu itu sendiri.

Di satu sudut , yang dirangsang untuk orang Melayu  ialah budaya hiburan yang berterusan , sarat dengan pelbagai cerita para selebriti , namun di satu sudut yang lain pula , kerenah politik yang penuh dengan isu fitnah berlegar dengan kencang sehingga hilang fokus membincangkan perubahan sebenar yang sepatutnya dilakukan ke atas bangsa Melayu.

Kami berpendapat agak malang sekali bila ahli politik yang menyuarakan perjuangan bangsa tidak menunjukkan kesungguhan menjiwai perjuangan Islam yang sepatutnya menjadi asas dan teras kepada perubahan yang seharusnya diperjuangkan oleh bangsa Melayu.

Akibatnya berlaku pertentangan yang sangat ketara antara pernyataan dan tindakan. Ketika pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan mengumumkan slogan “rakyat didahulukan” namun , di sudut yang lain pula  pelbagai sikap yang menunjukkan mereka tidak mempunyai kesungguhan untuk mengenepikan sentimen politik bagi membenteras penyelewengan yang merugikan berbilion ringgit wang rakyat.

Ketika nasib orang Melayu dikata dibela oleh kerajaan , ternyata ekonomi orang Melayu maseh tidak dipulih terutama dikawasan bandar dan kawasan Melayu

Pilihanraya umum ke 13 ini akan menjadikan perebutan undi Melayu sebagai pemutus kesinambungan parti Melayu yang sudah berkuasa lebih dari 50 tahun. Kami mendapati kesilapan dan pengkhianatan kepada nasib Melayu tidak boleh diletakkan kepada pihak lain melainkan kepada parti yang berkuasa lebih 5 dekad. Sebabnya , jelas , jika sebuah parti Melayu terbesar mempunyai segala kuasa dan jentera untuk melonjak bangsa kepada tahap kehidupan yang lebih baik , gagal mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan politik bangsa , maka yang bertanggungjawab adalah parti dan seluruh kepimpinannya.

Jika ternyata ia telah tersasar jauh dari perjuangan , dan menjadi sebuah parti yang sebenarnya berlegar hanya dikalangan segelintir politikus elit yang membolot dan mengkayakan diri masing-masing , maka kelayakan untuk ia menjadi parti sandaran untuk bangsa telah berakhir.

Oleh kerana itu tidak boleh dipandang rengan bagaimana pengundi Melayu akan membuat keputusan dalam PRU 13 nanti. Semada terus memperjudikan nasib dengan memberi mandat kepada mereka yang telah merosakkan bangsa atau sebaliknya memileh parti yang jelas mempunyai asas yang kukuh , bukan sahaja diikat dengan amanah rakyat tetapi terkait langsung kepada pertanggungjawapan kepada Allah S.W.T.

Teras menyenaraikan 16 isu besar yang perlu dinilai oleh pengundi Melayu terhadap parti politik yang akan bertanding di PRU ke 13 ini , iaitu :

Isu Tanah

Isu status dan penghayatan Islam

Isu Pendidikan

Isu Kebajikan

Isu Pembangunan ekonomi

Isu intelektualisme dan ilmuan Melayu

Isu media Melayu

Isu professionalisme Melayu

Isu aset ekonomi orang Melayu

Isu bahasa

Isu sosial budaya

Isu perumahan orang Melayu

Isu kemiskinan Melayu bandar

Isu nasib golongan petani , nelayan dan buruh

Isu perlaksanaan syariah

Isu prestasi  agensi dan institusi-institusi Melayu

Ternyata isu-Isu tersebut adalah persoalan yang memerlukan perbincangan yang mendalam serta tindakan yang konkrit.Sehingga ini isu-isu yang dinyatakan ini tidak mendapat perhatian serious dari parti Melayu berfaham sekular-nasionalis.

Secara menyeluruh bangsa Melayu telah terperangkap dengan sindrom kebergantungan yang merugikan. Persoalan membentuk sebuah bangsa yang berciri mandiri dan mempunyai daya dan usaha yang tinggi nampaknya tidak menjadi agenda penting dikalangan ahli politik. Lantaran itu dapat dilihat cara berfikir dan tuntutan politik yang matang dikalangan orang Melayu amat rendah.

Teras berpendapat perubahan politik bukan satu-satunya perubahan yang akan mengubah nasib bangsa Melayu. Perubahan pemikiran , sikap , budaya hidup serta kepimpinan perlu diusahakan serentak.

Kelalaian pemimpin bangsa Melayu selama lebih 50 tahun telah menyebabkan orang Melayu telah terperangkap dalam sindrom kebergantungan , budaya feudal , kehilangan tanah Rizab Melayu , penghakisan bahasa , kerosakan akhlaq , gugatan Aqidah , pelenyapan perkampungan tradisional , gejala amalan rasuah , krisis sosial yang parah.

Teras mendapati aliran masalah-masalah ini terus berlaku malah dengan lebih meruncing. Kerajaan kini nampaknya meneruskan pendekatan menyogok wang dan melekakan orang Melayu dengan pelbagai acara yang mengalih perhatian bangsa dari isu-isu besar dan serius .

Akibatnya penyakit sosial terus menjadi wajah bangsa Melayu seolah menyebati sebagai budaya yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan orang Melayu. Kenapakah setelah 55 tahun kes penagihan dadah dikalangan orang Melayu yang tertinggi di Negara ini tidak dapat dibenteras. Kenapakah kes mat rempit anak Melayu tidak dapat diatasi . Kenapakah gejala buang anak menjadi fenomena yang ketara dikalangan orang Melayu di sebagai

Apa yang menyedihkan semua ini berlaku ditengah-tengah realiti betapa banyak institusi Melayu diujudkan , namun kesan dan gambaran hasil yang diusahakan sangat menyedihkan.

Tidak terdapat kesungguhan dari sejumlah institusi Melayu yang diwujudkan oleh kerajaan selain hanya menjadi wadah untuk dieksploitasi oleh ahli politik berkepentingan. Sindrom menganugerah ahli politik untuk mengetuai sesebuah agensi yang diujudkan kononnya untuk kepentingan orang Melayu ternyata hanya menjadi agensi untuk mengukuhkan kedudukan politik individu tertentu dan sekaligus membuka peluang membolot kekayaan melalui projek-projek kerajaan.

Inilah nasib orang Melayu. Terlalu bergantung harap kepada parti Melayu yang berideologi nasionalis sekular menyebabkan orang Melayu kebanyakan maseh terus dibelungi krisis.

Teras dengan ini menuntut semua parti politik yang memberi perhatian kepada nasib bangsa Melayu memastikan hal-hal berikut diberi fokus :

1.Mengujudkan polisi yang jelas mengenai status dan pembangunan Tanah Rizab Melayu dan melaksanakan dasar yang tegas untuk mengembalikan semula semua Tanah Rizab Melayu yang telah hilang.

2.Merangka dasar sosial yang jelas mengenai masalah keruntuhan akhlaq bangsa Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menangani pelbagai gejala sosial bangsa Melayu dapat dikekang.

3.Memberi keutamaan kepada mengatasi masalah perumahan mampu milik yang berkualiti mesra keluarga dan mengutamakan kesihatan sosial agar kehidupan orang Melayu berpendapatan rendah dan sederhana tidak berada seperti yang berlaku sekarang.

4.Mengujudkan kerangka pendidikan Islam formal dan non formal yang jelas dan mantap yang dilaksanakan dengan berkesan dan efisien untuk mengangkat penghayatan Islam secara menyeluruh dikalangan orang Melayu. Fokus harus diberi kepada penambahbaikan semua institusi pendidikan Islam terkini dan tradisional.

5. Melaksanakan penilaian menyeluruh kepada semua agensi yang khusus untuk orang Melayu dan menentukan penyelerasan  dan  arahtuju yang jelas untuk merancang pendekatan yang paling berksesan untuk mengangkat taraf hidup orang Melayu.

6. Menetapkan dasar pengekalan perkampungan orang Melayu agar pembangunan yang diperkenalkan tidak menjejaskan kualiti kehiduapan kampung tradisional orang Melayu.

7. Mengukuhkan kedudukan syariah dalam kehidupan masyarakat Melayu semada dalam konteks budaya hidup dan mahupun dari segi perundangan. Suatu polisi memperkasa institusi masjid agar menjadi institusi yang berkesan untuk membangun masyarakat Islam yang berkesan perlu dirangka dan dilaksana dengan sistematis.

8. Dasar Nasional  dan mekanisme perlaksanaan untuk mengukuhkan institusi keluarga Islam dikalangan orang Melayu  khususnya dan rakyat amnya hendaklah diujudkan.

9.Peranan kaum wanita Melayu dalam pelbagai sektor perlu disemak semula.Akibat terlalu mengikut budaya hidup wanita bekerja dalam pasaran kerja ,ia telah menjelaskan kualiti kehidupan berkeluarga. Kami menuntut kepincangan ini diperbetulkan melalui polisi pengukuhkan peranan wanita dalam keluarga diujudkan.

10.Semua agensi agama Islam hendaklah dipantau secara dekat untuk menilai sejauhmana pelbagai institusi yang diujudkan itu telah mencapai matlamat yang ditetapkan . Sumber yang diperuntukan untuk institusi yang diwujudkan sejak beberapa tahun yang lalu sehingga masakini perlu disemak agar penambahbaikkan dilakukan dengan berkesan.

11. Sistem meritokrasi dikalangan bangsa Melayu itu sendiri perlu diujudkan dan dilaksana dengan bijak supaya tidak berlaku salahguna kuasa dan meminggirkan mereka yang layak untuk mendapat manfaat dalam pelbagai sektor pembangunan negara seperti peluang perniagaan , peluang pendidikan serta peluang kenaikan dalam sektor awam.

12. Polisi yang jelas mengenai kemiskinan bandar, nelayan , pekebun dan petani kecil dikalangan orang Melayu perlu dirangka kerana persoalan kemisikinan tegar yang maseh ujud sangat jelas maseh gagal diatasi  akibat mekanisme yang tidak telus dan sangat cenderung bersifat feudal dalam pengagihan peruntukan. Jelas mekanisme yang diguna belum mengeluarkan orang Melayu miskin dari putaran kemiskinan sehingga sekarang.

13. Semua institusi latihan kemahiran yang memberi latihan knisus untuk kaum bumiputera hendaklah menilai sejauhmana ia berkesan untuk mengujudkan peluang keusahawanan dikalangan penuntut lepasan institusi berkenaan.

14. Sebuah polisi mengenai pemberian subsidi dan rasionalisasi subsidi untuk orang Melayu perlu disemaksemula untuk tidak membiarkan orang Melayu terlalu bergantung kepada kerajaan. Apa yang perlu digubal ialah skima pemberian subsidi yahg lebih berkesan disalurkan  dengan pendekatan mengutamakan orang Melayu yang miskin khususnya dan kaum yang lain yang miskin amnya.

15. Menggariskan dasar yang jelas untuk mengembalikan kedudukan institusi bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai institusi untuk memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa yang benar menjadi bahasa Negara .

16. Memberi kepentingan semula kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dipinggirkan bertahun-tahun dan mengangkat dasar tersebut kepada tingkat yang lebih dominan untuk membentuk perwatakan rakyat .

Dengan ini Teras mengesa mana-mana parti politik yang memperjuangkan nasib orang Melayu perlu memberi perhatian kepada perkara yang dicatat diatas. Pengundi Melayu perlu memberi perhatian serius kadada parti politik yang mempunyai keiltizaman yang bersungguh untuk mengangkat persoalan bangsa dalam kerangka yang kami telah gariskan diatas .

Jika ini tidak diberi perhatian , Teras mengesa pengundi Melayu agar menolak parti tersebut untuk tidak membenarkan mereka terus diberi  mandat memerintah walaupun sudah membentuk kerajaan selama lebih 54 tahun.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Teras Pengupayaan Melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “TUNTUTAN TERAS KEPADA PARTI POLITIK
  1. Pemimpin Islam di negara-negara berdaulat jangan menjadi hamba kepada yahudi dan nasora’a dan Ulama yang benar janganlah terlalau tergantung kepada kuffar dan munafiq…. nasiahat daripada UNIROD (jama’at islam Arakan, Burma…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,616 hits
Kalendar
September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: