SATU LAGI PENGHINAAN TERHADAP NABI – ADA STRATEGI ZIONIS UNTUK MENCETUSKAN PROVOKASI

Kenyataan Media MAPIM
22 September 2012
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  mengutuk dan membantah keras satu lagi penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk gambar kartun yang diterbit dalam sebuah majalah Perancis bernama Charlie Hebdo yang menunjukkan bahawa pihak Barat sedang melancarkan serangan yang jelas terhadap dunia Islam.

Pengarah majalah tersebut , Stephane Charbonnier berkata terbitan tersebut “bukan menyimbah minyak kedalam api” tetapi hanya mengguna kebebasan bersuara ” untuk memberi komen terhadap filem yang menghina Nabi itu dengan cara satrikal ”

Kami mendapati majalah Perancis ini mempunyai rekod  dalam menyerang Islam. Pada 9 hb Februari 2006 ia juga pernah menerbit kartun menghina Nani Muhammad. MasjidAgung , Liga Muslim Sedunia dan Kesatuan Organisasi Islam Perancis  telah menfailkan saman yang menyatakan lukisan kartun tersebut  mengandungi elemen rasis. 

Kini telah dilaporkan Perancis telah mengarahkan Kedutaan dan sekolah Perancis di 20 negara ditutup kerana khuatir akan adalah protes besar besaran dari masyarakat Islam.

Lukisan kartun yang disiar dalam majalah tersebut sebaik sahaja filem anti Islam ‘Innocence of Muslims’ diterbitkan telah mendapat reaksi keras dari umat Islam , kini sekali lagi akan mencetuskan provokasi yang lebih meningkat diseluruh dunia Islam.

Tindakan majalah Perancis yang secara sengaja menyiarkan kartun yang menghina itu diterbitkan serte merta selepas filem terhadap Nabi dikeluarkan , membuktikan ujud suatu usaha bersepadu dan tersusun untuk Barat menyerang Islam.

Inilah dua peristiwa dimana Barat atas nama kebebasan  bersuara cuba menjawab kemarahan dunia Islam.

Namun MAPIM melihat ini bukan sekadar menghina Islam dan Muslim.

MAPIM mengesan bahawa dalam keadaan seluruh dunia Islam bangkit mengenai isu filem anti Islam , Israel akan cuba meraih keuntungan untuk kepentingannya , iaitu mengambarkan bahawa dunia Islam ditonjolkan dengan imej yang sangat negatif , dengan bantuan media Barat , dan akan mempertajamkan pertentangan antara Barat dan Umat Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada unsur Zionis di Barat yang sedang mempertingkat kempen Islamofobia untuk akhirnya mengujudkan pertembungan lebih keras antara Barat dan Timur dan dengan itu akan menguntungkan kepentingan Israel dalam jangka masapanjang.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: