TINDAKAN AMERIKA ADALAH BIADAB

Kenyataa Media MAPIM
23 hb September 2012

Saya yang turut bersama untuk menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika mengenai penghinaan keatas Nabi menegaskan bahawa tindakan Kedutaan yang hanya menghantar Ketua Keselamatan bernama Chris adalah suatu tindakan biadab .

Jelas Amerika tidak menghormati sentimen masyarakat Islam dan rakyat ini diseluruh negara kerana mellihat reaksi yang sangat jelas pada demonstrasi yang ditunjukkan oleh ribuan rakyat Malaysia.

Amerika perlu diajar untuk menghormati perasaan rakyat dengan menerima memorandum ini oleh Duta Amerika sendiri. Isu yang sudah menjadi isu dunia akibat penerbitan filem yang menghina Nabi bukan isu kecil malah akan mempengaruhi hubungan dunia Barat dan Islam .

Saya menegaskan bahawa Kedutaan Amerika perlu ingat akibat dari keangkuhannya ia bakal mencetuskan kebencian umat Islam yang lebih meningkat lamtaran umat Islam sudah mempunyai persepsi buruk terhadap negara tersebut dalam banyak isu yang berkaitan dengan Islam.

Jika benar Amerika mahu menunjukkan sikap terbukanya kami menegaskan mereka mesti menghormati tindakan rakyat untuk menghantar memorandum dan memberi respon yang sewajarnya terhadap tuntutan yang ada dalam memorandum tersebut.

Rakyat Malaysia tidak akan terperangkap dengan strategi dan gimmik komunikasi diplomatik yang cuba ditunjukkan oleh pegawai keselamatan itu malah menuntut supaya mereka bertindak menyatakan permohonan maaf kepada rakayat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya.

Sehingga ini jelas tidak ada maklumbalas dari pihak Amerika terhadap bantahan keras umat Islam .

Kami menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh berhenti dengan demonstrasi semata mata . Malah tindakan memboikot semua perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan Amerika seharusnya cuba dilaksanakan. Boikot ekonomi dan budaya hendaklah menjadi senjata berkesan kepada Rakyat untuk menundukkan keangkuhan Amerika.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “TINDAKAN AMERIKA ADALAH BIADAB
  1. usirkan terus kedutaan zalim yang pembunuh Umat islam sedunia dan perosak Aqidah islam dikalangan generasi muda pada hari ini… hapuskan kezaliman dan hentikan penghinaan ISLAM yang insan suci…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: