MAHATHIR TERSASAR DALAM PEGANGAN AQIDAHNYA ?

Kenyataan Media TERAS

24 hb Sepetember 2012

TERAS kesal dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan mengikuti Sunnah dan Hadith tidak wajib untuk menentu hukum Islam.

Ini jelas adalah kejahilan dan penolakkan pegangan pokok umat Islam yang termasuk dalam salah satu usul tunjang dalam Aqidah orang Islam.

Pendirian beliau sangat tersasar dari pegangan  Aqidah ahli Sunnah Wal Jaamah yang tidak ada khilaf samasekali dikalangan para ulama iaitu rujukan kepada Al Sunnah dan berpandu kepada Hadith Rasulullah s.a.w dalam menentukan hukum selepas Al Quran adalah wajib .

Beliau sendiri tidak sepatutnya mengeluarkan pandangannya dalam hal ini kerana beliau bukan ahli dan tidak berkelayakan untuk mengeluar pendapat yang menyentuh soal pokok dalam hukum Islam.

Dengan mengatakan bahawa hudud tidak ada dalam Al Quran dan ia hanyalah tafsiran pihak yang mahu menunjukkan lebih Islam dari orang lain serta rujukan kepada Al Sunnah dan Hadith tidak wajib adalah pernyataan yang boleh menjejaskan pegangan aqidah beliau sendiri.

Beliau juga cuba membawa fahamannya sendiri bahawa hukum hudud tidak membawa keadilan kerana ia tidak sesuai dengan keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama .

Anehnya beliau jugalah yang sebelum ini mempelawa agar PAS menerima UMNO  untuk melaksanakan hudud.

TERAS mengesa agar beliau berhenti dari mengeluarkan pendapat yang tidak layak baginya sebagai orang yang bukan menguasai bidang ilmu agama.

Sebenarnya pemikiran liberal seperti inilah yang sepatutnya ditegur oleh para ilmuan dan ulama kerana ia boleh mengelirukan orang awam.

TERAS berkali-kali menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu mengujudkan sebuah Forum Khas untuk sesiapa yang mahu memberi pandangan mengenai hal yang berkait dengan Hukum
-hakam Islam hendaklah dibentangkan kepada forum tersebut.

Ini adalah bagi mengelakkan pihak yang tidak mempunyai kedalaman ilmu Islam tidak dengan mudah mengeluarkan pendapat yang boleh mengelirukan orang ramai terutama bila dijadikan bahan debat dalam media massa.

Pendapat Tun Mahathir ini cenderung untuk menunjukkan kesamaaan dengan pendapat golongan anti Hadith yang pernah timbul dalam masyarakat.

Pegangan golongan ini telah pun ditolak oleh para ulama dan ia perlu dihalang dari berkembang.

Pihak berkuasa agama perlulah mengambil tindakan membetulkan pandangan yang keliru dan sesat ini agar orang awam tidak mudah terpengaruh dengan pegangan yang tidak berasaskan ilmu Islam yang sahih.

Jika beliau tidak ditegur dan pihak kerajaan membisu ia menunjukkan pemahaman sesat seperti yang diungkap oleh Tun Mahathir diterima dan dibenarkan berkembang di Negara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “MAHATHIR TERSASAR DALAM PEGANGAN AQIDAHNYA ?
  1. Perjuangan kejahilan Dr. Mahathir belum dikenang dan seorang makhluk prosak AQIDAH di Negara berdaulat islam (Malaysia)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: