RAPID PENGERANG TIDAK MENGUTAMAKAN RAKYAT

Kenyataan Media TERAS
25 hb September 2012

TERAS menolak projek Rapid Petrokimia Petronas yang diumumkan akan dilaksana di Pengerang Johor sebagai projek mengutamakan rakyat. Dengan pemindahan penduduk dari 10 kampung tardisional , tidak mungkin boleh diterima sebagai mengutamakan rakyat.

Jika benar projek yang hendak diperkenalkan adalah untuk kepentingan rakyat sepatutnya pandangan rakyat diperolehi terlebih dahulu.

Kami berpendapat pengumuman PM bahawa projek itu akan dilaksanakan tanpa terlebih dahulu melalui proses perundingan awam adalah tindakan yang mengenepikan hak rakyat untuk memberi maklumbalas.

Pendekatan kerajaan memaksa rakyat menerima projek pembangunan yang bersifat pengambilan kampung halaman dan memaksa penduduk dipindah adalah pendekatan diktator yang sering dihadapi oleh rakyat di negara membangun.

Rakyat sering dijadi mangsa dengan alasan bahawa pembangunan diperlukan dan rakyat perlu berkorban . Pihak pemaju projek selalunya mendapat perlindungan kerajaan dan kerajaan pula sering mengiakan kehendak pemaju.

Teras tidak menerima pendekatan yang sudah lama ditolak oleh rakyat di kebanyakan negara membangun sekarang kerana pendekatan seperti ini akan selalu mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar , peminggiran penduduk , kesan sosio-budaya yang negatif dan kepentingan penduduk tempatan diketepikan untuk diambil alih oleh orang luar.

Ini bukan kali pertama rakyat diketepikan. Janji awal bahawa puluhan ribu peluang pekerjaan akan disediakan , biasanya tidak berlaku bila projek berskala besar ini dilaksanakan. Perubahan iklim ekonomi semasa sentiasa menjadi helah kenapa syarikat tidak dapat memberi peluang pekerjaan seperti yang diramalkan dan adakala terpaksa membuang pekerja.

Projek mega seperti ini akan selalunya mengutamakan kepentingan ekonomi dari yang
lain. Dalam pengelaman pelbagai projek yang telah dilaksanakan akhirnya pekerja asing diambil dengan alasan kos upah lenih murah dan penduduk tempatan akhirnya terpinggir.

Pengelaman seperti ini bukan baru . Projek Perwaja di Kedah yang akhirnya rugi kini dipenuhi oleh pekerja luar dan tidak berlaku sebarang keuntungan dan limpahan ekonomi seperti dijanjikan berlaku.

Teras berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya meneruskan pendekatan ” dari atas ke bawah” ( top down) seolah kerajaan lebih tahu semua  dari rakyat. Sebaliknya pendekatan yang lebih mesra rakyat iaitu ” dari bawah ke atas ” ( bottom up ) sepatutnya digunakan jika kerajaan benar- benar jujur mengguna prinsip rakyat diutamakan.

Teras membantah keras pengambilan tanah rakyat oleh projek Rapik Petronas di Pengerang apatah lagi tanah yang melibatkan perkampungan tradisional Melayu. Sudah terlalu banyak tanah orang Melayu menjadi mangsa atas nama pembangunan yang akhirnya mengakibatkan orang Melayu  terpinggir dan menjadi hamba kepada orang lain di atas tanah asalnya sendiri.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “RAPID PENGERANG TIDAK MENGUTAMAKAN RAKYAT
  1. abdullah sartan berkata:

    Maaf lah kalu coritan in agak keterlaluan pada Asalnya , projek K L I A satu pembaziran sekarang apa jadi? , Projek Tanjung Pelepas dikatakan terlalu membazirkan tapi sekarang bagaimana , Projek Proton kereta nasional juga membazir sekarang baagai mana? demikian juga Projek Putera Jaya juga membazir ,sekarang semua nak tawan putera jaya dan kesana dulu kata mem,bazir? jadi kesimpilan nya kita kena terima dahulu dan sabar serta bertumpuan dan mencari jalan penyelesan dengan sebaik mungkin dimana dicari jalan disana ada jalan. bagi pemimpin terutama UMNO hendaklah selalu turun padang dan berjumpa dengan semua yang terlibat , yang penting rakyat didahulukan maka ahli parliment Umno berbuat selalu perbincangan dan sentiasa berada dibelakang rakyat dan kerajaan supaya kita tidak akan dijadikan bahan berkepintingan politik jalanan oleh pihak yang tertentu , selain itu Wakil Parleman terun perihatin bukan terhadap projek kerajaan aja tapi rakyat yang mahukan keuntungan sebalik projek termega itu , wahai ahli parliman pengarang kita naik kita dijulang oleh mereka yang ditingalkan oleh datuk nenek moyang mereka … yang pentingnya projek berjaya rakyat malaysia jadi mulia masa depannya terjamin hidup diharap tak miskin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: