BUDAYA KERAJAAN “ONE OFF” AKAN MENDIDIK SINDROM KEBERGANTUNGAN

Kenyataan Media TERAS

30hb September 2012

TERAS berpendapat kerajaan yang mengamalkan budaya one off akan melaporkan sindrom kebergantungan yang tidak sihat dikalangan rakyat.

Peruntukan “one off” benar-benar menggunakan pendekatan “memberi ikan” bukan memberi “pancing”. Kesan jangka panjang ialah bila rakyat terlalu bergantung kepada bantuan dan sikap berpuas dengan menerima bantuan wang tunai menjadi budaya yang membunuh daya usaha.

Kami melihat inilah kali pertama  bantuan one off yang sangat banyak diberi kepada rakyat dalam sepanjang pembentangan belanjawan sebelum ini. Oleh itu tidak boleh dielakkan dari tanggapan bahawa ini adalah belanjawan populis yang dirangka untuk meraih undi menjelang PRU 13.

Ditambah lagi bahawa budaya berbelanja dikalangan pengguna di negara ini maseh menunjukkan tabiat boros dan tidak cermat , akan menyebabkan aliran wang tunai tidak produktif malah pembaziran yang tinggi akan berlaku.

Dengan memberi rebet membeli iPhone Rm200 dikalangan anak muda dalam belanjawan kali ini ,  tidak samasekali memberi impak positif kepada ekonomi Negara melainkan memberi keuntungan amat lumayan kepada pihak pembekal yang berkemungkinan diselaputi amalan kronisme.

Kami mendapati belanjawan ala kenduri besar menjadi ciri kepada kepada peruntukan yang cuba ditonjolkan dalam belanjawan kali ini tanpa mengambilkira akibat buruk yang melanda kewangan Negara akan berlaku.

Prinsip berhemat dan menyekatkan ketirisan serta salah perbelanjaan dalam pengurusan nampaknya tidak menjadi asas dalam belanjawan kali ini.

Sebab itu kami berpendirian belanjawan ini kelihatan sangat terdesak dan bersifat sensasi kempen terakhir yang diguna untuk menarik sokongan pengundi sehingga janji pembayaran one off diharap dapat memenangi sokongan yang tersisa dalam PRU 13.

Bagi pengundi yang bijak dan prihatin terhadap masa depan Negara kita mahu kewangan Negara diuruskan dengan professional dan berintikan budaya etika yang tinggi dalam menunaikan tugas dan taggungjawab . Apa gunanya mengedar wang tunai kepada rakyat sedangkan akhirnya wang itu terarah kepada hidup boros dan membazir.

Kami juga sangat khuatir bahawa dengan unjuran pertumbuhan ekonomi yang sangat bergantung kepada tren ekonomi dunia yang tidak menentu dan muram menyebabkan pendekatan one off akan memberi kesan kepada aliran tunai kewangan Negara.

Kami kecewa kenapa belanjawan yang dibentangkan untuk 16 tahun berturut-turut maseh menunjukkan belanjawan defisit . Selain ekonomi yang dipengaruhi oleh iklim pasaran dunia , kerajaan sepatutnya serius menangani elemen salahurus , pembaziran , rasuah , kronisme dan perbelanjaan berlebihan yang berleluasa dalam pentadbiran yang ada.

Umum mengetahui betapa kos perniagaan di Negara ini adalah tinggi akibat karenah birokrasi dan amalan rasuah yang tinggi dinegara ini . Jika bancian dilakukan kepada usahawan kecil dan sederhana , gambaran yang diberi ialah rasuah menjadi kos yang mesti diambilkira dalam perniagaan jika pengusaha mahu memastikan perniagaannya boleh bet langsung dengan lancar.

Sebab itu kami berpendapat bahawa pelbagai projek mega dan pemberian one off dalam belanjawan kali ini tidak produktif dalam jangkamasa panjang malah menyebabkan aliran tunai kewangan Negara akan menjadi  tidak seimbang.

Kerajaan one off akan menjadi jenama yang akan dilabel oleh rakyat kerana rakyat akan melihat bahawa kerajaan yang ada bukan melihat kesejahteraan dalam jangkamasa panjang akan tetapi memuaskan kehendak yang sengkat namun memangsakan nasib generasi mendatang.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: