KERAJAAN GAGAL SEKAT BELANJA BERLEBIHAN

Kenyataan Media TERAS

28hb September 2012

Belanjawan yang dibentang sebentar tadi jelas menunjukkan kerajaan gagal mengendali perbelanjaan negara pada tahap yang menyakinkan.

Dengan hutang negara melonjak naik dan berada pada tahap tertinggi dalam tempoh BN memerintah ternyata ia meletakkan Malaysia pada risiko seperti ekonomi Eropah bila perbelanjaan berhemah tidak menjadi panduan dalam mengendalikan ekonomi negara.

Tanda kerajaan gagal mengurus wang dengan bijak jelas bila ia terlalu lumayan Dan Mewah memberi pelbagai insentif diluar kemampuan kewangan negara. Kini isyarat untuk kos hidup meningkat akan menjadi masalah yang akan sukar ditangani.

Belanjawan yang dikemukakan jelas menyentuh insentif untuk semua lapisan tetapi lupa bahawa natijah kantung negara akan kekeringan wang akan berlaku yang akan menyebabkan perkara utama untuk memelihara kehidupan yang mapan tidak akan tercapai.

Apa yang diunjurkan oleh kerajaan melalui belanjawan ini ialah seolah wang negara boleh dicetak semahunya untuk memancing hati pengundi dan bila keadaan menjadi runcing rakyat akan tanggung sendiri akibat keborosan kerajaan.

Jelas belanjawan ini adalah untuk menyenangkan hati rakyat tetapi tidak mengajar rakyat untuk memahami realiti sebenar mengenai kedudukan kewangan negara.

Disebalik semua insentif yang diumumkan yang jelas , ia adalah tawaran habis-habisan seluruh khazanah negara tanpa mengambilkira bahawa ekonomi Malaysia betapa stabil sekalipun tetap akan tertakluk kepada persekitaraan ekonomi yang tidak menentu diseluruh dunia.

Kami tidak melihat unsur kemapanan belanjawan ini kerana inflasi yang maseh dapat dikawal tidak boleh bertahan bila pertumbuhan ekonomi dunia muram akibat pelbagai perkembangan dunia yang berlaku iaitu krisis peperangan dan kempen Israel-AS mengenai ancaman perang ke atas Iran , peningkatan perbelanjaan persenjataan oleh kebanyakan Negara  , perubahan cuaca , keruntuhan institusi perbankan di Eropah dan pertumbuhan negatif ekonomi Amerika.

Dalam iklim ekonomi seperti ini untuk memacu perbelanjaan melebihi dari kemampuan adalah risiko yang besar.

Apatah lagi bila belanjawan ini meningkatkan subsidi yang tidak bijak kerana kewangan yang dibelanja untuk subsidi tidak mampu mengawal kos hidup pada keseluruhannya. Subsidi yang melonjak 4 kali ganda kepada RM 42 bilion menunjukkan belanjawan ini sesungguhnya adalah untuk memancing undi bukan untuk mencermati dengan berhemah masa depan kewangan Negara.

Dalam hal ini isu subsidi tidak ditangani dengan berhati-hati sehingga kesan yang sepatutnya membantu mereka  yang berpendapatan rendah tidak berlaku . Pada hakikatnya apa yang berlaku ialah kerana kos kehidupan keseluruhannya maseh tinggi dalam aspek kesihatan , pendidikan dan pengangkutan.

Kami amat kesal belanjawan kali ini juga tidak meningkatkan cukai arak dan rokok. Ternyata kerajaan mengenepikan realiti betapa kos kesihatan , sosial , budaya dan alam sekitar tidak diambil kira , akibat lobi kuat industri arak dan rokok . Jelas dari segi ini kerajaan gagal memberi perhatian serius kepada industri yang memberi kesan kerosakan yang tinggi bernilai berbilion ringgit bukan sahaja kepada generasi kini malah kepada generasi mendatang. Belanjawan ini memberi isyarat bahawa  negara ini adalah syurga arak dan rokok.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

pautan media : Harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: