MAPIM BANTAH FELDA HOLDINGS LABUR DI MYANMAR

Kenyataan Media MAPIM

30hb September 2012

MAPIM membantah cadangan Felda Holdings yang akan melabur di Myanmar.

Kami terkejut dengan pengumuman bahawa Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), subsidiari Felda Holdings Bhd, bakal mendirikan kilang pengeluaran dan pembungkusan di Myanmar, membolehkannya mengeksport produk hiliran ke negara jiran seperti Laos, Kemboja dan Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutif DOP Zakaria Arshad berkata sebanyak RM30 juta akan dilaburkan bagi kilang tersebut dengan kemudahan pembungkusan dijangka memulakan operasi dalam masa tiga bulan.

Dengan langkah memasuki Myanmar, beliau berkata eksport ke negara-negara Asean tidak termasuk Malaysia, dijangka meningkat kepada 50 peratus daripada 25 peratus sekarang ini.

Syarikat menguasai 50 peratus pasaran Yangon kurang dari setahun perkongsian dengan pengedar tempatan, Grand Wynn Enterprises.

Pada November tahun lepas, DOP menandatangani perjanjian dengan Grand Wynn Enterprises untuk mengedar produknya yang antara lain minyak masaknya yang terkenal jenama SAJI, marjerin ADELA Industrial, lelemak MARIANA dan produk sapuan roti yang baru diperkenalkan SunBear di Yangon.

Jelas ini menunjukkan kerajaan Malaysia dan pengurusan Felda Holdings tidak sensitif dengan kezaliman kerajaan Myanmar terhadap Umat Islam Rohingya di Arakan.

Jika kerajaan tegas tidak mahu mengiktiraf Israel yang menzalimi hak orang Palestin , kenapa ia sanggup menerima Myanmar sedangkan penindasan yang dilakukan adalah lebih parah ke atas Umat Islam Rohingya.

MAPIM tidak dapat menerima  bahawa Myanmar sedang melakukan reformasi politiknya kerana sehingga sekarang tidak ada tanda bahawa kezaliman akan dihentikan di wilayah Arakan.

Kerajaan Malaysia perlu tegas dan tidak berkompromi dengan regim Myanmar kerana dasar pembersihan etnik Rohingya dan menafikan hak kerakyatan Rohingya sedang terus dilaksanakan sudah mendapat bantahan dunia.

MAPIM kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang maseh tidak menunjukkan ketegasannya untuk mendesak kerajaan Myanmar menghentikan kezaliman yang jelas dilakukan terhadap umat Islam Rohingya .

Pelaburan Felda Holdings ke Myanmar melalui menandatanda perjanjian pelaburan menmbuktikan bahawa kerajaan Malaysia merestu regim yang zalim , membunuh dan mengusir umat Islam Rohingya dari tanah air mereka sendiri.

MAPIM sangat terkejut dengan keputusan ini sedangkan persidangan khas OIC di Jeddah tahun ini telah meluluskan resolusi supaya semua Negara anggota OIC memutuskan sebarang hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Myanmar .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “MAPIM BANTAH FELDA HOLDINGS LABUR DI MYANMAR
  1. kami daripada pihak JAMA”AH LA-islamyah UNIROD sangat kecewah denagan pendirian saudara kita ynag tanpa bermaruah ummat yang sedang membunuh dan merogol dam membakar rumah Allah (Masjid) di Myanmar oleh ramai-ramai kaum budha dengan kerjasama oleh kerajaan sendiri. pihak kami membantah sekeras-kerasnya jangan kerjasama dengan segela Peruntungan Myanmar mahupun Kuffar jika kekal degil keputusanya amat kerugian anda… sk harap nasihat..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: