INIKAH CONTOH ISLAM WASATIYYAH

Kenyataan Media TERAS

6hb Oktober 2012

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) timbul tandatanya jika perbelanjaan Ketua Menteri Melaka telah mampu memecahkan Malaysia Book of Record kerana berbelanja mewah untuk perkahwinan anaknya , adakah amalan itu  sesuai dengan Islam wassatiyyah yang dicanang oleh PM.

Isu yang dibangkitkan bukan soal politik atau mempolitikkan perbelanjaan perkahwinan tersebut tetapi adalah isu moral yang telah berbangkit.

Adakah wajar seorang pemimpin berbelanja besar untuk majlis peribadi yang amat ketara menunjukkan kemewahan.

KM Melaka itu boleh menafikan bahawa ia mewah. Akan tetapi bagi rakyat biasa yang bersusah payah mencari makan untuk keluarganya sudah tentu ia menjadi sangat besar dan menyebabkan persoalan tentang gaya hidup pemimpin Negara bukan lagi  menjadi contoh sebagaimana sepatutnya.

Soal ia cuba dipolitikkan tidak timbul kerana jika bukan musim pilihanraya sekalipun rakyat berhak untuk bertanya dari mana kekayaan pemimpin diperolehi.

Inilah yang membuat rakyat semakin muak dengan tabiat pemimpin yang tidak mengotakan apa yang dikata.

Disatu ketika mereka memperkatakan rakyat diutamakan , namun di satu ketika yang lain , mereka hidup mewah dengan mengenepikan rakyat terbanyak yang maseh bertungkus lumus membanting tulang untuk mencari nafkah hidup.

Penafian KM Melaka bahawa isu ini penting dan sangat relevan menunjukkan keangkuhan beliau bahawa perpsepsi rakyat terhadap kemewahan hidup pemimpin tidak dipedulikan.

Kami berpendirian nampaknya pemimpin-pemimpin Negara tidak mengambil kisah terhadap perasaan rakyat. Sikap tidak mempedulikan perasaan rakyat akan menandakan kerajaan yang berkuasa tidak lagi mesra rakyat.

Sikap angkuh dan ranggi seperti inilah yang akan menjadikan rakyat muak dan benci dengan slogan pemerintah bahawa rakyat diutamakan.

Kami tidak mahu perkara ini dipolitikkan , akan tetapi kami juga tidak boleh membiarkan isu ini berlalu tanpa ditegur. Jelas rakyat sering diperdaya oleh pemimpin yang tidak mempunyai niat untuk merasai penderitaan rakyat. Walhasil rakyat akan terus diperkuda oleh pemimpin mereka sendiri.

Kami ingin menegaskan bahawa tindakan untuk memastikan SPRM menyiasat perbelanjaan perkahwinan tersebut adalah wajar agar isu ini diambil perhatian bersungguh oleh pihak berkuasa.

Rakyat pasti menunggu keputusan yang akan menjelaskan bagaimana pemimpin mempunyai kekayaan sedemikian rupa.

Untuk berdiam diri dan cuba memperkecilkan isu yang dibangkitkan ini akan merumuskan bahawa kerajaan yang sudah memerintah lebih 55 tahun di Negara ini bersekongkol dengan kemungkaran hanya kerana mahu terus berkuasa.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: