PERJANJIAN DAMAI MILF DAN KERAJAAN FILIPINA PERLU KOMITMEN JUJUR

Kenyataan Media SHURA Dan MAPIM
9 hb Oktober 2012

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengalu-alukan perjanjian damai peringkat awal (framework agreement) yang dimeterai antara MILF dan pihak kerajaan Filipina pada 7hb Oktober 2012  yang lalu.

Perjuangan bangsa Moro untuk mendapat hak mentadbir sendiri sejak 1565 yang  berlarutan lebih 300 tahun bermula dari penjajahan Sepanyol dan diikuti Amerika , sudah lama ingin ditamatkan.

Kini perjanjian untuk kedua pihak bersetuju mengujudkan genjata senjata telah dimeterai walaupun baru diperingkat awal yang maseh banyak aspek yang belum diperincikan.

Sejarah Mahkamah Tinggi membatalkan MOA-AD (Memorandum of Agreement on Ancestral Domain ) pada 2008 adalah ingatan penting bagaimana perjanjian yang dimeterai tidak boleh berjalan dengan lancar kerana ada pihak yang tidak senang dengan perjanjian damai yang menguntungkan Umat Islam Bangsamoro.

Demikian juga cabaran mendapat persetujuan dengan MNLF perlu juga dilayani dengan bijak kerana beberapa perjanjian terdahulu tidak diistihar dibubar iaitu perjanjian damai 1996 , perjanjian Tripoli dan Perjanjian Jeddah.

Malah perjanjian  pada zaman Marcos (1976)  , Aquino (1986) dan Ramos (1996)  yang akhirnya melanjut kepada dikuatkuasakan Akta Republik 1954 ,  dan tertegaknya ARMM ( Autonomous Region of Muslim Mindanao) kini telah dibangkitkan semula oleh MNLF. Pihak MNLF sudah mengeluarkan kenyataan keras bahawa perjanjian yang terbaru ini adalah suatu pengkhianatan kerana mereka tidak dirujuk samasekali .

Juga harus diingatkan pengelaman perjanjian dengan MNLF dahulupun tidak menghasilkan kemajuan yang diharapkan untuk umat Islam di Mindanao walaupun Nur Misauri di lantik sebagai Governor Mindanao.

Bermakna sungguhpun perjanjian dimeterai , pihak MILF dijangka akan mengambil pendirian yang berhati-hati sehingga perjanjian yang lebih terperinci diselesaikan pada hujung tahun ini.

Sesungguhnya perjanjian itu boleh menjadi tapak awal untuk memastikan umat Islam mendapat peluang meneruskan usaha untuk mengukuhkan keadaan sosio-ekonomi di Mindanao dan dengan itu boleh memperbaikki kualiti hidup umat Islam khususnya.

Perjanjian damai itu yang belum lagi lengkap secara terperinci maseh mempunyai cabaran yang banyak kerana tuntutan oleh MILF belum dihalusi dalam semua aspek.

Dengan itu keadaan belum terjamin stabil jika kedua pihak tidak bersungguh memastikan jangan ada usaha untuk menjejaskan persepakatan asas yang dimeterai.

Kami berpendapat Mindanao adalah wilayah bangsa Moro yang telah lama dinafikan hak untuk membangun , disebabkan sikap Manila yang terus mahu mengukuhkan dominasinya . Lantara itu sangat penting perjanjian kali ini dapat tertegak dengan mapan demi menegakkan hak dan keadilan untuk umat Islam khususnya dan seluruh rakyat Mindanao umumnya.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

pautan akhbar : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “PERJANJIAN DAMAI MILF DAN KERAJAAN FILIPINA PERLU KOMITMEN JUJUR
  1. rosli basiran berkata:

    MAPIM dan SHURA perlu pergi ke Mindanao untuk lihat sendiri keadaan di sana. Atau sekurangnya lihat di peta bagaimana besarnya pulau Mindanao. Keseluruhan pulau inilah yang diidamkan golongan bergelar “BangsaMoro”. Siapa ini bangsaMoro?

    Orang Islam di Mindanao serta kepulauan sekitarnya adalah orang berbangsa Tausug dan Suluk. jadi siapa ini BangaMoro. BangsaMoro adalah panggilan orang tempatan Filipina terhadap orang Tausug dan Suluk yang beragama Islam.

    Belajar sedikit dari fakta sejarah dan bukan hentam keromo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: