PEMBANGUNAN : HENTIKAN PENGAMBILAN KAMPUNG MELAYU

Kenyataan Media TERAS

10hb Oktober 2012

TERAS Pengupayaan Melayu melihat tren pengambilan tanah dan perkampungan Melayu atas nama pembangunan kini maseh terus diamalkan oleh kerajaan. Model pembangunan yang memangsakan perkampungan tradisional Melayu nampaknya menjadi polisi yang tidak berubah sejak negara ini merdeka.

Pelenyapan kampung tardisional Melayu sejak negara merdeka adalah pendekatan yang diguna oleh kebanyakan negara membangun dan negara maju sebelum ini. Alasannya ialah pembangunan tidak boleh dilaksanakan jika tanah dan tempat tinggal penduduk asal tidak diambil aleh.

Dengan yang demikian Akta pengambilan tanah diwujudkan untuk menghalang sebarang penentangan rakyat apabila projek pembangunan hendak dilaksanakan.

Setakat ini ribuan perkampungan tradisional Melayu dikatakan terpaksa diambilalih dengan mengguna Akta Pengambilan Tanah untuk memberi laluan kepada  pembangunan.

Kesan negatif yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Melayu ketika tanah dan perkampungan mereka diambil tidak diambil peduli oleh pemaju dan pemerintah dengan alasan bahawa mereka telah dibayar pampasan yang mencukupi.Bagi orang Melayu yang mempunyai kehidupan yang dekat dengan tanah , pampasan dengan Wang tidak boleh diterima.

Inilah penindasan terhadap orang Melayu , bila pembangunan diketengahkan. atas nama kemajuan dan pembangunan , orang Melayu sentiasa diminta berkorban untuk mendapat “manfaat” dari pembangunan .

Pada hal dalam banyak kes , orang Melayu terpaksa kehilangan pekerjaan asal , terputus dari sumber alam , terpaksa menghadapi kepupusan khazanah dan tempat asal yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu , malah seluruh budaya yang sepatutnya diwarisi oleh generasi kini  semuanya hapus untuk memberi laluan kepada pelbagai projek pembangunan yang kononnya akan bermanfaat untuk mereka.

Dikala reformasi tanah sedang menjadi tren dibanyak negara lain , nampaknya Malaysia mengambil haluan yang lain iaitu mengambil tanah rakyat khususnya aset orang Melayu dengan janji bahawa mereka akan mendapat pekerjaan dalam projek mega yang ditawarkan. Tawaran seumpama ini telah berulang kali didengari namun natijah akhirnya ialah orang Melayu kerap terpinggir atas nama pembangunan yang dipaksa ke atas mereka.

Projek Rapid yang akan mengambil dan melenyapkan 10 kampung tradisional Melayu adalah suatu langkah yang akan mengulangi kesan negatif yang sama kepada orang Melayu akibat pelbagai projek mega yang dilaksanakan sebelum ini.

Penentangan yang disuarakan oleh penduduk perkampungan yang terlibat adalah reaksi yang sah. Mereka tidak memberontak akibat hasutan , jauh sekali untuk kepentingan politik , kerana yang penting bagi mereka ialah mempertahan kampung mereka .

TERAS menyokong agar projek Rapid tidak melibatkan pengambilan perkampungan tradisional orang Melayu yang tersenarai dalam pelan. Malah projek Rapid itu sendiri harus diteliti dengan lebih terperinci kerana implikasi ke atas kesan alam sekitar dalam jangka panjang akan dirasai oleh penduduk persekitaran. Sudah banyak projek petrokimia yang telah mendapat bantahan dari pelabgai pihak dan komuniti tempatan di negara lain . Apa jaminan kerajaan Malaysia projek berskala mega ini tidak mendatangkan kesan sosial ekonomi dan alam sekitar yang negatif dalam jangka masa panjang.

Kami juga berpendirian bahawa adalah tidak boleh diterima bahawa penduduk dengan mudah boleh melepaskan kampung halaman mereka kerana jika mereka tidak ada pilihan lain maka tindakan mahkamah terpaksa diambil untuk menghalang pengambilan tanah .

Proses pembicaraan di Mahkamah yang melibatkan kos akan merugikan kedua pihak dan ia akan mengambil masa yang panjang.

TERAS sudah melihat puluhan projek pembangunan telah merubah nasib orang Melayu yang lebih banyak mendatangkan mudharat sosio-ekonomi dan alam sekitar . Malangnya pemimpin dan golongan korporat Melayu itulah yang menjadi dalang kepada kemusnahan habitat orang Melayu .

Kini tidak banyak lagi perkampungan tradisional orang Melayu yang terbaki . Pihak pemaju yang sering melihat keuntungan ekonomi semata-mata tidak mengendahkan kesan kepada penduduk asal. Mereka hanya perlu melobi pihak kerajaan dan wakil rakyat untuk mendapat kelulusan dan orang Melayu akan dipindahkan.

TERAS membantah keras pendekatan ini dan mendesak agar projek Rapid di Pengerang itu tidak dilaksanakan dengan melibatkan perkampungan orang Melayu diambil aleh.

Penduduk berhak untuk mempertahankan tanah dan kampung mereka dari kerakusan pembangunan oleh pihak yang mahu meraih keuntungan lumayan.

.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: