TERAS GESA FUAD ADAKAN PERTEMUAN DENGAN SAR

Kenyataan Media TERAS

11 hb Oktober 2013

Hanya menyalah SAR tidak mahu mendaftar sebagai SABK dengan Kementerian Pelajaran untuk tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat adalah alasan yang lemah dan menunjukkan diskriminasi ke atas SAR.

TERAS mengesa pihak Kementerian Pelajaran mengadakan pertemuan bersemuka dengan wakil SAR untuk mendengar alasan mereka kenapa ada yang tidak mahu mendaftar sebagai SABK .

Adalah sangat angkuh bila Timbalan Menteri Datuk Puad Zarkashi  menuding Lembaga dan Mudir SAR tidak mahu kehilangan kuasa jika berdaftar dengan Kementerian Pelajaran , kerana ini seolah menyatakan SAR ditubuhkan untuk kepentingan peribadi.

Pihak Menteri perlu kembali kepada dasar memberi peruntukan per kapita kepada SAR seperti sebelumnya , yang telah dibatal oleh kerajaan ketika Tun Mahathir menjadi PM.

Tun Mahathir dan Timbalan PM ketika itu termasuk sejumlah Menteri dalam Kerajaan telah menuduh SAR sebagai sarang pembangkang dan Dato Seri Najib sendiri menyatakan SAR adalah umpama bom jangka.

Inilah sebenarnya alasan yang menyebabkan SAR dianaktirikan . Pada hal jasa dan manfaat kepada rakyat tidak dapat dinafikan termasuk merengankan beban kerajaan untuk menyediakan sekolah aliran agama yang semakin popular dikalangan masyarakat Islam.

TERAS mengesa pihak kerajaan mendengar tuntutan wakil guru dan pelajar yang telah berhimpunan di Parlimen kelmarin untuk menuntut hak mereka dari kerajaan.

Dalam belanjawan 2013 yang lalu PM hanya mengumumkan peruntukan one off seperti yang diberi kepada sekolah Cina , Tamil dan Mubaligh . Adakah ini taraf SAR dikacamata kerajaan ?

SAR adalah institusi rakyat yang unik dinegara ini sebagai upaya dari masyarakat Islam yang mahu melaksanakan pendidikan Islam dalam ertikata sebenar. Walaupun mungkin ada kelemahan yang boleh diperbaikki namun pendekatan yang harus dilakukan harus bersifat mengukuh dan menambahbaik , bukan mengambil aleh seperti yang ada dalam skim dan syarat SABK.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS
temanteras.wordpress , mapim.org

pautan media : harakahdaily.net

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: