MAPIM DAN SHURA MESYUARAT KECEMASAN OIC BERKENAAN BANTAHAN MYANMAR UNTUK MEMBUKA PEJABAT DI YANGOON

Kenyataan Media MAPIM and SHURA
17 Oktober 2012

Bantahan oleh sami-sami Myanmar dan kerajaannya untuk OIC membuka pejabat di Myanmar menunjukkan kebencian yang mendalam pihak berkuasa terhadap orang Islam Rohingya.

Adalah wajar untuk OIC bertapak di Yangoon untuk menangani penderitaan yang dialami oleh orang-orang Rohingya.

Kerajaan Myanmar dengan tegasnya telah menyatakan bahawa ia tidak mahu memberi menerima Muslim Rohingya sebagai rakyat yang sah. 

Rentetan penderitaan yang berterusan yang dialami oleh orang-orang Rohingya di Arakan, adalah wajar untuk sebuah agensi antarabangsa yang keutamaannya adalah kebajikan Muslim untuk menubuhkan pejabat komunikasi di sana.

Ia merupakan pejabat diplomatik untuk komuniti Muslim antarabangsa  berhubung dan menyelesaikan konflik antara Muslim dan penganut Buddha di Myanmar yang telah berlanjutan berdekad lamanya.

Kami menentang sekerasnya penafian berterusan terhadap hak asasi manusia kaum minoriti di Myanmar yang berasaskan kebencian terhadap agama. Penafian ini tidak memberi petanda yang baik untuk penyatuan Myanmar mahupun kestabilan  komuniti ASEAN.

Sentimen “ demokrasi hanya untuk penganut Buddha” yang diterima pakai oleh pemerintah elit Myanmar dan sami-sami di sana adalah sebab utama terhadap bantahan ini. Sentimen ini sama sekali bertentangan dengan prisip asas untuk menjadi Negara yang bersatu padu yang mempunyai berbilang kaum yang telah menjadi sebahagian daripada pembangunan Negara Myanmar selepas kemerdekaan.

OIC berhak untuk ambil peduli terhadap pembunuhan dan kekejaman ke atas Muslim Rohingya memandangkan ini merupakan ketidak adilan terhadap Muslim minoriti di Negara Buddha. Situasi ini bertambah buruk apabila mereka bukan sahaja disekat dari mendapat  keperluan asas untuk meneruskan kehidupan malah turut dinafikan hak untuk hidup.

Adakah  kerajaan Myanmar menjangka agensi antarabangsa harus  berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa sedangkan seluruh komuniti Rohingya sedang dihapuskan , padahal mereka pernah turut terlibat dalam perjuangan untuk membebaskan Negara tersebut dari jajahan koloni British?

Orang Rohingya telah mengenepikan peristiwa bagaimana penjajah British  menjadikan negeri Arakan yang dahulunya bebas dan berdaulat sebagai sebahagian dari Burma . Mereka  dengan rela terlibat dalam pembangunan negara untuk memajukan Myanmar dengan prinsip pemerintahan demokrasi. Kini, hanya satu sahaja yang mereka pinta, iaitu mendapat hak kerakyatan yang sah.

Bantahan terhadap pembukaan pejabat OIC di Yangoon adalah sangat melampau.

Bantahan ini bukan berkenaan hak kerajaan Myanmar dan campur tangan oleh kuasa luar. Ia sebenarnya melibatkan kebebasan untuk menghapuskan satu komuniti.

Perbuatan ini adalah amat mengaibkan di Negara yang sepatutnya memelihara dan mengamalkan ajaran Budhha yang amat menghormati dan menjaga nyawa.

Tatkala komuniti yang tidak mampu untuk membela diri dizalimi semaksimanya, tidak ada seorang pun ahli politik Myanmar, termasuk ikon pemenang Nobel Peace, Aung San Suu Kyi bangkit untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini apatah lagi untuk mengembalikan hak kenegaraan orang Rohingya.

Kami menyatakan bantahan keras ke atas polisi Myanmar yang menafikan hak Muslim Rohingya untuk diwakili secara diplomatik oleh OIC.

Kami melihat ini sebagai keangkuhan pihak berkuasa Myanmar untuk mencari penyelesaian  kemanusiaan dan politik untuk mengatasi penderitaan orang Rohingya.

Kami menyeru Sekretariat OIC segera menganjurkan mesyuarat untuk respon kepada isu untuk mewujudkan Pejabat kecemasan untuk orang Rohingya di ASEAN dengan kerjasama badan-badan NGO .

Kami menggesa bantuan kemanusiaan OIC kepada  mangsa kekejaman “ethnic cleansing” Rohingya di Myanmar ini harus dilaksanakan secepatnya tanpa  bertangguh

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausah Agung MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia)

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA ( Sekretariat Himpunan Ulama’Rantau Asia)

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “MAPIM DAN SHURA MESYUARAT KECEMASAN OIC BERKENAAN BANTAHAN MYANMAR UNTUK MEMBUKA PEJABAT DI YANGOON
  1. Mohammad islam Mohammad berkata:

    Bismillah hirrahmanirrahim

    Firman Allah  untuk nahaat kepada Bagida NABI Muhammad S.A selepas membuat Pelancaran Kemedekaan ISLAM di KOTA MEKKAH Al MUKARRAMAH أ ليو م ا كملت اكم د ينكم و ا تممت نعمتي و ر ضيت ا سلا م د ينا

    kemudian NABI Muhammad S.A telah menasihatkan kepada Baginda Muhammad S.A  wahyu al-Qura’n   melelui Malaiakat JIBREI’L                و لن تر ضي عنك ا ليهو د و لا ا لنصا ر حتي تتبع ملتهم

    Dengan nama Allah yang maha kuasa (Rabbal a’alamin)   Keziliman Kuffar Myanmar (Burmna) bukan masalah pergaduhan antara Islam dan rakhine (magh)   Hakiatnya Penghapusan Umat NABI Muhammad S.A dan Penghinaan ISLAM yang secara terang terang bukan sekadar masalah kemiskinan ummah dan kerisi ekonimi melanda di wilayah Arakan (Rohingya)   kami rayu (jaringan Jama’at Islam)  separti UNIROD-NADHOTUL MUFAKKIRIN- JAMAIYAH SYABABUL ULMA  Rayu kepada Ummat Islam sedunia dan NGO -Pertubuhan Islam sedunia  supaya membangkitankan secara fizikal dan moral  supaya pemuda Islam brsama ulama Muda menbangkitkan demi mempertahankan Agama Allah dan Agama kita kita yang tersuci.

    Allahu Akbar…3

    Hizbul al- ISlami Arakan ( dalam Arakan ) di Burma)

    c.c  Moulana Noor Mohammad (Ameer) Maung daw Township Arakan Burma (ARAKAN YOMA UNION OF BURMA

    ________________________________

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: