TERAS DAN SALIMAH SOKONG GARIS PANDUAN PERATURAN PEMASANGAN IKLAN DI BANDARAYA ALOR SETAR

Kenyataan Media Bersama
TERAS Dan SALIMAH

16hb Oktober 2012

TERAS Pengupayaan Melayu dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia  Negeri Kedah (SALAIMAH) menyokong penuh keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar yang menetapkan peraturan pakaian model wanita yang menutup aurat dan berpakaian sopan dalam pengiklanan di bandaraya tersebut.

Peraturan untuk menetapkan garis panduan mengenai penggunaan model wanita dalam iklan khusus untuk orang Melayu Islam dan umumnya untuk kaum lain adalah munasabah dan sangat dituntut dalam hukum Syariat .

Kami melihat ia bukan suatu yang tidak rasional kerana semua kaum di Malaysia harus menghargai etika dan kehormatan wanita bila mengguna model wanita dalam iklan seperti dipapan iklan.

Teras dan Salimah tidak nampak kenapa ia harus di tentang kerana ini merupakan suatu yang memberi kesan kepada maruah kaum wanita. Wanita tidak harus menjadi alat yang merendahkan maruah diri dalam industri iklan.

Apakah hanya kerana ia dituntut oleh Islam untuk dikenakan ke atas orang Melayu Islam pihak DAP Kedah tidak bersetuju dengan peraturan  tersebut. Pihak DAP Kedah perlu faham bahawa mengenakan peraturan wanita yang sesuai dengan kehendak Islam adalah kewajipan agama yang tidak ada kena mengena dengan politik.

Peraturan itu yang juga menetapkan penggunaan model wanita bukan Islam dalam iklan hendaklah mengguna pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata juga sesuai dan perlu .

Kami yakin semua kaum dan agama menghormati kemulian wanita yang tidak harus dihina dan dieksploitasi hanya kerana mahu melariskan penjualan barangan.

Kami percaya bahaya menjadikan tubuh wanita untuk tujuan komersial adalah bertentangan dengan rukun negara yang disepakti semua iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.

Kami menegaskan bahawa ketetapan untuk menguatkuasakan peraturan itu hendakalah dilaksanakan tanpa lengah.

Malah contoh peraturan yang ada di negeri Kelantan dan tidak ditentang oleh mana mana pihak dari kalangan kaum lain yang bukan Islam sepatutya di contohi dan diambil pengajaran oleh DAP Kedah.

Kami mengesa agar hak kaum Muslimin untuk menetapkan peraturan yang sesuai dengan tuntutan Syariat untuk orang Islam sendiri jangan diganggu oleh kepentingan politik.

Kami juga menuntut supaya maruah wanita hendaklah dipertahankan demi memelihara kemulian mereka . Desakan pasaran untuk mengkomersialkan tubuh wanita adalah suatu penghinaan yang tidak boleh dikompromi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Rubiyah Haron
Pengerusi SALIMAH Negeri Kedah

pautan media : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: