HUDUD DISERANG HANYA KERANA PRU 13

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membantah keras sikap semakin biadab parti politik Gerakan dan MCA yang nampaknya meneruskan serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud.

Dengan berselindung dibalik alasan bahawa hukum hudud yang diutarakan ialah buatan Pas , kedua parti politik itu mengguna kesempatan politik menjelang PRU 13  untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau.

Kami tidak mempunyai masalah jika yang diungkap ialah mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Pakar undang-undang dan ahli ilmuan Islam boleh berhujah dengan mereka jika mereka bersedia untuk memahami kenapa hukum hudud jauh lebih berkesan dalam mengekang gejala jenayah.

Akan tetapi bila mereka melancarkan serangan yang merendah-rendah hukum hudud seperti yang diungkap oleh Presiden MCA dan Gerakan Kedah , MAPIM berpendapat ia adalah serangan yang sengaja mahu memprovokasi sentimen agama antara orang Islam dan bukan Islam.

Pokoknya mereka mencari alasan untuk menanamkan kebencian orang bukan Islam kepada hukum Islam dan menghilang hormat mereka terhadap kedudukan Islam di negara ini.

Hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mahu mencari kelebihan untuk meraih pengundi bukan Islam .Apakah ini akan mempunyai implikasi menyentuh sensitiviti umat Islam tidak diambil peduli.

Dengan memberi gambaran seburuk-buruknya kepada hukum hudud dengan tohmahan bahawa ia adalah hukum sebuah parti politik , dengan harapan ia akan membawa kesan paling negatif kepada golongan bukan Islam , hukum hudud terus menjadi bahan serangan yang tidak akan dihentikan.

Mapim tetap akan menyokong perlaksanaan hukum Allah kerana ia adalah kewajipan dan keyakinan bahawa hanya hukum Allah sahaja yang mampu mengekang jenayah yang mengejala sekarang.

Sebab itu Mapim mengambil pendirian bahawa serangan terhadap hudud tidak akan dikompromi . Hukum Islam yang dibiar diperkatakan secara tidak layak dan tidak beradab adalah disebab selama ini memang orang bukan Islam dimomokkan bahawa hukum Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana dianggap berbilang bangsa dan agama.

Malangnya lebih biadab lagi ialah bila ada parti politik yang dibiar menghina hukum hudud bila pertimbangan politik pilihanraya menjadi peretimbangan utama.

Mapim mendesak bahawa hak umat Islam yang mahu hukum hudud adalah hak yang tidak boleh dipersoalkan.

Namun oleh kerana hasrat melaksanakan hukum jenayah Islam tidak disenangi oleh parti orang Melayu sendiri , maka segala tanggapan negatif yang ada pada persepsi orang bukan Islam tidak diperbetulkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: