MAPIM MOHON RAJA-RAJA MELAYU BERTINDAK KE ATAS MCA

Kenyataan Media MAPIM
21hb Oktober 2012

Ucapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam persidangan MCA semalam yang sekali lagi memuncakkan serangannya kepada hukum hudud sangat melampau dan tidak harus dikompromi lagi.

Hanya beberapa hari sahaja sebelum ini hanya dengan bersandar kepada sebuah tulisan dalam blog yang tidak dikenali , beliau menuduh bahawa jika hudud dilaksanakan lebih sejuta orang akan kehilangan kerja di Malaysia.

Pemimpin wanita MCA juga menyatakan pendirian yang sama bahawa mereka mencurigai bahawa UMNO dikhuatiri akan menyatakan sokongan kepada hudud jika Pakatan berjaya mengambil alih kerajaan Pusat.

Kali chua Soi Lek  menuding bahawa perlaksanaan hudud di Negara-Negara Islam dikaitkan dengan amalan korupsi dan negara-negara yang berada dalam keadaan tidak selamat.

Konotasi beliau sangat jelas. Hudud tidak mengatasi masalah rasuah dan jenayah. Inilah pendirian yang mahu beliau tegaskan kepada orang Islam khususnya disamping kepada pengundi bukan Islam.

Bermakna beliau mahu mengajar orang Islam bahawa hukum hudud Islam tidak boleh dilaksanakan kerana terbukti Negara-negara yang beliau dakwa melaksanakan hukum hudud adalah antara yang “paling korup”.

Apa hak beliau untuk menuding bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan hanya dengan alasan Negara lain yang dikatakan melaksanakannya dijangkiti dengan masalah korupsi. Ini adalah kesimpulan yang sangat simplistik dan berniat jahat untuk memburukkan hukum Islam dikacamata bukan Islam.

Kenapa beliau tidak kaitkan dengan sistem sosialis dan kapitalis yang diamalkan oleh puluhan negara lain yang melaksanakan  undang-undang sekular kini penuh dengan kepincangan yang menyebabkan penjenayah semakin meningkat dan penindasan ke atas Negara lain sangat jelas.

Dengan pendirian ini seluruh Umat Islam harus bangkit menyatakan bantahan dan menunjukkan bahawa penghinaan kepada hukum Islam sangat jelas merupakan pendirian resmi MCA.

Jelas penghinaan itu mencabar bukan sahaja wibawa institusi Islam di Negara ini malah juga mencabar kedudukan dan status Islam di Negara ini.

Kami dengan ini memohon agar Raja-raja Melayu yang menjadi pelindung agama Islam di Negara ini bertindak untuk menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak berhak untuk memberi komentar yang menyentuh soal hukum Islam di Negara ini. Parti politik seperti MCA sepatutnya diingatkan bahawa mereka jangan menyentuh sensitiviti Umat Islam mengenai hukum Islam yang mereka berhak untuk tuntut dilaksanakan.

Mempersoalkan dan memberi komen secara menghina dan memburuk-burukkan hukum Islam sepatutnya dilihat sebagai satu hasutan yang akan menimbulkan ketegangan agama.

Kami melihat kenyataan seperti ini adalah berpunca daripada kegagalan kesepakatan dalam BN yang tidak pernah dijelaskan mengenai Islam dan hukum-hukumnya dengan baik. Malah kenyataan dari kepimpinan orang Melayu Islam sendiri dalam BN yang mengambarkan bahawa hukum Islam tidak boleh dan tidak akan dilaksanakan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “MAPIM MOHON RAJA-RAJA MELAYU BERTINDAK KE ATAS MCA
  1. Hudud itu bukan satu isu yang terbaru dan juga bukan langkah politik dikalangan masyarakat umum di Malaysia. hudud itu termaktub didalam Buku Undang-undang kelaurga ISLAM sedunia bukan sekadar untuk rakyat malaysia sahaja. undag undang syariah (Hudud) itu tiada menyarap (effec) kepada rayat bukan islam mereka lebih bebas dan tenang jika TUHAN kita (ALLAH tiada marah. kami Ummat islam yang beriman dan mengikut arahan Tuhan (ALLAH) kita pasti mengikut perlembagaan ALLAH (al-Qura’an) bukan mengikut buku Baibal di Erupa dan Gita di India. ini adalah negara ISLAM telah mendaulatkan oleh Sultan-sultan Islam bukan United kingdom dan United state… nota : HUDUD itu bukan isu politik hudud itu adalah Hak undag undang Masyarakat ISLAM di mana mana Muka bumi Allah… pihak yang tiada mengarti Bahasa Al-Qur’an jangan main2 dengan Isu KITAB ALLAH (al-Qura’an jika kembalikan hak rakyat untuk semua kaum…
    UNIROD-NAMA
    Mohammad islam Sultan Ahmad
    Ketua UNIRO dan Penasihat NAMA

  2. Mohammad islam Mohammad says:

    Kenyataan Media MAPIM 21hb Oktober 2012 Ucapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam persidangan MCA semalam yang sekali lagi memuncakkan serangannya kepada hukum hudud sangat melampau dan tidak harus dikompromi lagi. Hanya beberapa hari sahaja sebelum ini hanya dengan bersandar kepada sebuah tulisan dalam blog yang tidak dikenali , beliau menuduh bahawa jika hudud dilaksanakan lebih sejuta orang akan kehilangan kerja di Malaysia. Pemimpin wanita MCA juga menyatakan pendirian yang sama bahawa mereka mencurigai bahawa UMNO dikhuatiri akan menyatakan sokongan kepada hudud jika Pakatan berjaya mengambil alih kerajaan Pusat. Kali chua Soi Lek  menuding bahawa perlaksanaan hudud di Negara-Negara Islam dikaitkan dengan amalan korupsi dan negara-negara yang berada dalam keadaan tidak selamat. Konotasi beliau sangat jelas. Hudud tidak mengatasi masalah rasuah dan jenayah. Inilah pendirian yang mahu beliau tegaskan kepada orang Islam khususnya disamping kepada pengundi bukan Islam. Bermakna beliau mahu mengajar orang Islam bahawa hukum hudud Islam tidak boleh dilaksanakan kerana terbukti Negara-negara yang beliau dakwa melaksanakan hukum hudud adalah antara yang “paling korup”. Apa hak beliau untuk menuding bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan hanya dengan alasan Negara lain yang dikatakan melaksanakannya dijangkiti dengan masalah korupsi. Ini adalah kesimpulan yang sangat simplistik dan berniat jahat untuk memburukkan hukum Islam dikacamata bukan Islam. Kenapa beliau tidak kaitkan dengan sistem sosialis dan kapitalis yang diamalkan oleh puluhan negara lain yang melaksanakan  undang-undang sekular kini penuh dengan kepincangan yang menyebabkan penjenayah semakin meningkat dan penindasan ke atas Negara lain sangat jelas. Dengan pendirian ini seluruh Umat Islam harus bangkit menyatakan bantahan dan menunjukkan bahawa penghinaan kepada hukum Islam sangat jelas merupakan pendirian resmi MCA. Jelas penghinaan itu mencabar bukan sahaja wibawa institusi Islam di Negara ini malah juga mencabar kedudukan dan status Islam di Negara ini. Kami dengan ini memohon agar Raja-raja Melayu yang menjadi pelindung agama Islam di Negara ini bertindak untuk menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak berhak untuk memberi komentar yang menyentuh soal hukum Islam di Negara ini. Parti politik seperti MCA sepatutnya diingatkan bahawa mereka jangan menyentuh sensitiviti Umat Islam mengenai hukum Islam yang mereka berhak untuk tuntut dilaksanakan. Mempersoalkan dan memberi komen secara menghina dan memburuk-burukkan hukum Islam sepatutnya dilihat sebagai satu hasutan yang akan menimbulkan ketegangan agama. Kami melihat kenyataan seperti ini adalah berpunca daripada kegagalan kesepakatan dalam BN yang tidak pernah dijelaskan mengenai Islam dan hukum-hukumnya dengan baik. Malah kenyataan dari kepimpinan orang Melayu Islam sendiri dalam BN yang mengambarkan bahawa hukum Islam tidak boleh dan tidak akan dilaksanakan. Mohd Azmi Abdul Hamid Setiausaha Agong MAPIM Like Be the first to like this. This entry was posted in Minda Presiden. Bookmark the permalink. One Response to MAPIM MOHON RAJA-RAJA MELAYU BERTINDAK KE ATAS MCA Mohammad Sultan Ahmad | 22/10/2012 at 12:31 pm | Balas Hudud itu bukan satu isu yang terbaru dan juga bukan langkah politik dikalangan masyarakat umum di Malaysia. hudud itu termaktub didalam Buku Undang-undang kelaurga ISLAM sedunia bukan sekadar untuk rakyat malaysia sahaja. undag undang syariah (Hudud) itu tiada menyarap (effec) kepada rayat bukan islam mereka lebih bebas dan tenang jika TUHAN kita (ALLAH tiada marah. kami Ummat islam yang beriman dan mengikut arahan Tuhan (ALLAH) kita pasti mengikut perlembagaan ALLAH (al-Qura’an) bukan mengikut buku Baibal di Erupa dan Gita di India. ini adalah negara ISLAM telah mendaulatkan oleh Sultan-sultan Islam bukan United kingdom dan United state… nota : HUDUD itu bukan isu politik hudud itu adalah Hak undag undang Masyarakat ISLAM di mana mana Muka bumi Allah… pihak yang tiada mengarti Bahasa Al-Qur’an jangan main2 dengan Isu KITAB ALLAH (al-Qura’an jika kembalikan hak rakyat untuk semua kaum… UNIROD-NAMA Mohammad islam Sultan Ahmad Ketua UNIRO dan Penasihat NAMA

    ________________________________

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: