PANDANGAN KETUA PEMUDA MCA NEGARA TIDAK AKAN MUFLIS SANGAT DANGKAL

Kenyataan Media MAPIM
21hb Oktober 2012

Ketua Pemuda MCA , Wee Ka Siong berkata Malaysia mengamalkan teori Keynesian dalam berekonomi. Sebab itu katanya bajet defisit dan hutang negara mencecah 53% dari KDNK tidak akan membawa negara kepada muflis , malah akan meransang perbelanjaan domestik.

Sebenarnya pendapat ini adalah salah. Ketika negara perlu berhutang untuk perbelanjaan pembangunan  , itu bermakna negara tidak merancang dengan baik untuk membuat keutamaan dan penilaian terperinci dalam berbelanja. Malah ini menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi sangat bergantung kepada permintaan dan konsumpsi domestik yang berterusan bergantung kepada suntikan wang kerajaan.

Skim “one off” yang diumumkan  dalam bajet 2013 bukan suntikan yang akan meransang ekonomi secara mapan malah hanya mengujudkan permintaan sementara yang sangat singkat kesanya. Sebab itu bajet 2013 dilihat sebagai bajet pilihanraya.

Persoalan kerajaan terpaksa mengutarakan bajet defisit 16 tahun berturut turut bermakna negara menguruskan pembangunan atas duit hutang selama tempoh itu dengan sengaja.

Jika wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk pembangunan adalah dari hutang , teori Keynesian ini tidak akan menyelesaikan masalah kerana kerajaan tidak menutup ketirisan yang berlaku akibat salahtadbir perbelanjaan . Bermakna dengan teori Keynesian,  intervensi kerajaan menjadikan keadaan lebih parah kerana wang mengalir kepada saluran yang tidak produktif.

Malah teori ini melihat perancangan pembangunan lebih bersifat sehala iaitu “top down”, bukan partisipatif . Di Malaysia perancangan pembangunan terlalu berasaskan politik.

Soalnya ialah kenapa kerajaan perlu berlanja berlebihan untuk tujuan meransang permintaan domestik pada hal permintaan tersebut bukan permintaan yang utama tetapi permintaan yang direkacipta .

Hanya untuk meransang perbelanjaan domestik tetapi bukan kepada kepada sektor yang benar-benar perlu adalah resepi kepada keruntuhan ekonomi seperti yang berlaku kepada Greece.

Ditambah dengan kerajaan nampak tidak bersungguh mengatasi masalah salahtadbir urusan kewangan serta tidak mengamalkan polisi ketelusan yang bertanggungjawab , maka tidak keterlaluan untuk kami merumuskan bahawa bankrupsi atau muflis adalah tidak mustahil bagi Negara .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,856 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: