UNDANG-UNDANG KHAS KAWAL IKLAN GUNA WANITA PERLU DIWUJUDKAN

Kenyataan Media SALIMAH

20hb Oktober 2012

Persatuan persaudaraan Muslimah Malayasia (SALIMAH) menuntut agar pihak kerajaan menetapkan tatasusila dan etika pengiklanan yang lebih jelas ketika mengguna model wanita di negara ini.

Kami mendapati kebanyakan iklan semada di papan iklan mahupun dalam media cetak dan elektronik tidak mengamalkan etika pengiklanan yang baik terutama dalam isu penggunaan model wanita .

Kami mengusulkan pihak kerajaan mengadakan peraturan yang lebih ketat untuk memastikan eskploitasi wanita dalam iklan tidak keterlaluan , sesuai dengan tatasusila negara yang menekankan budaya hidup timur berasaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Salimah sangat prihatin bagaimana selama ini masyarakat Malaysia  dicemari pemikirannya dengan iklan yang dengan sewenang-wenangnya mengeksploitasi wanita untuk melariskan jualan barangan dan perkhidmatan.

Kebanyakan iklan yang dipasang atau yang disiar dalam media yang melibatkan wanita tidak patuh kepada Kod Etika Pengiklanan yang sepatutnya memastikan iklan mesti mempamirkan keperibadian dan budaya Malaysia sesuai dengan RUKUN Negara yang berkaitan dengan kesopanan dan kesusilaan.

Setakat ini undang-undang mengenai etika pengiklanan sangat longgar terutama dalam soal penggunaan model wanita dan lelaki dengan pakaian yang tidak sopan. Kod Etika Pengiklanan tidak merupakan undang-undang yang kuat kerana ia terserah kepada pengamal iklan semada mahu patuh atau sebaliknya.

Dalam prinsip am Kot Etika Pengiklanan , prinsip kesopanan menyatakan dengan jelas Iklan tidak seharusnya mengandungi kenyataan atau peragaan visual yang boleh dianggap melanggar kesopanan yang lazim di kalangan mereka yang berkemungkinan terdedah kepadanya. Jika dilihat kebanyakan iklan tidak menjaga prinsip ini.

Kami mendapati di bandar-bandar utama seperti Kuala Luampur , Ipoh , Seremban , Melaka dan Johor Bharu ,  papan  iklan yang mengguna gambar wanita yang tidak sopan dan sangat keBaratan memenuhi wajah bandar terutama di pusat membeli belah. Adakah ciri bandar yang tidak memberi penghormatan kepada kemuliaan wanita hendak ditonjolkan di Negara ini ?

Malaysia sebagai negara yang meletakkan  Islam sebagai agama Persekutuan perlu melaksanakan segala peraturannya yang sesuai dengan kehendak agama Islam terutama untuk orang Islam. Bagi masyarakat bukan Islam kepatuhan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mengutamakan budaya dan nilai hidup sopan perlu dizahirkan dalam semua kegiatan mereka.

Salimah menegaskan bahawa pengiklanan yang memperalatkan wanita secara tidak sopan adalah melanggar nilai ketatasusilaan yang sepatutnya menjadi ciri penting yang perlu dipertahankan . Malaysia tidak harus mengikuti budaya Barat yang memperalat tubuh badan dan kecantikan wanita sebagai alat untuk dieksploitasi dalam dunia komersial.

Memperalatkan tubuh badan wanita disemua peringkat umur  dalam iklan adalah suatu penghinaan walaupun dilakukan secara sukarela . Bagi kami mengkomersialkan wanita semestinya ditolak jika kerajaan serius untuk melahirkan masyarakat yang meletakkan status wanita pada kedudukan yang mulia dan dihormati.

Salimah mencadangkan supaya peraturan pengiklanan yang sedia ada diperkukuhkan dengan menjadikan ia undang-undang yang khas mengenai penggunaan wanita dalam semua iklan. Dengan ini kawasan yang lebih berkesan dalam dilaksanakan.

Rubiyah Haron
Naib Yang DiPertua SALIMAH Kebangsaan

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: