7 REALITI PERHUBUNGAN ULAMA DAN UMARA PERLU DIBERI PERHATIAN

MAPIM menyambut baik Siri Wacana segar  Anjuran Sinar Harian  yang membawa tajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin. Tajuk ini sangat relevan dan perlu diberi perhatian lantaran hubungan antara ulama dan Umara (pemerintahan) merupakan antara sendi utama dalam pemerintahan Islam.

Kami mendapati terdapat 7 realiti yang kini sedang melengkari persoalan hubungan antara ulama dan Umara .

1. Tiadanya kesefahaman dan saling mengukuh antara ulama’ dan umara’ dalam membangunkan negara yang menjarakkan lagi jurang antara kedua institusi ini. Isu ini adalah natijah dari sikap yang tidak memberi keutamaan kepada keperluan saling melengkapi . Akibatnya ujud sindrom pemimpin kerajaan melihat ulama hanya perlu menurut kehendak dan mengikut polisi kerajaan dirasai menjadi polisi arusperdana .

2. Golongan sekular liberal sering mengkritik and bersikap prejudis terhadap ulama’ tradisional kerana beranggapan ulama’ ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara. Ini merupakan fenomena yang berterusan akibat peminggiran ulama dalam arus perdana dalam proses membuat keputusan. Sikap golongan liberal melihat ulama sebagai penghalang kepada kemajuan dan pemodenan mengakibatkan pemerintah cenderung untuk memberi lebih ruang dan suara kepada kelompok ini.

3. Wujudnya ulama’ yang tidak menjalankan peranan dengan berkesan dalam menegur dan membetulkan umara . Mengakibatkan hilangnya rasa hormat dan percaya dikalangan umat terhadap ulama’ yang demikian. Isu ini juga berasal dari ulama yang terlalu bergantung dengan Umara dalam perjawatan . Suara ulama yang bebas dari ikatan kepada ulama tidak atau jarang kedengaran menyebabkan hilang keyakinan dan hormat umat kepada ulama.

4. Serangan yang bertubi-tubi oleh mereka yang berprasangka buruk menyebabkan kelesuan dokongan umat kepada kepimpinan ulama’. Ini adalah suatu sikap yang terpendam dalam pemikiran golongan yang tidak mahu menghormati keilmuan ulama. Malah ujud kelompok yang melihat pandangan ulama sebagai penyekat kepada kebebasan berusaha.

5. Wujudnya umara’ elit yang tidak menghormati teguran dan pandangan ulama’ kerana takut kedudukan dan kuasa mereka terjejas. Golongan ini berada dalam pemerintah , Lantaran itu ulama dituduh pemecahbelah masyarakat dan bertindak penghasut. Kedudukan pemerintah yang mahu mengekalkan kuasa tidak akan mengendahkan tegu ran ulama.

6. Wujudnya umara yang mahu memperalat ulama untuk kepentingan diri. Hal ini sudah menjadi gejala yang berlaku sepanjang zaman. Golongan Umara mahu mendapat perakuan bahawa apa yang dilakukan oleh pihak pemerintah adalah disokong oleh ulama. Walaupun ini sering menimbulkan perbahasan dikalangan masyarakat , namun ia akhirnya dijadikan skim Umara untuk membentengi kesalahan mereka bila ulama turut mendokong dasar kerajaan yang digubal.

7. Organisasi ulama’ yang tidak kuat dan kurang efektif untuk bergerak sebagai sebuah angkatan yang berpengaruh dan mampu memimpin umat. Ini berpunca dari sikap pemerintah yang meminggirkan ulama dalam proses arusperdana dipelbagai sektor. Ulama hanya diketengahkan dalam hal yang difahamkan sebagai urusan agama walaupun maksud agama Islam yang sebenar adalah merangkumi semua aspek.

Dari tujuh  realiti di atas kami mendapati suatu perspektif yang benar harus diketengahkan untuk memperbetulkan peranan ulama menegur umara.

Kami percaya jika perspektif yang tepat dapat dirangka dan pihak ulama berfungsi dengan berkesan , segala kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan kini dapat diluruskan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: