AMANAT EID ADHA 1433H DARI SETIAUSHA AGONG MAPIM

Oleh : Mohd Azmi Abdul Hamid

Allahu Akbar , Allahu Akbar , Allahu Akbar Walillahilhamd .

Dengan penuh pasrah kami menyambut Hari Pengorbanan Agong  Eid Adha Mubarak yang menyengah sekali lagi. Dengan hari agong yang mempunyai mesej besar untuk membentuk penjernihan hidup dan penyegaraan iltizam mengabdi diri kepada Allah , kami mengingatkan diri sendiri serta seluruh kerabat MAPIM khususnya serta umat seluruhnya agar menghirup ruh pengorbanan yang paling segar pada sambutan kali ini.

Dalam suasana umat Islam dan Islam diserang dari pelbagai penjuru , tidak berlebihan untuk kami mengingatkan bahawa panggilan jihad kepada umat paling relevan untuk dikemundangkan disaat kita bertakbir , bertahmid dan bertasbih.

Jelas Allah telah memberi medan paling baik untuk kita semua bermuhasabah terhadap rasa terikat dan sayang kita kepada keselesaan hidup didunia sehingga terasa sangat berat merenggangkan diri dari semua yang disebut sebagai kesedapan duniawi.

Sudah sampai masanya ketaqwaan Ibrahim dan kesiapsediaan Ismail dalam peristiwa agong pengorbanan ini menyuntik faham yang jernih mengenai bagaimana merealisasikan hidup pasrah kepada Allah melalui ibadah berqurban.

Bukankah pengorbanan yang ditunjukkan oleh kedua anak beranak ini bermuara dari ketaqwaan yang tertinggi sehingga segala implikasi yang bakal diterima menjadi tersangat kerdil bila bertembung dengan arahan Illahiy.

Kami merasakan sangat relevan umat disuntik dengan kesediaan untuk berkorban demi menjamin izzah dan quwwah Islam tidak dipermain-mainkan dan dinista dengan pelbagai tohmah murahan.

Dalam suasana yang kini menguji keutuhan keimanan umat , sikap permusuhan dan pengnistaan agama oleh golongan bukan Muslimin yang menyimpan rasa dendam kesumat kepada Islam akan menjadi isu yang akan mendepani setiap Muslim yang prihatin.

Kita diajar dalam ibadah qurban untuk menjadi sangat sensitif kepada apa sahaja yang menyentuh maruah Islam dan martabat ummah. Sebab itu mencemuh , mengherdik dan memburukkan imej Islam dan segala hukum yang menjadi sistemnya adalah cabaran kepada maruah kita.

Kita hanya ada dua pilihan : bangkit semula sebagai umat yang memimpin atau menyerah diri untuk menjadi umat terpinggir dan dihina.

Tidak cukup dari itu , jika kita membuat pemetaan dan profail mengenai situasi Umat , tugas dan amanah untuk mengembalikan muruah umat tidak tertanggal dari sosok hidup setiap orang Muslim.

Mungkinkah seorang Muslim itu boleh memekakkan telinga dan memejamkan mata bila melihat agamanya dihina dan umatnya diperkosa? Apakah mungkin seorang Muslim membisukan mulut dan memandang ke arah lain ketika mana ada saudaranya seagama disembelih dan dilayan bagaikan haiwan.?

Lantaran itu kita harus meneliti dan menghayati bahawa selagi erti pengorbanan tidak dijernihkan , kita tidak akan menemukan jalan keluar kepada usaha mengembalikan izzah ummah.

Jika diteliti  Qurban (قربن) berasal dari kata qaraba (قرب) yang artinya adalah mendekati. Bermakna ia adalah upaya mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

Kita sangat memahami bahawa Qurban yang secara khusus pada hari nahar (hari raya qurban, idul adha) dan hari tasyrik adalah upaya mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang tertentu, yang disebut dengan udhhiyah dan dhahiyah.

Dalam hal ini jika fadhilah qurban dihayati maka ia bukan sekadar simbol namun adalah manifestasi kecintaan kepada Allah  .

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

مَا عَمِلَ آدَمِىٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada hari raya qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih hewan. (HR. Tirmidzi)

Demikian besar sekali kelebihan qurban  sehingga ganjarannya di hitung pada setiap bulu haiwan yang disembelih adalah kebaikan.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

إِنَّهَا لَتَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ

Sesungguhnya hewan qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya sebelum darah qurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah. (HR. Tirmidzi)

Namun rahsia terbesar dari ibadat Qurban adalah pada pada  menenangkan jiwa

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban. (HR. Tirmidzi).

Kami berpendapat bahawa yang menjadi persoalan yang terbesar ialah bagaimana berkorban melepaskan suatu yang dicinta demi kecintaan kepada yang lebih unggul. Rahsia menjadikan pengorbanan suatu yang rengan itulah nikmat yang sukar dirasai jika tidak disertai dengan keihklasan.

Kami mendapati seluruh kerabat MAPIM khususnya sedang giat mengajari diri untuk menghargai . Sesungguhnya yang penting bukan nilai harga pada sesuatu benda , akan tetapi kemampuan untuk menghargai . Pengorbanan dalam melakukan pelbagai gerakerja untuk membela nasib saudara kita di Gaza , Somalia , Myanmar dan Mindanao adalah terletak kepada kemampuan kita menghargai erti persaudaraan dalam ber”ummah” dan ber”Islam”.

Keadaan umat di Myanmar yang terkini sangat menyayatkan hati. Mereka sudah mengistiharkan bahawa mereka tidak akan merayakan Eid Adha tahun ini kerana serangan yang semakin meningkat ke atas Umat Islam sedang dilancarkan semula. Kezaliman yang dialami tidak terbela oleh seluruh Umat Islam sehingga saat ini. Eid Adha dengan perlumbaan menyembelih haiwan antara sesama Umat Islam tidak bererti jika ada sebahgian umat yang sedang berhadapan dengan penindasan yang sangat zalim.

Mari kita serlahkan taggungjawab berkorban dalam ertinya yang tersurat dan tersirat. Moga Allah melayakkan kita memikul amanah menjaga agamaNya sehingga nafas kita yang terakhir.

Allahu Akbar , AllahuAkbar , AllahuAkbar , walillahilhamd .

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “AMANAT EID ADHA 1433H DARI SETIAUSHA AGONG MAPIM
  1. Allahuakbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar…walillahil hamd

    Ibadah Qurban yang bertumpah darah kerana keredhohan Allah isinya hak mutlak untk faqir dan Miskin dan juga mereka sangat memerlukan dikalangan masyarakat Ummat Islam demi mempertahankan kebuluran Ummat al-Mustada’afin di muka Bumi Allah tanpa mengira bangsa dan mazahab.. Allahu Akbar…3 walillahil hamd…
    Mohammad islam Sultan Ahmad
    Hizbul al-Islami (UNIROD) Arakan Burma…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: