MAPIM BANTAH BANGLADESH LARANG QURBAN DI KEM PELARIAN

Kenyataan Media MAPIM
31hb Oktober 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Bangladesh melarang perayaan Qurban disambut di kem-kem pelarian Rohingya disekitar Negara itu baru-baru ini.

Larangan tersebut dikuatkuasakan sehingga pengedaran daging korban yang sepatutnya diagih kepada pelarian yang berada di kem tidak dapat disempurnakan dengan lancar oleh pelbagai NGO yang melakukan misi korban dari pelbagai Negara .

Ini sangat memeranjatkan kerana jika Myanmar yang bukan Negara Islam telah mengharamkan sambutan Qurban di seluruh Negara , kenapa Bangladesh sebagai negara Islam harus melakukan arahan itu walaupun hanya bertujuan memberi daging korban kepada pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan makanan.

MAPIM sendiri yang menghantar delegasi untuk misi korban sebanyak lebih dari 100 ekor lembu telah menghadapi larangan dari pihak berkuasa Bangladesh yang tidak membenarkan acara Qurban dilakukan di kem seperti Kutupalong dan Lehda .

Sukarelawan MAPIM melaporkan bahawa daging korban terpaksa dibawa masuk secara sembunyi ke dalam kem dan berjaya juga akhirnya mengedar kepada pelarian Rohingya di beberapa kampung di sekitar Cox Bazar , Teknaf , Cittagong dan Kutupalong di selatan Bangladesh.

Tindakan kerajaan Bangladesh bukan setakat menghalang perintah agama Islam dalam sambutan Eid Adha yang dituntut oleh Islam , malah telah turut menghalang mereka yang berniat untuk menunaikan ibadah korban dan juga menafikan hak golongan pelarian yang dhaif dari mendapat daging korban .

Jelas , Bangladesh melakukan satu perlanggaran agama Islam , yang sangat terkutuk , kerana tidak ada alasan berasaskan dalil agama yang dapat dipertahankan oleh kerajaan negara itu bila peraturan itu dikeluarkan.

Soalnya apa hak kerajaan Bangladesh melarang ia dilaksanakan di kem pelarian sedangkan semua pelarian tersebut adalah Muslim Rohingya yang tertindas. Melarang mereka menyambut Hari Raya Qurban itu sendiri adalah suatu tindakan yang melampau , apatah lagi membiarkan golongan pelarian yang sangat daif itu berada dalam kelaparan.

Golongan ulama perlu menyatakan sikap terhadap perkara ini kerana Bangladesh jelas melakukan kezaliman bukan sahaja kepada Umat Islam malah juga kepada Islam itu sendiri.

Kerajaan Bangladesh setakat ini tidak menunjukkan kesungguhan untuk membantu saudara Islam yang tertindas oleh kerajaan Myanmar . Tidak ada tindakan yang menunjukkan bahawa pelarian Rohingya yang sepatutnya dibela dilakukan oleh Bangladesh.

Malah dua tindakan yang mengejutkan dunia dilakukan oleh kerajaan Bangladesh iaitu , tidak membenarkan pelarian dari Arakan menyelamatkan diri dari keganasan Rakhine Buddhis untuk masuk ke Bangladesh dan menghalau keluar tiga agensi kemanusiaan antarabangsa untuk membantu pelarian di kem-kem pelarian di Bangladesh.

Kami menuntut supaya OIC sebagai badan antarabangsa menggunakan pengaruhnya mendesak supaya Bangladesh tidak menambahkan lagi penderitaan yang dialami oleh pelarian Rohingya.

Hak mereka sebagai muhajirin yang memerlukan bantuan dari saudaranya yang seagama hendaklah ditunaikan.

Lobi politik diperingkat antarabangsa untuk mengembalikan hak etnik Rohingya mendapatkan kerakyatan yang sah di Myanmar serta menekan Myanmar supaya patuh kepada undang-undang antarabangsa mengenai hak etnik minoriti perlu digerakkan oleh OIC .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: