PENGGUNA MALAYSIA JANGAN TERPERANGKAP DENGAN BUDAYA BERHUTANG DAN BERBELANJA TANPA BERFIKIR

SIRI CELIK PENGGUNA 1 – Cikgu Azmi

Mohd Azmi Abdul Hamid
Ketua Bahagian Pendidikan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
tel 0194744856

4hb November 2012

Suatu gejala yang sangat perlu diberi perhatian oleh warga pengguna Malaysia ialah budaya berbelanja dan berhutang. Kami berpandangan bahawa ada tanda bahawa pengguna Malaysia kini sedang terperangkap dalam budaya berbelanja dan berhutang yang tidak terkawal malah menuju kepada berbelanja secara membazir.

Setakat ini ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak memandang berat betapa kita sedang bergerak ke garis merah dalam tabiat berbelanja dan berhutang. Berbelanja lebih dari kemampuan akan akhirnya terpaksa hidup dibawah daripada kemampuan.

Sesungguhnya perbelanjaan defisit tidak akan menelurkan kesejahteraan akan tetapi mengakibatkan keruntuhan ekonomi semada diperingkat keluarga mahupun diperingkat Negara.

Sebagai Negara yang dikatakan sedang bergerak ke arah menjadi sebuah Negara maju dan berpendapat tinggi , budaya berbelanja tanpa berfikir menyebabkan masyarakat menuju ke ambang kerosakkan ekonomi dan sosial yang semakin jelas.

Sekarang sahaja kes muflis dikalangan golongan muda sangat meruncing . Kes yang dilaporkan bahawa yang diistihar muflis di bawah umur 34 tahun meningkat seharusnya mencemaskan kita.

Pernah suatu laporan media dahulu mendedahkan  angkanya sudah mencecah lebih 40 orang yang diistiharkan muflis setiap hari , bermakna lebih 1200 orang sebulan dan lebih 14,600 orang setahun. Sejauhmana angka ini tepat belum dapat disahkan.

Di Parlimen tahun ini 2012 kenyataan statistik menunjukkan 241,740 orang diistiharkan muflis sehingga April  2012 , mengikut jawapan yang dikeluarkan oleh Datuk Nazri Aziz , Menteri di JPM.

Pengumuman Timbalan Menteri di JPM Datul Liew Vui Keong di Parlimen kelmarin mengatakan terdapat 2,011 orang Penjawat awam diistiharkan muflis sehingga Ogos 2012.

Berdasarkan Akta Kebangkrapan 1967 di Malaysia mengambil masa tidak kurang dari 5 tahun untuk dikeluarkan dari ketogari muflis .Bayangkan kesan sosio-ekonomi bila ratusan ribu hidup dalam keadaan muflis bertahun-tahun.

Akan tetapi gejala berhutang ini banyak berpunca dari berbelanja lebih dari kemampuan dan terlibat dengan berhutang bukan kerana keperluan sebenar memang banyak berlaku. Kes tidak mampu melunaskan hutang Kad kredit mengikut yang tertinggi ialah hutang sewa beli , hutang peribadi , hutang perniagaan , hutang rumah , hutang Kad kredit , hutang Korporat dan hutang sebagai penjamin.

Akibat dari gejala yang sangat tidak sihat ini , jika ia berterusan , adalah dijangka Negara akan berhadapan dengan krisis kewangan domestik yang merbahaya. Hal ini sudah  jelas dialami dibeberapa negara maju di Eropah seperti Greece dan Iceland , malah juga berlaku di Amerika Syairkat. Bukan sahaja hutang domestik menjadi sangat tinggi malah insitusi kewangan turut juga terjejas kerana tidak mampu mendapatkan semula wang yang dipinjamkan kepada individu. Ini adalah  kerana bank telah menjalankan operasi memberi pinjaman yang sangat mudah sehingga akhirnya seluruh sistem kewangan runtuh kerana jumlah hutang menjulang tinggi.

Punca utama ialah berbelanja dengan tidak terkawal sehingga akhirnya sampai ke titik dimana tanggungjawab kewangan gagal dipenuhi.

Walaupun ada catatan bahawa pada tahun 2009 kes bankrupsi kerana Kad kredit masih kecil iaitu hanya 0.04% dari 3.2 juta pemegang Kad kredit namun budaya berbelanja mengguna kad kredit sangat berisiko tinggi dan terus meningkat.

Setakat 2005 sehingga 2010 Jabatan Insolvensi Malaysia telah melaksanakan pengstrukturan semula hutang 80,348 kes yang melibatkan 31,950 Melayu , 26,805 Cina , 7,661 India dan 13, 932 lain-lain.

Yang jelas ialah Pengguna yang mengamalkan budaya hidup membazir dan mewah pasti tidak mampu bertahan. Dalam satu kajian kebanyakan Pengguna yang berpendapatan sederhana ke bawah akan hanya dapat bertahan tidak melebihi 4 bulan jika berlaku sesuatu yang menjejaskan pendapatan seperti dibuang kerja atau sakit atau berlaku kejatuhan ekonomi.

Kami menyatakan hal ini kerana ada tanda budaya berbelanja yang tidak sihat ini tidak diberi perhatian oleh masyarakat . Sehingga banyak tindakan yang akan menjejaskan kewangan keluarga menjadi situasi kewangan keluarga bagaikan bom jangka. Perbelanjaan yang berlebihan dalam menyambut perayaan , majlis perkahwinan , membeli barangan berjenama , dan berbelanja dalam hal yang tidak penting nampaknya sangat ketara. Malah kelihatan ada semacam  perlumbaan yang tujuannya hanya untuk menunjuk-nunjuk dan saling mempamirkan barangan yang dibeli.

Cara berbelanja yang semakin tidak terkawal jelas dapat dilihat dengan bercambahnya pasar raya dan mall yang menjadi tempat tumpuan masyarakat Malaysia. Perkembangan ini nampak ketara dalam tempoh 10-15 tahun kebelakangan ini. Budaya “shopping” sebagai tabiat yang semakin popular menunjukkan Pengguna Malaysia sangat mudah terheret dengan pelbagai pengaruh promosi dan gimik jualan.

Daya berfikir secara kritikal ketika membuat keputusan untuk membeli atau sebaliknya semakin rendah. Pengguna sangat mudah terpedaya walaupun dengan gimik yang tidak masuk akal. Keperluan asas yang sepatutnya diberi perhatian utama seperti kesihatan , pendidikan , keperluan rumah dan bekalan asas untuk keluarga nampaknya tidak diutamakan. Mengejar budaya hidup mewah dan berlebihan seolah menjadi tren yang tidak boleh dibendung.

Lebih mengkhuatirkan ialah bila generasi muda turut tercorak dengan budaya hidup mewah dan bergaya dengan fresyen terkini. Anak muda dengan mudah teruja dengan jenama dan model terbaru yang bukan keperluan utama. Dari makanan sehingga pakaian , semuanya berbelanja tanpa berfikir. Tidak mengejutkan bila generasi muda yang baru memasukki alam kerjaya begitu mudah terperangkap dengan hutang dan akhirnya terbilit dengan masalah kewangan yang rumit.

Kami berpendapat Pengguna di Malaysia sepatutnya berfikir panjang betapa tren yang sedang berlaku sekarang hendaklah segera diubah. Tidak dinafikan bahawa keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu akan sampai ke Malaysia. Ketika ia terjadi kami menjangka ramai yang akan menghadapi keadaan yang sangat sukar. Bukan sahaja daya bertahan secara kewangan tidak dapat dikendali dengan baik , malah ia pasti akan memberi kesan kepada kestabilan sosial yang dijangka akan terjejas.

Pengguna harus benar-benar celik mengenai kedudukan realiti yang sebenar dan tidak terpesona dengan hidup bagaikan di istana pasir yang rapuh dan mudah runtuh dan relai. Kami berpandangan jika budaya berhutang dan berbelanja tanpa berfikir tidak dikawal , masa depan yang diwar-warkan untuk Malaysia akan hanya menjadi impian palsu.

Sekian.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,613 hits
Kalendar
November 2012
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: