SIKAP ANG SAN SUU KYI SANGAT DIKESALI

Kenyataan Media MAPIM
5hb November 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) amat kesal dan terkejut dengan kenyataan Ang Suu Kyi yang dilaporkan oleh BBC kelmarin bahawa beliau enggan membela etnik Rohingya atas alasan tidak mahu memihak sama ada kepada etnik Rakhine ataupun Rohingya.

Malah beliau dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan mengguna authoriti moralnya untuk membela etnik Rohingya.

Sikap ini jelas menafikan kezaliman yang terbukti dilakukan ke atas Rohingya Muslim di Myanmar sejak dua dekad yang lalu. Bukan sahaja komuniti Rohingya dinafikan kerakyatan, malah mereka telah ditindas dengan sangat zalim sehingga menyebabkan kematian dan ratusan ribu terpaksa melarikan diri keluar dari Myanmar.

Amat memeranjatkan apabila Suu Kyi menyatakan bahawa beliau tidak tahu etnik Rohingya telah dinafikan kerakyatan. Malah beliau mempersoalkan dari mana sumber di perolehi bahawa 800,000 etnik Rohingya di nafikan kerakyatan . Walhal inilah yang telah diistiharkan oleh Presiden Thien Sein sendiri.

Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja beliau sengaja menafikan fakta yang jelas terhadap apa yang berlaku, malah beliau seolah menerima bahawa penghapusan etnik keatas komuniti Rohingya boleh dilakukan tanpa dipersoalkan.

Kami berpendapat  bahawa Suu Kyi bukan lagi layak untuk diberi gelaran sebagai ikon demokrasi dan kemanusiaan, akan tetapi beliau kini adalah seorang ahli politik berkepentingan peribadi.

Mempertahankan demokrasi dan hak asasi manusia telah beliau gadai hanya kerana mahu mendapat sokongan komuniti Buddha untuk pilihan raya 2014. Dengan itu beliau sanggup membisu dan kini menyatakan sikap yang jelas tidak mahu membela komuniti Rohingya Muslim kerana ingin menjaga kepentingan politiknya.

Kami berpandangan bahawa etnik Rohingya yang jelas dizalimi tidak boleh lagi mengharapkan pembelaan dari mana-mana pihak di Myanmar. Oleh kerana itu, beban pembelaan nasib mereka kini hendaklah dipikul oleh masyarakat antarabangsa.

Ang San Suu Kyi kini telah membohongi dunia untuk mendapat sanjungan dan anugerah sebagai ikon demokrasi, padahal sikapnya yang sebenar terdedah apabila isu Rohingya dibahaskan.

Kami ingin menegaskan bahawa pihak PBB tidak boleh menunggu dan menunda tindakan untuk menyelamatkan etnik Rohingya Muslim yang menghadapi penghapusan etnik di negeri Arakan.

Pihak PBB tidak boleh bergantung lagi kepada pihak berkuasa Myanmar Dan Suu Kyi dalam isu Rohingya. Lagi lama tindakan tidak diambil akan mengakibatkan ribuan nyawa etnik Rohingya akan hilang tanpa sebarang pembelaan.

PBB sudah memperakui bahawa penindasan yang dilakukan ke atas etnik Rohingya sama sekali tidak boleh diterima dan laporan dari pegawai khas yang dihantar untuk meninjau keadaan di Myyanmar pada Jun 2012 jelas membuktikan kerajaan Myanmar sedang melaksanakan penghapusan etnik Rohingya secara besar-besaran.

Aung San Suu Kyi yang telah disanjung di Barat bukan lagi menjadi harapan agar Myanmar berubah menjadi sebuah Negara demokrasi. Malah sebaliknya kehadhiran Suu Kyi hanya sebagai simbol semata-mata . Pada hakikatnya Myanmar maseh diperintah oleh tentera junta. Suu Kyi jelas hanya menjadi boneka kepada tentera junta. PBB perlu memahami hakikat ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
November 2012
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: