SALIMAH PANDANG BERAT REMAJA TIDAK TAHU SOLAT

Kenyataan Media SALIMAH
6hb November 2012

Persatuan Persaydaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) terkejut dengan maklumat yang didedahkan bahawa terdapat  remaja dalam program PLKN tidak tahu Solat . Gejala ini tidak harus dipandang rengan.

Remaja yang berumur 17 tahun tetapi tidak tahu Solat adalah tanda sistem  pendidikan formal dan tidak formal tidak berjalan dengan berkesan.

Salimah berpandangan bahawa semua pihak perlu berfikir serius bagaimana hal ini dapat di atasi . Remaja yang tidak tahu solat dengan sempurna akan  membesar dalam keadaan yang sangat longgar dalam pegangan agamanya. Natijah akhir pasti akan menghasilkan keperibadian yang tidak kukuh kerana tidak kuat berpegang kepada perintah agama.

Kami melahirkan rasa cemas laporan yang disiarkan dalam media lebih 13 peratus daripada 10,137 pelatih beragama Islam dalam kumpulan tiga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini, dikesan gagal solat dengan sempurna.

Maklumat yang diketengahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata 1,396 pelatih terbabit dikesan selepas diminta mengucap dua kalimah syahadah serta pengertiannya selain niat solat, bacaan al-Fatihah serta tahyat akhir.

Salimah mengesa semua pihak termasuk ibubapa , pendidik serta pegawai PLKN memastikan agar program pemulihan segera dilakukan . Tidak tahu menunaikan Solat sebagai rukun Islam yang sangat penting akan memberi kesan jangka panjang yang buruk kehidupan remaja yang terbabit.

Kami berpendapat  semakan kepada program pemupukkan solat , kaedahnya serta penghayatan terhadap Solat sangat perlu diperkukuhkan dikalangan remaja bukan sahaja dalam pembelajaran formal di sekolah malah juga dalam pendidikan tidak formal di rumah dan dalam masyarakat.

PLKN perlu memberi penekanan yang khusus kepada soal pengisian agama dan amalan ibadah dalam kurikulumnya. Slot pendidikan ilmu dan motivasi agama  hendaklah dilaksanakan dengan berkesan agar pembentukan peribadi Muslim pelajar benar-benar berhasil.

Salimah juga berharap institusi masjid dan ibubapa juga turut melengkapkan pendidikan agama melalui pendidikan non formal di rumah dan di masjid. Remaja perlu diberi ransangan yang lebih agar apa yang dipupuk melalui pendidikan formal di sekolah akan diperkukuhkan di luar sekolah.

Gejala remaja tidak tahu menunaikan solat dan mengabaikan perintah agama akan menyebabkan banyak masalah timbul dimasa akan datang walaupun aspek lain seperti kecemerlangan akademik dan kemahiran hidup berjaya diperolehi oleh pelajar. Kami berpendapat selagi pengukuhan ilmu dan kefahaman agama tidak dilaksanakan dengan berkesan selagi itu kejayaan hidup yang sebenar tidak akan tercapai.

Salimah bersedia untuk membantu pihak PLKN serta semua institusi IPT , sekolah dan masjid untuk mengujudkan program kefahaman dan motivasi solat dikalangan remaja.Komitmen Salimah agar melahirkan generasi bersolat yang berprestasi diharap akan menyumbang kepada kecemerlangan sebenar yang dituntut oleh Islam.

Rubiyah Haron
Naib Yang Di Pertua  SALIMAH Kebangsaan merangkap Pengerusi SALIMAH Kedah

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
November 2012
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: