MEMBANGUN GENERASI MUDA PEWARIS PERJUANGAN MASA DEPAN UMMAH

Ucapan Bertindak

PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KEBANGSAAN KE 13

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

“Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu Sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. tangan Allah di atas tangan mereka, Maka Barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan Barangsiapa menepati janjinya kepada Allah Maka Allah akan memberinya pahala yang besar”. (Al-Fath:10)

 

Kami menyambut kedatangan 1434 Hijrah dengan ungkapan selamat menyegarkan azam dan menyuburkan iltizam dalam berIslam. Sejauh ini kita sudah melangkah , selama ini umat telah menjalani episod sejarah , kami merasakan tidak ada yang lebih perlu kita lakukan selain meningkatkan muhasabah diri dan mengukur pencapaian jamaah.

 

Dengan lazaf tashakkur juga kami menyambut kedatangan Hijrah 1434 dengan rasa amat terhutang kepada Allah , dengan rasa sangat terbeban dengan hak Islam yang tidak tertunaikan , dengan rasa sangat khuatir jika tanggungjawab yang tidak diselesaikan akan menambah berat timbangan persoalan di hadapan Rabbul Jalil .

Sungguh kami juga insaf bahawa keizinan Allah untuk dapat dipertemukan kita dengan Hijrah 1434 juga menandakan Allah memberi kesempatan untuk kita semua bermuhasabah lagi , meneliti terus , menilek dengan jernih bahawa kita maseh dibuka peluang menyempurnakan pengabdian kepada Illahy.

 

Benar dan sungguh memang kita harus merasa cemas. Sejauh ini kita telah menjalani hidup sebagai Muslim , sejelas ini kita telah melihat pelbagai musibah yang menimpa umat , kita sepatutnya menjadi sangat bersalah kerana kita tidak berbuat banyak untuk agama Allah.

 

Pernyataan kita untuk berazam meningkat keiltizaman kita menjadi Muslim hakiki belum terpenuhi. Lantaran itu kita tidak harus terlalu terkejut melihat Islam dipermain dan dihina , umat ditindas dan dizalimi , bukan sekarang tetapi sudah berlarutan. Sebabnya , terang lagi nyata , kita belum terbukti menyempurnakan amanah Allah untuk menjadi Ansorullah.

 

Kami tidak terlalu berlebihan untuk menyatakan kealpaan yang kita telah buktikan untuk melayakkan kita menjadi tidak layak mendapat pertolongan Allah. Terlalu banyak sebab untuk kita perlu menghalakan jari telunjuk kepada diri kita sendiri. Bertanya , mengapa dan gara-gara salah siapa yang meletakkan Ummah dalam situasi yang amat menyedihkan ini.

 

Bahawa setiap kali kita bergenjak ke tahun Hijrah yang baru , rekod kita jelas tidak memberansangkan alias meleset. Saban tahun kita merakam lafaz janji , semada diungkap secara zahir atau tersembunyi dalam kata-kata dilubuk hati , yang jelas terlalu jauh antara yang kita rencanakan dengan apa yang kita lakukan.

 

Soalnya secara senyap senyap kita melakukan pembohongan kepada diri kita sendiri. Dari keazaman yang tidak serius sehingga memaafkan diri kerana tidak mencapai apa yang kita inginkan. Kita dengan mudah menyatakan kepada diri bahawa persoalan memenuhi janji kepada Allah bukan terlalu penting kerana yang tahu cuma diri sendiri. Jadi tidak mengapa asalkan orang lain tidak tahu.

 

Tak mungkin kemahuan yang tidak bersungguh dan iringi dengan perlakuan yang tidak serius ,  kita  layak mengharapkan natijah yang cemerlang. Tidak padan kita merintih keadaan kita yang serba lemah padahal kita juga yang menjadi hijab kepada keindahan Islam dek kelakuan dan tingkahlaku kita yang tidak senonoh untuk mewakili Islam yang begitu tinggi nilainya. Jangan disunguti kenapa Islam dipersenda sedangkan kita jualah yang menyebabkan Islam itu diserang kerana perangai kita tidak bersungguh menjaga amanah Allah.

 

Kita harus malu sendiri betapa dengan seluruh fasiliti yang serba canggih , perkakas yang lebih terkini , justeru hasil perubahan dan da’wah kita sangat minimal . Berbanding para duat dan penggerak Islam yang terdahulu , dengan segala kekurangan dan keterbatasan , mereka tega dan tegar menghadapi rintangan gelombang dipersada laut , kesulitan bukit bukau dihutan belantara , tersepit demgan kerumitan mencari tapak di negara asing yang serba susah dan payah untuk berkomunikasi dengan kaum pribumi yang sedemikian lama dalam dunia anismisme . Semua ini jelas tidak menjadi penghambat samasekali. Malah sebaliknya da’wah sangat subur , jihad sangat mantap , semboyan syahadah berkumandang jauh dan merata. Ditengah ketidakpastian semada kaum pribumi menerima atau tidak seruan Islam , mereka menunaikan amanah Allah sehingga rantau ini tersohor menjadi wilayah Islam yang disegani dan dicemburui.

 

Kami memikirkan sejauhmana kita hanya berperanan sebagai penonton , pengamat dan pengeluh , sejauh itulah hasil yang layak buat kita perolehi. Jika kita hanya bersikap bersahaja dalam menghayati pesan Hijrah yang terungkap dibeberapa ayat-ayat Allah dan tersurat pada kata-kata Nabi , maka sememang sekadar ini sahajalah yang kita layak dilayani manusia walaupun kita mendakwa kita sebaik-baik ummat.

 

Padahal Hijrah adalah sebahagian ciri yang sepatutnya sebati dalam kehidupan umat. Bahawa kita sepatutnya berhijrah setiap waktu lantaran berubah melakukan yang baik sebagai ganti yang buruk , malah dari tidak melakukan sesuatu kepada beraksi untuk membela martabat agama , itu sudah cukup suatu Hijrah yang dituntut ke atas kita.

 

Malangnya dari pengamatan kita yang jujur , apa yang jelas dari keadaan yang kita saksikan ialah situasi Umat tidak bertambah baik malah semakin meresahkan .  Umat sarat dengan pelbagai krisis dari dalam dan kemelut akibat repuhan dari luar. Oleh itu sangat tidak kena jika yang kita lakukan hanya mengeluh dan menyesal.

 

Sedangkan kita punya segala-galanya untuk berperanan membela Islam semada melalui kekuatan hujah mahupun dengan kekuatan nilai teras yang terserlah dari ajaran Islam .

 

Mesej Hijrah kita tidak bermula dari kesamaran . Kita punya sandaran dan kejelasan dari titik mana dan akan dibawa ke destinasi mana yang ingin kita gerakkan semangat Hijrah ini. Allah tidak mengarahkan kita secara kabur . Mesej Hijrah kita hanya bersandarkan agenda Allah . Tidak yang lain , iaitu

 

Al Baqarah ayat 257; ‘Allah ialah pelindung orang-orang yang beriman.Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kpd kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.’

 

 

Pesan dan wasiat kita adalah agar Hijrah kali ini menjadi keazaman yang diperkuatkan dengan amalan , kesungguhan yang disegarkan dengan aksi dan pernyataan yang dibuktikan dengan tindakan .

 

 

Kali ini kita ingin melakarkan garis-garis besar membangun generasi pelapis sebagai mesej penting untuk agenda 1434 Hijriah TERAS . Untuk itu kami akan membentangkan langkah yang perlu diambil untuk memenuhi agenda ini sebagai suatu pelan tindakan menyeluruh semua aktivis Teman TERAS dan kerabatnya .

 

Sebagai permulaan analisis menyeluruh kami mendapati generasi yang ada kini berhadapan cabaran lebih rumit dan lebih berat . Sementara itu generasi ini juga memilikki kesempatan yang banyak dan ruang yang luas untuk berperanan membangkitkan keupayaan ummah dan merealisasikan nahdah Islamiyyah.

 

Antara hambatan dan peluang , kami mendapati generasi pelanjut perlu dipersiapkan melalui pembinaan  benteng ketahanan yang kuat sekaligus memilikki keupayaan untuk meraih potensi membangun kualiti sebagai generasi penyambung perjuangan.

 

Pengulangan fakta sejarah harus kita sikapi dengan belajar dari sejarah itu sendiri. Kita harus meyiapkan diri untuk menjadi pemimpin dunia terutama sekali dari generasi muda Islam dengan banyak belajar dari kesuksesan generasi terdahulu yang pernah menjadi pemimpin dunia di zamannya.

 

Marilah kita belajar dan mematrikan kembali semangat dakwah Mus’ab Bin Umaer yang mengislamkan Madinah.   Patrikan kembali semangat penaklukan Khalid Bin Walid yang dapat mengalahkan Romawi di Yarmuk. Patrikan kembali semangat perjuangan Saad Bin Abi Waqqas yang mengalahkan Persi di Qadisiyah. Patrikan kembali keagungan Ummar Bin Khatab saat membebaskan Al Aqsha. Patrikan kembali semangat pertarungan Al Muzaffar Quthuz yang mengusir pasukan Tartar di Ain Jalut. Patrikan kembali semangat pembebasan Salahuddin Al Ayyubi yang mengusir pasukan Salib di Hittin. Patrikan kembali pemimpin muda Muhammad Al Fatih yang baru berumur 23 tahun sewaktu membebaskan Konstantinopel. Semangat perjuangan adalah salah satu karakteristik pemimpin kelas dunia.

 

Dari serangkai tokoh pejuang yang inspirisional di atas kami yakin membentuk generasi pelanjut memerlukan konsentrasi penuh bagi merealisasikan cita-cita Islami. Hambatan yang jelas dapat diperhatikan bermula dari persekitaran yang tidak membina untuk melahirkan watak generasi yang berdaya transformatif.

 

Kami dengan itu menggariskan beberapa pemeringkatan membina generasi pelanjut untuk perjuangan ummah.

 

1.Memahami realiti yang melingkari generasi muda

 

Suatu kemestian yang tidak dapat dielakkan ialah bermula dengan mengamati realiti yang melingkari generasi muda kini. Budaya , gaya dan tren generasi muda kini telah mengheret mereka ke pelbagai situasi yang lebih berkecenderungan hidup tersasar . Hal ini dapat dilihat dalam manifestasi pelbagai aspek seperti tren berpakaian , berhibur , berekreasi dan bersosial . Realiti ini perlu digarap dengan baik untuk memahami punca bagaimana tren itu berlaku an berkembang.

 

2. Mendekati generasi muda

 

Mendekati generasi muda merupakan suatu cabaran besar kerana kita berada dalam zaman perebutan audien . Terlalu banyak tarikan yang menyebabkan pembinaan mereka sering tidak termampu konsisten dan berterusan. Lantaran itu gerakan TERAS perlu membina program yang paling efektif sekaligus mampu memberi pengisian yang cukup berkesan dan menarik. Generasi yang kerap dianggap lebih cenderung berekreasi dan santai kini menyebabkan pendekatan harus dinamik , lebih interaktif dan mampu mengekal minat.

 

3. Memasukkan generasi muda dalam proses pembinaan di pelbagai tahap.

 

Generasi muda yang sudah difahami realitinya serta didekati dengan pendekatan yang berkesan seharusnya mula diserapkan ke dalam proses pembinaan serius. Terdapat empat tahap yang harus ditekankan iaitu:

 

Tahap pembinaan struktur

Tahap pemasyarakatan

Tahap kelembagaan

Tahap kenegaraan

 

Pada tahap pembinaan struktur iaitu tanzhimi, kita harus mampu membina syakhshiyah islamiyyah . Sekaligus program kita yang intensif seharusnya mengukuhkan kelahiran kredibiliti yang mantap dalam pembinaan kedua dua peribadi itu dikalangan generasi muda .

 

Pada tahap ini kita sebenarnya menumpu kepada membina kader. Tahap ini TERAS seharusnya mampu melakukan penilaian berterusan untuk mengukur sejauhmana pembinaan itu menjadi atau sebaliknya. Orentasinya ketika ini adalah perekrutan, pembinaan, pertumbuhan dan perkembangan kader-kader muda dalam da’wah.

 

Seterusnya kita harus memastikan da’wah TERAS berkembang dan memasuki tahap pemasyarakat. Proses sosialisasi diri bermaknsa kader-kader TERAS dalam program-program dakwah kita di masyarakatkan. Sasaran yang ingin dicapai adalah membangun kredibiliti sebagai pribadi yang diterima di masyarakat. Kita berupaya keras agar kader-kader muda TERAS  memiliki kredibilitI tersebut. Ditahap ini anak muda TERAS harus mampu menguasai pelbagai isu-isu masyarakat. Mereka harus bersiap untuk terjun ke lapangan  dalam pelbagai persoalan masyarakat semada persoalan sosial , ekonomi , kesihatan , alam sekitar , pendidikan , budaya dan pembangunan masyarakat.

 

Pada tahap ini kader muda TERAS seharusnya siap membina kelembagaan-kelembagaan yang pelbagai dalam masyarakat. Pada tahap inilah penglibatan kita mengurus masyarakat dalam pelbagai bidang akan digerakkan . Walhasil kita perlu menyiapkan berbagai organisasi masyarakat sekaligus memimpinnya dengan matlamat yang satu iaitu membina masyarakat yang Islamiyyah seutuhnya.

 

Namun perubahan-perubahan cepat yang terjadi yang antara lain dipicu dan dipacu oleh globalisasi ekonomi, politik , krisis sosial , konflik dan perang dan lain-lain membuat peluang untuk memunculkan diri dalam bentuk kelembagaan formal terbuka lebar. Maka dikala ini bermula tema membangun masyarakat yang adil , pengurusan yang bersih , urustadbir yang cekap menjadi topik yang perlu dilibatkan kader kader muda TERAS .

 

Pada saat ini kita sangat perlu mempunyai kekuatan tawazun dalam bertindak. Iaitu keupayaan mengagihkan tugas secara tersusun mengikut keahlian dan keupayaan kader-kader TERAS.

 

Konsep  proporsionaliti yakni  ketepatan penyaluran potensi yang sesuai dengan tuntutan medan dan situasi-kondisi serta aksi-aksi yang kita lakukan perlu ditentukan dikalangan kader-kader muda TERAS.

 

Namun pada tahap ini kita tidak boleh mengabaikan amal tarbawi (pembinaan), amal tsaqafi (penambahan wawasan), amal khairi (sosial), amal ijtima’i (kemasyarakatan) dan lain-lain. Sesuai dengan waktu kita perlu membuat penekanan di sektor tertentu pada moment tertentu adalah hal yang biasa. Misalnya di bulan Ramadhan kita meliburkan halaqah-halaqah tarbawi internal, karena kita ingin merespon amal khairi dan taabbudi (ibadah) di bulan mulia tersebut. Kita berkonsentrasi meningkatkan tadayyun sya’bi (keberagamaan masyarakat) karena terdapat peluang yang luas di bulan Ramadhan.

 

Jadi bila kini menjelang piliharanraya kita perlu merespon tuntutan amal siyasi yang membesar, dan itu merupakan masalah penekanan (stressing)  tanpa harus mengabaikan bidang-bidang lain. Sehingga memadatnya aktiviti politik kita menjelang pilihanraya tidak berarti kita terjebak dalam tahap  politik. Tahap kita adalah tahap muassasi, artinya secara kelembagaan kita mulai menampilkan diri menyalurkan pandangan ,peranan dan pengaruh kita menentukan kepimpinan negara.

 

Kader generasi muda TERAS yang kita siapkan dalam tahap kelembagaan (muassasi) ini akan terus berkembang ditandai dengan bertambahnya muassasah atau lembaga infrastruktur sosial politik kemasyarakatan baik yang kita bangun sendiri atau yang kita warnai (muassasah yang dibangun oleh ikhwah seperjuangan dalam Islam, yaitu NGO atau parti politik).

 

Dalam tahap ini kader muda TERAS dan nantinya  boleh melebarkan sayap dengan memasuki secara langsung lembaga-lembaga suprastruktur dan infrastruktur kenegaraan. Hal ini merupakan bagian dari tahap muassasi dan merupakan langkah-langkah awal yang akan menjambatani masuknya kita, Insya Allah, mustaqbalan (di masa mendatang) ke dalam tahap daulah.

 

Hal penting yang harus kita perhatikan di dalam tahap ini  ialah bahwa kita bukan sekadar memunculkan diri dalam bentuk kelembagaan  melainkan juga mengupayakan bagaimana aqidah, fikrah dan manhaj kita mewarnai infrastruktur sosial politik di masyarakat atau infrastruktur kenegaraan dan kemudian akhirnya supra struktur kenegaraan.

 

 

Penutup

 

Harapan kita besar , cita-cita kita amat mulia. Tergantung kepada kita sejauhmana kita bersungguh mengharungi babak perjuangan selanjutnya. Kami amat mengharapkan penyertaan kita merupakan ittiba’ yang bertolak dari semangat mahu bersatu dalam saf semata-mata mahu mengapai mardhatillah dan tidak yang lain.

 

 

ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
November 2012
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: