SEGERA HANTAR TENTERA PERTAHAN ORANG AWAM DI GAZA

Kenyataan Media MAPIM
21hb November 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa Negara-negara OIC dan Liga Arab segera menghantar tentera ke Gaza untuk melindungi nyawa rakyat awam Palestin Gaza dari serangan ganas Israel yang kini semakin intensif dan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan lebih 700 orang awam cedera dalam serangan hari ke 7 . Lebih separuh dari yang terbunuh adalah kanak-kanak ,wanita dan orang tua.

Operasi serangan tentera Israel ke atas Gaza tidak akan mengendur malah akan  bertambah ganas.

Keganasan serangan Israel ketika pencerobohan “Cast Lead Operation” pada tahun 2008-2009 ke atas Gaza akan berulang lagi jika tindakan segera tidak diambil.

Kemusnahan sekolah , bangunan kerajaan , hospital , universiti , masjid , rumah penduduk akibat bedilan bom dan roket serta serangan udara Israel akan dilihat berlaku lagi jika masyarakat dunia hanya melihat dan mengutuk.

Dunia tidak boleh berlengah lagi kerana Israel tidak akan mengambil endah kecaman seperti yang ditunjukkan olehnya selama ini.

Israel tahu bahawa ia akan mendapat sokongan penuh daripada Amerika Syarikat. Oleh itu ia tidak khuatir samasekali implikasi dari tindakannya meneruskan kempen ganasnya ke atas Gaza. Malah masyarakat dunia sedia maklum bahawa semua senjata yang diguna untuk menghancurkan Gaza dan membunuh wanita , kanak-kanak dalam serangan ke atas Gaza adalah dibekalkan oleh Amerika Syarikat.

Kami mengesa agar tindakan menghantar tentera dimandatkan kepada Negara OIC  kerana Majlis Keselamatan PBB tidak boleh diharapkan . Kuasa besar yang cenderung mengguna kuasa veto untuk menyekat sebarang usul untuk bertindak ke atas Israel tidak memungkinkan keputusan menghantar tentera pengaman dilakukan melalui PBB.

Kami berpendirian setelah sekian lama Palestin dizalimi oleh Zionis Israel , tidak ada tindakan yang benar-benar berkesan untuk menyekat keganasan Israel. Apatah lagi untuk melindungi nyawa orang awam Palestin semada di Gaza mahupun di Tebing Barat.

Sekarang sampai masanya Israel menghadapi gabungan tentera Negara-negara OIC. Tidak ada pilihan lain kerana Israel tidak akan tunduk dengan hanya desakan dan kutukkan.

Setiap hari tindakan ditunda untuk menghantar tentera masuk ke Gaza akan bertambah lagi mangsa yang akan terkorban dan infrastruktur yang akan musnah.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
November 2012
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: