Palestin di PBB

Kenyataan Media MAPIM
30 hb November 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengalu-alukan undi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah memihak kepada Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.

Undian Perhimpunan Agung PBB tersebut sekurangnya telah mengiktiraf kehadhiran Palestin sebagai negara yang berdaulat .

palestine_un_1
Kemenangan diplomatik yang ditunjukkkan oleh 138 negara mengundi memihak kepada Palestin untuk menaik taraf status , dengan itu memungkin ia juga boleh terlibat dengan pelbagai forum dalam PBB dan di dalam  Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Pokoknya status Palestin semakin jelas untuk menyuarakan haknya yang selama ini dinafi oleh Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Kami mengutuk reaksi duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu “tidak produktif” dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin.

Ini jelas membuktikan Amerika bukan sahaja menyokong Israel menafikan hak Palestin malah telah merestu segala tindakan ganas yang dilancarkan oleh Israel ke atas rakyat Palestin selama lebih 64 tahun .

Seluruh Negara Islam yang memberi undi menyokong Palestin harus faham bahawa ini adalah langkah kecil dalam proses yang maseh panjang untuk menuntut hak Palestin dikembalikan.

Terlalu banyak lagi yang perlu diperjuangkan terutama soal mengembalikan wilayah Palestin yang telah dirampas oleh Israel sejak 1967. Perjuangan yang paling utama ialah hak Umat Islam ke atas Masjid Al Aqsa yang sangat dekat dengan hati Umat .

Dengan membantah usul ke atas Palestin , terrnyata Amerika dan Israel merupakan Negara yang tidak mahu perdamaian dicapai dengan memberi hak kepada Palestin. Israel menerima hakikat bahawa sebarang pemberian hak kepada Palestin akan memberi kekuatan kepada Umat Islam untuk membebaskan masjid Al Aqsa di Baitul Muqaddis .

Keangkuhan Israel hanya kekal kerana ia mendapat sokongan penuh dari kuasa Barat terutama Amerika. Perdamaian hanya dikehendakki dengan syarat yang ditentukan oleh  Israel dan Amerika yang mempunyai agenda untuk mengembangkan wilayah Israel bukan sahaja di kawasan Palestin yang tersisa iaitu Gaza dan Tebing Barat malah ke seluruh wilayah jiran disekeliling Israel .

Kami berpendirian selagi tuntutan wilayah Palestin sebelum 1967 dan isu yang berkaitan

seperti hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka , isu sumber air , isu tembok pemisah , isu penempatan haram Israel ditanah Palestin tidak diselesaikan maka perjuangan pembebasan Palestin belum berakhir .

Ugutan Amerika untuk memgurangkan bantuan ekonomi kepada Palestin kerana Palestin menang dalam undian di PBB adalah suatu ancaman yang seharusnya membuka mata seluruh komuniti antarabangsa terhadap polisi Amerika yang sebenarnya mengamalkan sikap aparted ke atas rakyat Palestin.

Israel adalah Negara teroris yang jelas. Ia adalah Negara yang tidak berperikemanusian dan Negara yang perlu dipisahkan dari dunia . Kempen menekan Amerika untuk berhenti dari mendokong Israel perlu ditingkatkan .

Kami menegaskan bahawa seluruh Negara anggota OIC seharusnya bersatu untuk meneruskan dokongan kepada perjuangan Palestin. Peranan yang ditunjukan oleh Presiden Mesir , Dr Mihammad Morsi menekan Israel supaya tunduk kepada gencatan senjata dengan Hamas , adalah bukti bahawa jika Israel boleh ditundukkan jika Amerika tidak memihak kepadanya .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: