MAPIM AKAN BERUSAHA BANTU KEPERLUAN MENDESAK BINA SEMULA PERUMAHAN AWAM YANG MUSNAH DI GAZA

Misi tinjauan dan mencari fakta  MAPIM ke Gaza memutuskan bahawa keperluan utama yang mendesak sekarang di Gaza ialah rumah orang awam yang separuh musnah dan yang musnah samasekali sejak peperangan 8 hari (14-22 hb November 2012) yang lalu.

Dalam tinjauan MAPIM di Gaza bermula sejak perang bermula apabila wakil MAPIM , Sany Araby , telah dapat masuk menyaksikan sendiri perang tersebut , misi kedua seramai 5 orang yang diketuai Cikgu Azmi Abdul Hamid , Setiausaha Agong MAPIM kini berada di Gaza meneruskan tinjauan selanjutnya.

148263_4079465266403_659422838_n

Dari angka yang dikumpul telah didapati 800 rumah keluarga yang musnah samasekali  , 170  keluarga syuhada ,300 keluarga anggota yang cedera parah , 1000  keluarga yang cedera rengan  , 5000 kediaman keluarga yang rosak ,  50000 keluarga yang miskin tegar.

MAPIM mengerakkan usaha untuk memberi keutamaan yang mendesak mengikut keperluan dan  telah menjalin kerjasama dengan Majlis NGO Pembangunan Gaza untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.

Kordinasi juga telah diperolehi dengan pejabat OIC di Gaza yang sedang giat mengemaskini data dan maklumat terkini mengenai keperluan Gaza.

MAPIM membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan ubatan bernilai Rm 200,000 . Delegasi MAPIM yang sempat meninjau masjid yang telah dibina oleh MAPIM di daerah Beit Hanoun . Cikgu Azmi menyatakan kesyukuran masjid tersebut tidak terjejas. Sebuah masjid lagi yang sedang dibangunkan oleh MAPIM iaitu Masjid Umar Abdul Aziz sedang berjalan lancar yang dijangka siap Mei 2013.

Program tinjauan telah dapat menemukan Cikgu Azmi dengan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza serta Dr Mulfid Menteri Kesihatan Gaza . Dalam pertemuan tersebut PM Gaza tersebut menyatakan kekagumannya terhadap kegigihan NGO Malaysia yang tidak henti-henti meneruskan bantuan kepada Gaza. Beliau sangat menghargai kesungguhan rakyat Malaysia dan menyatakan bahawa kemenangan Gaza adalah kemenangan Ummah .

Dalam tinjuan selepas gencatan senjata 23 hb Novemebr yang lalu  ini keadaan di Gaza kelihatan tenang dan masyarakat menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Gencatan senjata yang telah dimeterai membolehkan nelayan pergi ke laut sejauh 6 batu nautikal berbanding 3 batu nautikal sebelum ini.

MAPIM sedang menyusun usaha yang lebih besar untuk menghubungkan pelbagai pihak di Malaysia dengan Gaza dalam pelbagai sektor dalam rangka  mengusahakan proses pemulihan Gaza dengan secepat mungkin.

Laporan
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,201 hits
Kalendar
Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: