HANYA ISLAM PENYELAMAT MELAYU

Kenyataan Media TERAS
15 hb Disember 2012

TERAS tidak dapat menerima bahawa survival Melayu hanya bergantung kepada politik kuasa semata-mata terutama dakwaan bahawa hanya Umno sahaja yang membela Melayu.

Sesungguhnya pemikiran ini adalah pemikiran yang sangat dangkal , ketinggalan dan sangat sempit berbaur assobiyyah yang tidak membantu membina bangsa Melayu yang berfikiran matang dan dewasa dalam menghadapi realiti semasa.

Jauh sekali jika dikaitkan dengan prinsip perjuangan Islam , membela nasib sesuatu kaum itu hanya akan diterima berasaskan prinsip keadilan dan kebenaran yang dituntut oleh Islam.

Teras berpendirian bahawa dengan mengapi-apikan sikap fanatik bangsa yang bercanggah dengan Islam akan berakhir dengan kesatuan yang sangat rapuh dan lemah. Sebaliknya ia boleh mencetuskan ketegangan dan saling mencurigai  antara kaum yang tidak menguntungkan dan berbahaya.

Jika hanya perpaduan Melayu semata-mata menjadi paksi bagaimana pula perpaduan dengan kaum lain yang berugama Islam. Umumnya kaum lain yang berugama Islam terutama kaum Tiongha merasa bahawa menganut Islam tidak sama dengan menjadi Melayu kerana bangsa Melayu sendiri banyak yang tidak menunjukkan contoh sebagai Muslim yang baik.

Persoalan Melayu didefinasikan mengikut Perlembagaan yang menetapkan bahawa Melayu adalah beragama Islam harus dilihat sebagai pernyataan untuk menyatukan pelbagai rumpun Melayu. Namun bangsa lain tetap dengan bangsanya walaupun beragama Islam. Lantaran itu asas perpaduan yang hanya merujuk kepada bangsa tidak akan mengukuhkan bangsa Melayu . Hanya berasaskan  Islam sahajalah perpaduan dan kuasa politik akan membawa makna untuk mengukuhkan sesuatu bangsa.

Ditambah lagi dengan pernyataan yang sangat angkuh  bahawa  BN akan memerintah 100 tahun lagi jika ia menang dalam pilihanraya ke 13 ini.  Apakah asas pemikiran seperti ini hendak diketengahkan , sedangkan ia merupakan kenyataan  takabur malah seolah mengatasi rencana Tuhan.

Dimanakah keimanan orang yang melafazkan keangkuhan ini bila direnung ayat Allah yang menegaskan “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki ” ( Surah Ali Imran :26 ) .

Kami mengingatkan agar pihak yang terlalu ghairah untuk kekal berkuasa berfikir secara mendalam natijah dari bersikap angkuh dan fanatik kaum yang keterlaluan. Terlalu banyak pengajaran dari kebangkitan rakyat yang diisyaratkan di Asia Barat. Ramai pemimpin Arab yang angkuh dan merasa kebal dengan kuasa berpuluh tahu  berhujung dengan kejatuhan yang sangat hina.

TERAS berpendirian bahawa apa yang perlu dilakukan segera untuk menyelamatkan umat Melayu dari kehilangan kuasa ialah memileh mereka yang murni menyokong Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kuasa memileh yang digunakan dengan betul akan menyingkirkan mereka yang tidak mewakili Islam.

Lebih penting lagi ialah wakil orang Melayu sendiri semestinya menunjuk contoh kepada orang bukan Melayu dalam mentadbir dan memerintah. Yang harus diperhatikan ialah sejauhmana program pengukuhan dan penghayatan Islam orang Melayu diperkasakan diperingkat polisi negara oleh wakil Melayu di DUN dan di Parlimen.

Tidak guna melaungkan slogan pertahan kuasa politik Melayu jika yang ditunjukkan ialah pentadbiran Melayu yang sarat dengan rasuah , kronisme , penyalahgunaan kuasa dan membolot khazanah kekayaan negara , politik saling menfitnah dan membiarkan generasi muda Melayu terpesong jauh dari Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

pautan media : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: