TIDAK SALAH USAHA MEMBANGUN MASYARAKAT AKHLAQ

Kenyataan Media MAPIM
12 hb Disember 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berpendirian usaha untuk menjaga akhlaq masyarakat adalah usaha yang murni dan tidak boleh dianggap menceroboh hak bukan Islam.

Dalam semua masyarakat bertamadun yang menghormati akhlaq yang baik tidak akan menerima perlakuan tidak senonoh yang menjejaskan nilai murni masyarakat tidak kira agama apapun.

Sebab itu dinegara bukan Islam juga ujud peraturan mengenai perlakuan tidak sopan atau ” indecent behavior” .

Soal masyarakat bukan Islam tidak mahu dikawal oleh Perundingan Islam tidak timbul kerana apa yang perlu ditumpukan ialah tujuan undang Islam dan undang-undang sivil yang diujudkan untuk menjaga nilai akhlaq masyarakat.

Adalah tidak wajar mentafsir penguatkuasaan peraturan menjaga akhlaq masyarakat sebagai memaksa perundangan Islam ke atas bukan Islam.

Semua peraturan yang diwujudkan untuk menghalang perlakuan tidak senonoh ada di semua tempat. Seorang awam yang pergi ke pejabat kerajaan atau ke mahkamah dikehendakki patuh kepada etika pakaian yang ditetapkan.

Ertinya seseorang itu tidak boleh sewenangnya berpakaian mengikut sesuka hati apatah lagi berperangai dengan tidak senonoh yang tidak boleh diterima oleh budaya masyarakat di Negara ini.

Demikian juga jika terdapat gejala sesuatu premis disalahguna dengan menjalankan kegiatan yang bercanggah dengan lesen operasi yang dikeluarkan maka sewajarnya undang-undang yang sedia ada dikuatkuasakan .

Anggota lelaki DAP sengaja mendapat khidmat gunting rambut perempuan untuk mencabar penguatkuasa Kelantan

Anggota lelaki Gerakan sengaja mendapatkan khidmat gunting rambut perempuan untuk mencabar penguatkuasa Kelantan.

MAPIM berpegang kepada prinsip bahawa tujuan utama yang harus difahami oleh masyarakat ialah menjaga kemurnian nilai dan sahsiah masyarakat. Ia tidak boleh dilihat sebagai menganggu hak masyarakat bukan Islam kerana ia adalah suatu kesepakatan sosial untuk menjaga budaya hidup masyarakat yang sihat.

Undang-undang kecil Kedai Gunting Rambut Salun UniSex yang diwujudkan oleh MPKB adalah jelas dan ia ujud sejak 1991. Undang-undang seumpama itu juga ujud dikebanyakan PBT diseluruh negara. Jika ia tidak selaras dengan Perlembagaan Negara sudah tentu ia seharusnya dibahaskan sejak penggubalannya lagi.

Kes saman yang dikeluarkan oleh MPKB ialah apabila ada pelanggaran syarat lesen. Itu pun apabila langkah peringatan dan nasihat dikeluarkan kepada pengusaha. Apabila terbukti memang pihak pengusaha sengaja tidak mengendahkan peraturan maka sewajarnya tindakan undang-undang diambil.

Oleh itu tidak timbul isu memaksakan undang-undang yang menceroboh hak bukan Islam.

Gelagat politik bertaraf rendah dan murahan yang ditunjukkan oleh ahli Gerakan Negeri Sembilan yang bergegas ke Salun Uni Sex di Kota Bharu dan mendapatkan khidmat di kedai berkenaaan dengan tujuan mencabar pihak berkuasa MPKB amat memualkan.

Is adalah tindakan kebudak-budakan ia tidak layak diberi layanan. Hanya publisiti murahan sahaja yang ingin diraih oleh mereka, bukan untuk melihat isu tersebut secara matang.

Keputusan kerajaan Kelantan untuk menangguh penguatkuasaan undang-undang kecil Kedai Gunting Rambut itu wajar dilakukan jika ia bertujuan untuk menjelaskan kes yang timbul.

Peraturan itu sendiri tidak seharusnya diketepikan kerana prinsip menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat seperti yang terungkap dalam Rukun Negara tidak boleh diremehkan.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Setiausaha Agong MAPIM

pautan media : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: