RAKYAT AMERIKA SYARIKAT HIDUP DALAM KEADAAN TIDAK SELAMAT.

Oleh

Mohd Azmi Abdul Hamid
TERAS
F 1014A Kg.Pondok , Merbok , Kedah

Amerika Syarikat (AS) adalah Negara yang mempunyai kadar milik sejata api dikalangan rakyat yang tertinggi di dunia . Sementara ia tidak menjadi Negara yang tertinggi menghadapi kes bunuh melibatkan senjata api ( gun-related homicides) , ia tetap menjadi Negara paling longgar dalam undang-undang pemilikan senjata api di dunia . AS punya kadar 88 pemilik senjata api bagi setiap 100 orang.

Apapun , yang jelas kini dunia melihat kes pembunuhan awam secara beramai-ramai telah menjadi fenomena yang mengerikan di AS.

Tidak dapat dielakkan untuk merumuskan bahawa ada suatu gejala ketengangan emosi yang sedang menjangkiti masyarakat AS.

hi-school-shoot-connecticut

Seorang wanita memujuk seorang kanak-kanak yang terselamat dalam serangan orang gila di sebuah sekolah di Amerika baru-baru ni.

Negara , lebih dikenali dengan Paman Sam itu , nampaknya tidak dapat membendung ledakan emosi yang cenderung membunuh di kalangan masyarakatnya.

Kes di Sekolah Dasar Sandy di bandar Newton , Connecticut pada hari Jumaat , 14hb Disember 2012 yang melibatkan pembunuhan 27 orang termasuk 20 orang kanak-kanak sekolah adalah kejadian bukan kali pertama yang melibat pembunuhan sasaran mudah ( soft target ) di AS. Sebelum ini sudah berlaku beberapa insiden yang sebegini. Malah insiden sebelum ini baru sahaja  berlaku di pawagam di Colorado pada 20 hb Julai 2012.

Soalnya apakah psaiki dan emosi yang sedang melanda masyarakat AS sehingga berlaku di jenayah yang ngeri seperti ini di AS yang dicatat sebagai Negara kategori  G8 iaitu antara 8 negara yang terkaya di dunia.

AS ternyata adalah Negara adikuasa dunia yang dianggap paling kuat di dunia. AS adalah satu-satunya Negara yang mempunyai tapak tentera di luar Negara terbanyak di dunia. Ia boleh berlagak sebagai Negara yang memilikki senjata tercanggih dan keupayaan melancarkan perang dengan mana-mana Negara dalam hanya beberapa minit sahaja.

Malah AS sudah melakukannya . Ia melancarkan perang kononmya memburu pengganas di Iraq , di Pakistan , di Afghanistan , di  Libya dan beberapa Negara di Latin Amerika. Melalui operasi ketenteraannya di negara-negara tersebut , pemimpin-pemimpin AS di rumah putih tidak merasa bersalah bila mereka membunuh ratusan  ribu rakyat awam kebanyakannya kanak-kanak  dengan senjata api tercanggih seperti mengguna kapal terbang tanpa pemandu (drones) untuk melancar roket pembunuh. Semua orang awam yang terbunuh dalam setiap operasi ketenteraannya di gelar sebagai pembunuhan tidak sengaja (collateral damage) .

Dengan kekuatan yang demikian , rakyat AS seharusnya merasa mereka berada di negara paling selamat di dunia. Ternyata disebaliknya . AS kini menjadi negara yang paling tidak menentu keselamatan awamnya lantaran setiap 10 orang , 8 orang memilikki senjata api yang boleh disalahguna pada bila-bila masa sahaja.

Dalam keadaan yang tidak boleh diduga , kejadian pembunuhan beramai-ramai seolah boleh tercetus secara mendedak dimana-mana sahaja. Di catat bahawa 60 % dari kes homosid di AS melibatkan senjata api. Malah sejak 1982 , dalam tempuh 30 tahun sehingga 2012 ,  sebanyak 62 kes pembunuhan beramai-ramai berlaku di AS. Dari142 senapang yang diguna oleh pembunuh , lebih tiga perempat dimilikki secara sah.

Separuh dari kes yang berlaku selama 3 dekad ini adalah di sekolah (12 kes) dan di tempat kerja (19 kes) . Selebihnya , 31 kes , berlaku di bangunan kerajaan , pasar raya , restoran dan markaz tentera.

Ada suatu yang mengerikan sedang menjalar dalam emosi generasi muda di AS. Dari seramai 44 orang dari pembunuh yang terlibat , semuanya adalah lelaki kulit putih dan dan seorang wanita. Purata mereka berumur 35 tahun , malah yang termuda berumur 11 tahun.

Sementara perbahasan mengenai isu mengetatkan syarat dan undang-undang pemilikkan senjata api terus berlangsung dikalangan ahli politik dan NGO , mereka nampaknya tidak melihat penyakit yang lebih asasi yang kini sedang menjangkiti emosi dan psaiki rakyat AS.

Dalam keangkuhan pemimpin-pemimpin AS memilikki kekuatan ekonomi dan militeri dan bangga dengan pembangunan negara termoden dan termaju , mereka lupa memberi perhatian kepada kerapuhan manusia rakyat AS yang sedang dialami secara tidak sedar.

Ternyata model pembangunan yang berdasarkan sistem ekonomi kapitalis mengenepikan  persoalan membina emosi dan keutuhan rohani manusia yang dipandang remeh oleh sebahagian besar rakyat AS. Budaya hidup sekular yang berpaksikan materialisme , individualisme dan komersialisme telah menjadi agama baru bagi mereka sehingga kelenturan emosi dan terhakis daya ketahanan rohani menyebabkan rakyatnya sendiri hilang kawalan.

Inilah sebabnya rakyat dan pemimpin AS perlu melakukan introspeksi yang mendalam untuk mencari punca kepada tragedi keganasan dari dalam AS sendiri yang kini sudah sampai ketahap menjadi fenomena yang tidak terbendung.

AS perlu menyibukkan dirinya melihat segala krisis dan dosa kemanusiaan dan kerosakkan alam sekitar akibat dari polisinya sendiri daripada cuba mengawal dan meneruskan dasar imperialismnya ke atas Negara lain.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Disember 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: