TERAS TUNTUT PILHANRAYA YANG ADIL

Kenyataan Media TERAS

28hb Disember 2012

Teras menuntut agar PRU 13 yang sudah terlalu hampir akan diadakan dijamin sebagai PRU yang bebas dan adil demi menjaga maruah integriti Negara dimata dunia.

Pihak SPR dan semua agensi kerajaan sepatutnya menjadi pemelihara demokrasi yang murni dan adil kerana pada hakikatnya mereka adalah pemegang amanah rakyat.

pilihanraya_17okt11-400x306

Disamping SPR sepatutnya benar-benar menunjukkan ia bebas dari sebarang pengaruh kerajaan yang diperintah oleh parti , ia juga hendaklah mengawal agar semua agensi kerajaan tidak disalahguna untuk parti politik semada secara langsung atau tidak langsung.

Sehingga ini Teras mendapati tuntutan PRU yang bersih dan adil oleh pelbagai pihak tidak mendapat layanan yang sewajarnya sedangkan ia sangat penting untuk memastikan proses pilihanraya itu sendiri adalah telus dan berintegriti.

Dunia ketika ini sedang menyaksikan pergolakkan yang berlegar isu demokrasi , hak rakyat , penindasan  , urustadbir , rasuah dalam sistem pemerintahan dan tuntutan untuk pilihanraya yang bersih. Rakyat keluar dijalanan kerana tidak mendapat hak yang dituntut . Tidak kurang juga maseh ujud pemerintahan diktator dan pemimpin autokratik yang menyebabkan rakyat memberontak.

Sebab itu isu PRU menjadi sangat kritikal dan akan menentukan kestabilan dan masa depan rakyat.

Pelbagai isu yang terdedah kepada rakyat seharusnya ditangani dengan matang . Bukan dengan cara memperalat agensi awam , media , agensi keselamatan dan institusi kehakiman untuk menutup kepincangan.

Pilihanraya bukan sekadar soal teknikal mengenai daftar pengundi , pengesahan pencalonan dan pengurusan kawasan undi , ia harus juga dilihat secara menyeluruh mengenai perlaksanaan kempen dan penggunaan kemudahan agensi awam.

Apabila bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengatakan perubahan stuktural perlu dilakukan bermakna beliau mengaku bahawa ada perkara asas dalam proses pilihanraya yang tidak betul.

Teras berpendirian bahawa selagi pilihanraya dilaksana dengan cara manipulasi agensi kerajaan dan mengguna peruntukkan wang awam untuk tujuan mempengaruhi pengundi , ia termasuk dalam erti pilihanraya yang tidak bersih alias kotor.

Kami mendapati amalan kerajaan yang sewenangnya mengguna agensi awam seperti sekolah dan premis kerajaan atas nama acara resmi tetapi jelas berkempen untuk parti politik , kursus-kursus resmi dan media awam yang terang- terangan melancarkan serangan ke atas parti lawan , jelas menunjukkan pilihanraya di Negara ini bukan di medan padang yang rata.

Jika SPR tidak melihat ini sebagai penyalahgunaan kuasa untuk berkempen maka tidak harus disalahkan kenapa tuntutan Bersih menjadi sangat lantang.

Harus diingatkan bahawa betapa pihak SPR mempertahankan penyelewengan ini sebagai perkara yang dianggap kecil , akan tetapi jangan dianggap rakyat akan berterusan buta untuk menilai .

Pilhanraya sebagai saluran yang bukan mutlak akan dinilai oleh rakyat dengan sangat kritikal dan rakyat tahu penipuan berlaku. Lantaran itu Negara yang mempunyai kerajaan yang terpileh melalui tipudaya dan manipulasi pilihanraya lambat laung akan akhirnya dihukum oleh rakyat jua.

Teras berpandangan selagi SPR gagal memperbaikki keyakinan rakyat untuk melihat pilihanraya yang bersih dan adil , selagi itulah kerajaan yang sebenar berdaulat dan sah akan dipersoalkan.

Padahal apa yang dituntut oleh Bersih betapapun dianggap kecil dan teknikal , namun ia tetap tuntutan yang berasas.

Oleh itu PRU ke 13 yang jelas akan menjadi kayu ukur bukan sahaja kepada demokrasi yang diamalkan oleh Negara , akan tetapi juga kepada keyakinan rakyat bahawa kerajaan yang bakal dibentuk bukan kerajaan yang tertegak atas asas penipuan dan penyelewengan .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,879 hits
Kalendar
Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: