MERAKYAT

Mohd Azmi Abdul Hamid
TERAS Pengupayaan Melayu

Merakyat . Kata yang sangat inspiratif . Bikin perasaan semacam lebih membumi. Lebih rasa bersama dan senasib. Inilah kalimat yang sering dipradikatkan kepada pemimpin , malah juga Raja , pun begitu untuk kerajaan , ketika mana hendak disifatkan sebagai yang dekat dengan riang dan tangis rakyat.

Cuma ada yang dikesali. Laungan ini lebih kedengaran apabila menjelang pilihanraya yang semakin hampir. Lebih malang kata ini nyaris tidak bermakna apa-apa selain hanya retorik kosong.

malaysians-300x200

Di saat-saat beginilah kata-kata rakyat bermain dibibir para aktor politik. Yang tadinya sibuk menghitung peluang untuk hidup selesa sebagai wakil rakyat , kini rakyat menjadi modal bicaranya ; semua demi masa depan rakyat , semua untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat , begitulah mentranya.

Anehnya banyak tanda yang menunjukkan di sebaliknya berlaku selama mereka ditampuk kuasa. Mereka hidup sebagai penguasa , bukan pemimpin. Kekuasaan yang diperolehi dari coretan kertas oleh tangan rakyat. Jika selepas itu mereka sebenarnya membebankan rakyat , malah mengkhianati rakyat , layak saja kalau begitu mereka di gelar Penguasa Kertas .

Yang , tadinya kehulu hilir berbicara bermati-matian bagaikan perwira rakyat , selepas itu merekalah yang ber-ulah mengsonglap wang rakyat. Yang sesudah dinobat sebagai wakil rakyat , mereka jugalah yang menyenangkan hidup untuk diri dan kerabat keluarga atas projek yang diambil dari khazanah rakyat.

Soalnya berapa lama lagi rakyat hendak menyodorkan secarik kertas di atas meja dan kemudiannya dimasuk dalam peti undi. Rakyat diharap mengores dengan tangan untuk memenangkan pengidam jawatan wakil rakyat. Sedangkan yang mereka penting bukan sangat pengundi itu tetapi nominal angka yang bakal mereka jumlahkan untuk menang.

Pada kesudahannya “Penguasa Kertas” itu hanya akan mendahulukan hal-hal yang berkait dengan kepentingan kedudukan dan temboloknya sahaja. Urusan rakyat disepelekan sebagai hal kecil yang sesungguhnya tidak bertempat dalam batinnya.

Maka kalimat merakyat akhirnya hanya berlirik dibibir , tak sampaipun dari pangkal lidahnya , jauh sekali berdesik di sanubarinya.

Jika benar memperjuangkan nasib rakyat, apakah mereka akan tergugah dengan suara  yang sedikit mewakili perasaan dan pengharapan dari rakyat, rakyat jelata ini.

Jika benar merakyat , perlukah menunggu sehingga darah kembali menggenangi bumi ini agar penguasa tidak lagi bersikukuh dengan peraturan yang di anggap boleh merubah negeri ini menjadi baik…? Padahal darah mereka yang menjerit itu adalah darah wakil rakyat juga, darah saudara mereka juga.Baiknya negeri ini, baiknya mereka para rakyat yang menjerit di jalanan, meneriakkan hak hak mereka ,  akan baiklah para wakil rakyat juga.

Mungkin memang sangat sulit bagi  rakyat kecil untuk meminta hak hak mereka, kerana dianggap hanya rakyat kecil dan bodoh. Ada juga wakil rakyat berkata “Salah sendiri jadi rakyat miskin dan bodoh, cuba sekolah dan menjadi orang pintar seperti aku, lalu kau akan mempunyai tahta karena kepandaianmu“.

Walhal untuk menyekolahkan anak yang dikata percuma inipun tidak mampu membayar karena biaya yang meninggi saban hari.

Rakyat melihat bagaimana ada wakil rakyat yang menjadi seorang pecundang yang tega dan tak tersentuh hatinya melihat jeritan sesama saudaranya  tanpa rasa hiba sedikitpun. Yang enggan memikirkan nasib rakyat asalkan dia kekal di atas singgahsana kekuasaan. Yang tidak mahu menjenggok rakyat tanpa kebesaran baju yang dipakai berlambang parti politik.

Begitu banyak hati rakyat jelata yang tersakiti dek perangai para wakil rakyat. Tidak sedikit rakyat mencucuri air mata ketika kepedihan datang melanda. Begitu banyak penderitaan orang miskin, terlunta-lunta mengharap keadilan kaum di atas sana yang semakin berkuasa.

Maseh banyak peminta jalanan yang menadahkan tangan hanya demi sesuap nasi dan belas kasih dari orang yang berada. Demikian juga maseh ada  kaum hawa yang rela menjual harga dirinya , rela meninggalkan jati diri sebagai muslimah hanya demi kehidupan semata. Maseh jenuh kehadhiran ibu yang kematian suami terpaksa hidup menyara anak-anak dirumah yang hanya layak dihuni haiwan. Tidak sukar mencari rumah setinggan yang didudukki keluarga berhimpit-himpit asal ada bumbung diatas kepala.

Persoalannya maseh banyak. Penguasa yang semakin berkuasa , sibuk dengan urusan kekuasaannya ,  lupa akan kehidupan rakyat kecil yang semakin terinjak-injak semakin tertindas dan semakin tersingkirkan.

Ketika wakil rakyat dan calon wakil rakyat ghairah untuk meraih undi rakyat , begitu banyak generasi muda yang terjebak dalam lingkaran hitam , terperosok ke dalam ketergantungan kepada ubat-ubatan terlarang , lalu hidup yang sangat sakral semakin terpuruk menjadi hidup yang sangat nista.

Jika benar merakyat , bersediakah wakil rakyat  menundukkan kekuasaan untuk berbakti kepada rakyat ketika rakyat di sudutkan ,  ketika rakyat diinjak-injak , ketika hati rakyat terluka ?

Apakah wakil rakyat siap mengenepikan egonya demi melayan kerenah rakyat yang tersepit , mendengar kepedihan rakyat yang meronta-ronta untuk didengari.

Pabila wakil rakyat mendudukki tempat sebagai penguasa mungkinkah mampu kembali hidup ditengah rakyat yang serba kekurangan , sanggupkah mengenepikan jawatan jabatan yang diperolehi atas sebab kekuasaan dan atas sandaran keegoaan.?

Lazimnya yang terjadi adalah ini. Rakyat boleh menjerit , boleh memprotes. Soalnya penguasa boleh mendengari , boleh juga tidak peduli. Keputusan bukan sangat bergantung kepada suara rakyat. Yang lebih dipedulikan ialah apa kata pelabur. Apa kehendak para kapitalis yang kononnya menjanjikan pembangunan untuk negeri.

Tidak keterlaluan bila rakyat mengeluh negeri ini seperti rumah sakit . Denyut nadi rakyat kecil tidak dipeduli oleh para penguasa , malah tidak dilayan para tabib yang lebih segera mengubati mereka yang mampu bayar untuk khidmat yang spesial. Maka ada wakil rakyat menjadi perompak Wang rakyat sehingga kantung Negara kering tidak boleh menampung keperluan merawat rakyat kecil. Sebahagian rakyat berjalan bagaikan tengkorak-tengkorak hidup kerana benar kata sebahgian rakyat “orang miskin dilarang sakit ! ”

Nyaris negeri ini menjadi negeri kuburan dek ramainya rakyat yang sakit. Akan tetapi hampir menghairankan bagaimana negeri ini yang  terombang-ambing boleh dilunakkan dengan janji manis dewa-dewa dikalangan penguasa . Kenikmatan bergempur penderitaan , taburan wang mengabui mata lahir dan juga batin. Sayangnya negeri yang berada diambang krisis yang tak terpulih ini, terus mendapat tempat  menerajui kuasa.

Para penguasa dewa seperti layaknya iblis. Pandai berputar kata. Bijak mengalih tumpuan. Mengucap janji tetapi hanya janji entah memenuhi hajat sebenar rakyat atau tidak, wallahu ‘alam. Lain yang dimahu ,  lain pula yang dijanji dan lain lagi yang diberi. Lain yang sakit , lain yang diubat. Seperti debu yang lenyap , ketika semua hendak dibukti telah tercapai dengan kata “janji ditepati” . Walhal hampir bangkrup Negara akibat menghembur Wang diseluruh pelusuk negeri. Akibatnya negara hancur lebur disebab tangan dewa-dewa yang hanya mahu  kekuasaan dan wang.

Dimanakah wakil rakyat bila rakyat terpaksa berdepan dengan kekerasan oleh para penindak dari polis yang menghayung belantan membelasah rakyat. Memancut air kimia  dan menembak dengan menggila gas pemedih mata tanpa belas . Dimanakah ahli dewan rakyat yang mendapat elaun yang selesa bila rakyat dianiaya oleh FRU yang bagaikan tidak berfikir langsung yang mereka belasah itu adalah saudara mereka juga . Yang mereka sepak terajang adalah seumur bapak dan ibu mereka sendiri.

Amat mudah melafaz kata merakyat. Dikala rakyat keluar dijalanan tidak ramai wakil rakyat yang sanggup bersama. Dikala rakyat memberanikan diri berdepan risiko dikasari oleh anggota polis yang hanya tahu bahasa ” menurut perintah” , jarang kelihatan wakil rakyat sebaris dengan rakyat. Dikala rakyat melakukan benteng manusia untuk menghalang rumah diroboh dan tanah dirampas , sangat kurang wakil rakyat yang sanggup bersatu saf dengan rakyat.

Betapa deritanya rakyat ini. Rakyat bagai rumput . Mengharap belas ihsan dari mereka yang di angkat sendiri oleh rakyat. Dipijak tanpa perasaan. Diguna bila diperlukan buat lapis kaki agar berjalan lebih enak. Namun tetap dipijak , tetap diinjak-injak.

Sebab itu rakyat perlu meneliti dengan sanubari . Agar pemimpin setia akan janji . Jangan dibiar janji menjadi debu dimakan hari-hari mereka menikmati tahta kuasa disinggahsana. Sedangkah mereka bersedap-sedapan meraih nikmat walau dengan wang rakyat ,

Adakah ini yang dimaksudkan ” merakyat “. Sengsaranya rakyat untuk menagih belas ihsan buat menyambung hidup . Walau perit dan pahit , yang jelas rakyat dipaksa bersyukur dan menyatakan janji setia bagi membalas budi penguasa.

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Disember 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: