2013 JADIKAN TAHUN RAKYAT

Kenyataan Media MAPIM
30 hb Disember 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru agar tahun 2013 dijadikan tahun Rakyat . Ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat  akan melalui pilihanraya umum ke 13 , malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik .

Sementara kami melihat negara telah mendewasa menjadi negara merdeka dan mengelami pelbagai pergolakkan sosio-ekonomi dan politik , akan tetapi ia sangat memerlukan anjakan lebih besar , yang benar dan tepat untuk membina negera ini sebagai negara yang mempunyai ciri-ciri negara bertamadun mulia dan unggul dalam semua bidang.

Arah tuju negara semenjak permulaan abad ke 21 memperlihatkan rakyat maseh berada dalam kepompong feudlisme yang mengekang pemikiran dinamik , merdeka dan matang.

Malangnya media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat  yang sangat terkongkong . Lebih parah lagi media yang mengguna Wang rakyat diguna untuk merosakkan pemikiran rakyat.

Salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arusperdana ialah sikap hidup bergantung.

Cara hidup bergantung yang sengaja dipupuk selama ini oleh kerajaan yang  memerintah merosakkan gaya hidup rakyat untuk tidak berfikiran kritikal apabila menilai prestasi kerajaan.

Jelas jika rakyat terus  berfikir terbelenggu dalam pemikiran bahawa kerajaan adalah penentu segalanya , maka ciri rakyat yang matang tidak akan dapat direalisasikan.

Rakyat harus berani keluar dari faham kewarganegaraan yang bergantung semuanya kepada kerajaan dan membiarkan kerajaan memaksakan rakyat patuh hanya kerana kerajaan menabur bantuan untuk mengikat kesetiaan rakyat.

Sememangnya kemerdekaan yang diperolehi melalui perundingan dengan British tidak membentuk rakyat sebagai warga yang kritikal setelah sistem pentadbiran penjajah di teruskan oleh pemerintah. Sepatutnya perjuangan kemerdekaan hendaklah  membentuk pemikiran rakyat menjadi lebih berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan semuanya .

Sudah sampai masanya rakyat belajar memahami bahawa kerajaan adalah pengurus dan rakyat berhak menilai semula semada kuasa yang selama ini diamanahkan kepada kerajaan , boleh ditarik balik jika kuasa yang diwakilkan kepada kerajaan disalahguna dan kerajaan yang memerintah menjadi kerajaan pecundang.

Kami menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik Negara.

Rakyat patut menegaskan  azam yang kuat untuk membasmi segala penyelewengan yang telah sarat menjadi amalan dalam uruskelola pemerintahan. Tidak dapat dinafikan bahawa rekod jenayah rasuah Negara maseh tinggi dan tidak dapat dipulih walaupun SPRM tetap mengatakan gejala rasuah terkawal.

Demikian juga rakyat menyaksikan betapa arahtuju pembangunan Negara bermodelkan salah urus sumber Negara yang sangat tidak mapan maseh diteruskan. Keghairahan untuk mengeksploitasi sumber alam bertahun-tahun lamanya telah meletakkan Negara diambang krisis alam sekitar yang parah. Dasar, peraturan dan kawalselia pembangunan telah dirosakkan oleh salahguna kuasa akibat campur tangan orang politik yang hanya mahu meraih keuntungan.

Rakyat juga perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan Negara. Jika tahun 2013 maseh melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin yang menyalahguna kuasa ,  kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi pendakwaan , akan meletakkan Negara pada posisi yang pincang , tidak dihormati di kacamata dunia .

Rakyat harus mengambil iktibar betapa rakyat mempunyai kuasa untuk menyanggah dan menukar regim yang rasuah dan menyalahguna kuasa untuk membolot kekayaan Negara di Asia Barat pada 2 tahun kebelakangan ini. Regim yang dijatuhkan telah berkuasa lebih dari 30 tahun akhirnya tersungkur kerana rakyat tahu hak dan taggungjawab mereka menentukan masa depan Negara.

Jika tahun 2013 tidak menjadi tahun rakyat melonjakkan kuasanya untuk memperbetulkan kepincangan dalam Negara ini , masa depan Negara akan malap.

MAPIM menegaskan sistem demokrasi bukan sempurna. Namun dengan ruang yang ada untuk rakyat menterjemahkan sikap menolak kerajaan yang mengkhianati rakyat dalam pilihanraya yang mendatang, maka rakyat tidak harus mengenepikan peluang ini untuk menunaikan taggungjawabnya  memperbetulkan keadaan.

Mohd Azmi abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “2013 JADIKAN TAHUN RAKYAT
  1. oviruses65@kiyaijr.com berkata:

    Reblogged this on Oviruses 65.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,347 hits
Kalendar
Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: