TERAS GESA SEMUA PIHAK HENTIKAN BUDAYA MEMBAZIR DALAM MAJLIS PERKAHWINAN

Kenyataan Media TERAS
1 hb Januari 2013

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS)  mengesa masyarakat Islam segera menghenti budaya membazir yang dilarang Islam dalam hal kenduri perkahwinan yang jelas membawa mudharat yang parah kepada masyarakat.

Laporan media mengenai masalah yang dihadapi pasangan yang terjebak dengan hutang kerana meminjam wang dengan bank dan peminjam tidak berlesen ( along) hanya kerana mahu berbelanja mewah untuk mengeluarkan wang hantaran yang tinggi untuk majlis kenduri , sangat serius .

along

Kesan negatif yang akhirnya mengakibatkan keruntuhan rumahtangga tidak boleh dipandang rengan . Bukan sahaja ia memberi kesan yang sangat parah kepada kedudukan kewangan pasangan rumahtangga , malah ia adalah perkara yang jelas bertentangan dengan tuntutan syara’ .

Kami berpendapat amalan memberi tumpuan kepada wang hantaran yang mencecah ratusan ribu ringgit nampaknya menjangkiti masyarakat yang akan berakhir dengan pelbagai masalah dikalangan pasangan muda apabila tidak mampu membayar hutang sesudah melansungkan perkahwinan . Malah mereka gagal untuk menjalani hidup yang sempurna kerana pendapatan yang terikat untuk membayar hutang yang membebankan.

Kami amat kesal budaya ini bukan hanya merebak dikalangan orang berada malah sudah mempengaruhi golongan berpendapatan rendah. Akibatnya sindrom pasangan yang hidup dalam berhutang berleluasa di semua peringkat masyarakat .

Natijah yang berlaku sekarang ialah ramai yang terperangkap dengan hutang sehingga berlaku kes perceraian kerana bertelagah mengenai hutang yang telah membebankan kehidupan mereka yang baru memyelesaikan majlis kenduri kahwin yang mewah.

Lebih malang lagi budaya ini tidak ditegur oleh ahli agama kerana terdapat dikalangan mereka juga turut menunjukkan contoh yang sama apabila berbelanja mewah untuk mengahwinkan anak dengan jemputan ribuan tetamu.

Budaya melaksanankan kenduri dihotel mewah juga adalah amalan yang kini berkembang sehingga melibatkan ratusan ribu ringgit . Malah ada juga yang mencecah perbelanjaan jutaan ringgit . Golongan elit yang mengadakan majlis perkahwinan super mewah bukan lagi asing di negara ini.

Tidak kurang ahli politik , pegawai atasan kerajaan , golongan artis , serta mereka yang menjadi popular dalam masyarakat cenderung berkenduri mewah untuk perkahwinan anak-anak dengan wang hantaran yang sangat tinggi. Ia menjadi fenomena seolah saling berlumba untuk menunjuk-nunjuk antara satu sama lain.

TERAS berpandangan jika pihak ulama tidak bertegas dan mengeluarkan fatwa yang jelas bahawa bermewahan dalam kenduri kendara adalah diharam Islam , gejala ini akan berterusan.

Kesan jangkapanjangnya adalah masyarakat Islam dinegara ini akan terperangkap dengan pembaziran yang dikutuk agama dan membebankan masyarakat Islam sendiri.

TERAS menegaskan suatu kempen harus dilancarkan untuk mendidik masyarakat bersederhana dalan perbelanjaan perkahwinan demi menyelamatkan bukan sahaja ekonomi umat Islam malah juga mengekang kerosakan sosial yang bakal berlaku akibat budaya membazir yang membarah.

Semua pihak termasuk dikalangan kerabat di Raja perlu menunjukkan contoh untuk tidak mengamalkan budaya berbelanja mewah dalam majlis perkahwinan .

Kembali mengamalkan budaya hidup yang tepat dengan ketentuan syara’ bukan sahaja dari segi rukun dan syarat sah perkahwinan perlu dijaga , malah juga memlihara dari segi contoh teladan dalam acara perkahwinan yang sederhana seperti yang diteladankan oleh Rasulullah s.a.w.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “TERAS GESA SEMUA PIHAK HENTIKAN BUDAYA MEMBAZIR DALAM MAJLIS PERKAHWINAN
  1. oviruses65@kiyaijr.com berkata:

    Reblogged this on Oviruses 65.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Januari 2013
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: