BAHAYA MEMALSUKAN HARGA SAHAM FGV

Kenyataan Media TERAS
4hb Januari 2013

Adalah bahaya kerajaan memanipulasi harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang sebenarnya bernilai rendah tetapi menyuntik dana institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunjukkan harga yang lebih tinggi tetapi palsu.

Sudah banyak contoh betapa harga saham yang bukan membayangkan harga pasaran sebenar akan memperjudikan nasib para pelabur kecil kerana terpedaya dengan kenaikan yang diperbuat  tersebut.

80850ec49521ae49528f045cdb14d7e9_XL

Dengan melakukan tindakan ini bermakna kerajaan terlibat dalam kegiatan spekulasi pasaran saham yang amat bahaya bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada ekonomi Negara .

Kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab kepada pasaran modal dengan memalsukan aliran pasaran sebenar .

TERAS kesal bila analisis bebas menunjukkan harga sebenar saham FGV adalah RM3.50 seunit , sedangkan RM4.62 adalah harga kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.

Jika ini berlaku FGV bagaikan menjadi saham kasino yang diperjudikan di bursa saham , melonjakkan harga saham secara palsu , memancing pelabur , dan kemudian membiarkan ia jatuh merudum bila sampai masanya pelabur hendak menjual saham.

Paling malang ialah pelabur dikalangan peneroka Felda sendiri. Mereka diberi pinjaman untuk membeli saham dan akhirnya terjebak dengan hutang untuk dibayar dengan bebanan yang amat berat.

Lain pula dikalangan pelabur besar seperti pengerusi FGV  dan lembaga pengarahnya yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan .

Kini dengan harga minyak sawit mentah yang telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477 setan metrik, manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12 peratus daripada RM10.87 sekilogram kepada RM9.61 sekilogram , kerajaan tidak mungkin dapat bertahan dengan memaksa institusi-institusi terus menyuntik Dana bagi menaikkan harga saham komoditi itu di bursa saham.

Pasaran saham bagaikan nafas yang turun naik. Kenaikannya hanya boleh bertahan jika pasaran dunia ujud tren yang meningkat tetapi ketika sebaliknya bila pasaran dunia jatuh , bursa yang menyenaraikan industri berkenaan didalam papan perniagaannya akan pasti menjunam kerana pasaran domestik tidak cukup besar untuk bertahan dengan harga saham yang tinggi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “BAHAYA MEMALSUKAN HARGA SAHAM FGV
  1. rohayah ishak berkata:

    saya anak peneroka atua dikenali generasi kedua. penipuan sudah berlaku terlalu lama, kami membayar untuk semua kemudahan yg dikampung2 lain dpt free, contoh jalanraya, tiang elektrik, saluran paip kerumah2, dan lain2 bayaran yg dipotong terus dari pay slip. harga getah yg dibeli oleh felda jauh lebih rendah drp harga pasaran. inilah keringat kedua orang tua saya yg diperas semahu2nya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: