TERAS KESAL ISU AMANAT HADI DIMANIPULASI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

Kenyataan Media TERAS
4 hb Januari 2013

TERAS kesal kenapa isu Amanat Hadi kini mengambil tempat sentral dalam perbahasan politik negara. Amanat Hadi yang sebenarnya secara asas tidak mempunyai elemen yang secara terang-terangan bercanggah dengan hukum Islam , hanya menjadi isu apabila penguasa merasa ia terkait dengan faham sekular yang dianuti oleh parti tersebut dan Amanat itu secara langsung mencabar fahaman sekular yang ditolak oleh Islam.

Malangnya isu ini dikitar semula dengan harapan ia  dapat meraih sokongan dari pengundi Melayu untuk PRU 13 nanti ,  bukan kerana ingin menilai Amanat itu dari segi ilmu.

amanat-hadi-rumi

Lebih pelik lagi kini kelihatan pendapat pemimpin dikalangan pemerintah sendiri jelas saling bercanggah antara mereka. Ada yang mahu diberi peluang dijelaskan dalam media awam , ada yang mahu Presiden Pas itu dipaksa menjelaskan atau ditahan , ada yang mengatakan berbahaya diberi peluang disiar secara langsung , ada mahu didebatkan secara terbuka.
Hanya untuk memutuskan bagaimana memberi peluang untuk Presiden Pas itu menjelaskannya melalui media , sudah terdapat kecelaruan berfikir sesama pemimpin pemerintah.

Padahal yang awalnya , dikatakan Presiden Pas itu harus memberi penjelasan , kini beraleh kepada soal syarat yang akan dikenakan jika kerajaan membenarkan penjelasan beliau disiarkan secara langsung di RTM .

Tambah lagi kami juga kesal kenapa isu ini beraleh lagi kini kepada Amanat Hadi itu dituntut ditarik balik atau dimansuhkan oleh beliau sendiri.

Sedangkan ketika isu ini timbul pada tahun 1981 , sememangnya perdebatan antara Pas dan Umno dituntut oleh Pas sendiri , tetapi ditolak oleh Umno.

Lantaran itu kami mendapati debat yang berlarutan mengenai semada beliau akan dibenar menjelaskan Amanat ini dalam media awam milik rakyat itu atau tidak , bukanlah isu pokok.  Isunya ialah apakah faham yang tertera dalam Amanat itu salah atau tidak. Inilah yang hendak diperjelaskan.

Perbedaan pendapat mengenai pegangan politik yang berkait dengan sesuatu faham politik dari segi cara pemerintahan tidak salah . Terpulang kepada rakyat memileh gagasan yang terbaik untuk dipileh memerintah negara.

Apa yang menjadi masalah ialah bila ujud faham bahawa politik tidak mahu dipandukan oleh agama.  Malah ada faham yang menolak politik dicampurkan dengan agama.

Sudah tentu bila pegangan politik menghalalkan faham sekular dan menolak Hukum Islam dalam pemerintahan ada sebab  organisasi seperti Pas melakukan perjuangan politik untuk mengambil aleh kuasa.

Lagi keras penentangan ditunjukkan kepada tuntutan melaksanakan Islam lagi keras seruan perjuangan jihad dikumandangkan . Semakin ganas diperlakukan ke atas mereka yang memperjuangkan tuntutan Islam dengan cara mengguna undang- undang peninggalan penjajah untuk menyerang , menangkap , menzalimi dan mengfitnah ,  lagi keras keazaman untuk menjelaskan kenapa pengikut harus tegas menyatakan pendirian menentang pemerintah .

Ditambah lagi bila semakin jelas hukum Islam dibiarkan dihina dan diserang , penentang syariat dilindungi dan media perdana menyuburkan penistaan terhadap Islam oleh mereka yang bukan sahaja penganut Islam malah oleh yang mendakwa diri Islam tetapi menolak syariat Islam , semakin nekad sikap menentang penguasa dipertegaskan.

Sebab itu kami menegaskan isu Amanat ini bukan sahaja tidak wajar didebatkan seperti yang dilakukan oleh mereka yang ghairah mempertahankan kuasa , malah ia sepatutnya dilihat sebagai pemisah antara faham sekular dan faham Islam . Soal bagaimana politik harus kembali ditundukkan kepada agama adalah isu yang lebih asasi untuk diketengahkan.

Kini yang perlu ditentukan ialah bagaimana kefahaman yang salah mengenai politik dan agama perlu diperbetulkan. Menolak agama sebagai pemandu politik adalah punca kemungkaran dalam pemerintahan . Memisahkan agama dari politik adalah punca umat berpecah secara politik kepartian.

Kami menuntut agar isu ini tidak dipanjangkan lagi. Jika kesediaan memberi penjelasan terhadap isu Amanat ini mahu diberi oleh Presiden Pas Itu , maka hendaklah ia disambut dengan positif. Tidak perlu dikenakan syarat . Dengan itu diharapkan isu ini tidak akan menajamkan lagi persengketaan antara umat.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: