HKR ADALAH PENCETUS MALAYSIAN SPRING

Kenyataan Media MAPIM
8 hb Januari 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  berpandangan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang bakal diadakan pada 12 hb Januari 2013 ini adalah “Malaysian Spring” yang boleh mencetus era baru bagi negara ini. Sentuhan bersemangat dari pempinan rakyat bakal menjadikan kebangkitan rakyat yang boleh melakar sejarah penting di Malaysia.

Walaupun kami berpendapat terlalu banyak kebangkitan dalam bentuk lain harus dijalankan serentak seperti kebangkitan sosial-budaya , kebangkitan rohani , kebangkitan pemikiran dan kebangkitan intelektual , namun perhimpunan yang akan disemangati oleh keinganan menganjakkan negara dari era kroni , salahguna kuasa dan rasuah kepada negara yang bersih dari kepincangan uruskelola harta negara , sangat penting.

KL112
Pasca HKR akan menjadi lebih mencabar kerana jika ia tidak dituruti menggerakkan kebangkitan yang menyeluruh maka ia tidak akan membawa sebarang makna dan tidak boleh bertahan lama.

Kami percaya dengan kehadhiran jutaan rakyat yang akan datang sendiri tanpa sebarang sogokan dan bayaran , ia pasti akan menjadi kebangkitan rakyat di negara ini menjadi Malaysian Spring yang unik seperti yang ditunjukkan oleh Arab Spring . Rakyat harus menunjukkan kesungguhan untuk bersama dalam HRK. Tidak harus terpengaruh dengan cara yang sedemikian lama diamal oleh pemerintah ini iaitu semua dikerah untuk wajib hadhir , semua agensi diwajib menghantar kakitangan masing- masing , semua institusi dimestikan memghadhirkan para pelatih . Malah ratusan ribu diwajibkan hadir.

Kehadhiran dan penyertaan penuh semangat dari rakyat adalah penting untuk mencetuskan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap masa depan negara.

Bagi kami , tuntutan adalah jelas , iaitu perubahan politik Negara ke arah yang lebih beramanah , menjaga kepentingan khazanah rakyat , memperbetulkan sistem uruskelola pemerintahan dan mendapatkan sistem pilihanraya yang bersih.

Lantaran itu Perhimpunan harus disambut dengan terbuka oleh pihak kerajaan dan kami menuntut jangan menyusahkan rakyat . Kali ini ia ingin diadakan di Stadium Merdeka dan sudah tentu ia jauh lebih terkawal , tersusun dan memenuhi syarat seperti yang dikehendakki oleh pihak keselamatan.

Malah ia is adalah hak rakyat untuk berhimpun dengan aman seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara. Pengumuman bahawa undang-undang telah dipinda untuk membenarkan rakyat berhimpun secara aman telah diistiharkan oleh PM  sendiri. Oleh itu tidak ada sebab untuk pihak pengurusan Stadium Merdeka atau Menteri yang berkenaan untuk mencari alasan tidak membenarkan is diadakan ditempat yang di pileh.

“Malaysian Spring” yang kami maksudkan adalah lonjakkan kesedaran rakyat untuk membentaras kemungkaran dalam budaya politik yang sudah sedemikian lama diamalkan di Negara ini sejak Merdeka. Sistem politik feudal yang membawa kepada politik Wang , politik fitnah , politik samseng dan politik perkauman sempit , yang  akhirnya telah mengakibatkan politik menjadi sangat kotor , perlu ditamatkan.

Politik perdebatan yang sihat dan konstruktif perlu diketengahkan dalam lonjakkan kali ini. Keengganan pemerintah sekarang yang maseh

Kami mahu suara yang akan dikumandangkan dalam HKR nanti adalah suara murni dari rakyat , untuk rakyat dan demi rakyat . Ia harus menjadi lonjakkan tulin untuk rakyat kembali diperkasakan sebagai penentu kuasa untuk dimandatkan kepada mereka yang benar- benar beramanah dan komited kepada kebenaran dan keadilan.

Ini adalah saat penting untuk melakarkan sejarah Negara untuk 50 tahun ke hadapan. Sebarang pernyataan perlu berhemat untuk menghormati sensitiviti rakyat dalam hal agama dan bangsa .

Sesungguhnya tamadun Islam yang menjadi kekuatan tanah air ini dibangunkan perlu diserlahkan semula untuk menterjemahkan erti Islam sebagai Rahmat untuk semua semestinya menjadi roh yang perlu menjadi asas kepada kebangkitan rakyat

Kami mengharapkan HKR adalah Malaysian Spring yang murni dan tulus untuk membangunkan Malaysia yang lebih bermaruah dan berintegriti demi Negara yang layak dihormati dan diteladani.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “HKR ADALAH PENCETUS MALAYSIAN SPRING

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: