HKR 112 BERJAYA , MEMBUKTIKAN KEMATANGAN RAKYAT

Kenyataan Media MAPIM
12 hb Januari 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengharapkan perubahan murni diatas 10 tuntutan yang diistiharkan pada HKR 112 petang tadi adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada PRU 13 .

Perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana inilah realiti yang sebenar bila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.

hkr_full

Jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR 112 oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan adalah ternafi.

Penganjur HKR tersebut harus dipuji bukan sahaja dari segi pengawalan keselamatan  yang dijalankan yang sangat rapi malah ia merupakan perhimpunan yang murni dari rakyat tanpa sebarang kekecohan.

Kami memperakui bahawa tuntutan 10 perkara yang diistiharkan adalah wajar sebagai komitment untuk memperbaikki kualiti hidup rakyat.

Sementara tuntutan itu juga adalah janji Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih kerajaan selepas PRU 13 , ia seharusnya menjadi komitment rakyat untuk memastikan semua tuntutan itu dipenuhi oleh sesiapa pun yang akan membentuk kerajaan.

Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu yang meliputi aspek proses pilihanraya , isu Felda , status pembangunan Sabah dan Sarawak , royalti petroleum , professionalisme kakitangan awam , alam sekitar , martabat bahasa Melayu ,pembebasan tahanan ISA , mempertahankan kampung warisan dan kualiti hidup kaum wanita adalah tuntutan yang menyeluruh dan menyentuh soal kepentingan rakyat yang wajar diberi sokongan.

MAPIM menyeru agar PRU 13 yang akan diadakan seharusnya mengenengahkan idea bernas seperti yang dituntut dalam HKR itu dan bukan dengan melemparkan fitnah serta melagakan sentimen kaum dan agama.

Rakyat perlu dididik untuk melaksanakan proses demokrasi dengan matang demi menjadikan Negara ini lebih bermaruah .

Dengan mendengar hujah dan penerangan secara langsung dalam HKR 112 itu , sikap rakyat harus dihormati untuk membuat keputusan tanpa sebarang ugutan dan sogokkan.

HKR petang tadi telah melakarkan sejarah yang sangat penting untuk Negara ini. Ia menunjukkan betapa suara rakyat tidak perlu dipandang serong malah semua pihak perlu menghormati tuntutan rakyat .

Sementara perhimpunan itu telah berjalan lancar dan membuktikan kematangan rakyat merayakan kebebasan bersuara dan berkumpul dengan aman , pihak kerajaan pula harus bersikap jujur supaya maklumat yang benar tidak diselewengkan hanya kerana mahu mengekalkan kuasa.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: