KATA RAKYAT DIHARI KEBANGKITAN

Coretan Cikgu Azmi
4.03 petang menjelang Asar 13 hb Januari 2013

Kata “rakyat” berkumandang di hari kebangkitan. Malah memang pun hari itu adalah hari rakyat. Kalimat rakyat dirayakan , disanjung , diperkasakan. Rakyat disebut pada slogan berkali kali oleh pengacara , diulang ungkap oleh para pemidato , disebut dalam puisi seorang sasterawan negara , didendangkan oleh seorang artis , dicatat oleh pelbagai kelompok pada kertas dan kain rentang , dicatat dalam 10  pengistiharaan dalam Perhimpunan ,  diperaga pada setiap baju yang dipakai gah untuk melambangkan hari ini , hari rakyat.

Memang kalimat rakyat sangat keramat pada hari itu. Suara rakyat  mengegarkan stadium tua yang layak dikembalikan ruh asalnya. Stadium yang melahirkan rakyat dan nusa merdeka. Kebangkitan rakyat yang mengukir sejarah besar , malah mahu melakar episod lebih besar lagi. Lebih bersejarah lagi.

12

Medan itu adalah medan milik rakyat. Tiada siapapun yang berani menentang arus gelombang rakyat ketika itu. Stadium itu seolah ibu tua yang sudah lama menunggu putera dan puterinya yang telah ratusan purnama tidak menjenguk. Disini rakyat diasuh kalimat merdeka. Dibesarkan dengan pesan . Negara ini milik rakyat .

Malah seakan kembali disaat 31 hb Ogos 1957 . Merdeka diulang tayang. Dipertegaskan sekali lagi. Kali ini bilangannya selautan manusia. Yang tua bertongkat , yang cacat disorong , yang sakit dipapah, rakyat berbangsa berjalan seiring menuju ke stadium khazanah Negara  . Menapak penuh bangga. Penuh harap. Hari ini adalah hari rakyat. Semua mahu menjadi sebahgian dari sejarah gemilang itu. Mahu diperhitungkan. Biar tidak berpangkat atau bergelar. Yang tua , muda , remaja , yang sudah bersara mahupun yang maseh berkuliah .Cukup dengan kata-kata “Aku ada disana ketika itu! ”

Perhimpunan petang itu bak insan-insan yang terluka berhimpun mendambakan ubat buat merawat rakyat yang terdera. Senyum mereka dalam duka. Ketawa mereka dalam derita . Yang berkumpul itu bukan sekadar tubuh-tubuh yang dibalut baju berbagai warna menandakan  sengsara yang beragam rupa. Malah ia adalah perkumpulan lautan rakyat yang kalbunya tersiksa. Tersiksa dek pengkhianatan. Hiba dek perjanjian yang dirobek oleh kerakusan penguasa.

Rakyat yang sudah lama terdera. Namun tetap mengharapkan. Sedikit ruang untuk melihat adakah lagi peluang hidup berdemokrasi yang dijanjikan. Mengalirlah rakyat dari berbagai arah menuju ke Stadium Merdeka untuk kembali memupuk sejarah yang gah. Stadium itu milik rakyat dan ibukota Kuala Lumpur pada hari itu milik rakyat.

Angin perubahan dirasai benar. Meniup kencang. Nampak beragam warna , kuning , oren , hijau , merah , hitam melakukan riak gelombang manusia bersama dan berirama. Namun tetap melambangkan diri rakyat yang sejati. Rakyat yang sudah sedia berazam dan nekad. Bukan untuk melampiaskan amuk ganas tetapi untuk menyatakan gelombang ini sudah siap melakukan tsunami kedua. Bermula di ibu kota.

Kata Pak Samad , semua menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!. Walau dihalang pada sambutan kemerdekaan untuk rakyat mengalir ke Dataran Merdeka , kini rakyat berhimpun di Stadium Merdeka. Menyatakan tanpa gagap , rakyat tidak mahu menjadi manusia hamba , mahupun manusia ciplak.

Aku mencari kesempatan untuk menyelami setiap wajah . Cuba ditatap mereka yang lalu lalang. Apa yang mendorong mereka datang. Tidak kerana wang , tidak kerana surat arahan , tidak kerana habuan , tidak kerana beras percuma . Jadi , kerana apa ?

Mereka datang dari jauh dan dekat , dari desa dan kota. Bergerak dan mengalir . Berantai-rantai sambung menyambung, berbaris , bersaf-saf . Tanpa kira ras mahupun agama. Tanpa kira darjat. Tiada kasta. Dari golongan professional , ahli pensyarah , ahli agama ,nelayan , seniman dan budayawan , pedagang jalanan , petani , peneroka , orang asal , mahasiswa , buruh dan petugas awam. Malah polis turut bersama menambahkan bilangan. Puluhan menjadi ratusan , membesar menjadi ribuan , bergabung terus jadi puluhan ribuan , menyatu menjadi ratusan ribu. Semuanya. Yang datang berarak-arakan dari lorong dan penjuru. Bagaikan awan berkepul-kepul bergerak kesatu muara. Untuk mencurahkan hujan . Hujan yang diiringi suara guruh . Guruh rakyat . Kerana pada saat itu cuma ada satu suara dan gelaran sahaja. Rakyat !!!

Laungannya sama. Jeritnya sama . Kami mahu ubah ! Cukup sudah , wang rakyat disonglap , harta rakyat dilahap , khazanah rakyat difaraid , kedamaian rakyat dirampas , keselamatan rakyat digadai , perkampungan rakyat dilacuri , naluri rakyat diracuni , minda rakyat dikotori. Apakah rakyat perlu didorong lebih dari itu. Tak perlu. Hanya dengan semboyan rakyat bangkit menyanggah penyelewengan , menolak kepalsuan , membantah kezaliman , sudah cukup. Ada yang datang berjalan , ada yang mengesut , ada yang bertateh . Azam dan niat mahu turut menambahkan kehadhiran sudah cukup mendorong. Mereka datang berbondong-bondong.

Soalnya sekarang apakah kebangkitan ini hanya sesaat ? Mungkinkah ia hanya sekadar simbol. Simbol dari sebuah kesadaran. Namun tidak menguat menjadi sebuah arus perdana mengubah regim pemerintahan. Apakah ia boleh berganjak lagi menjadi pemecut kepada kebangkitan yang lebih besar . Kebangkitan rakyat dalam berpolitik , berbudaya , berekonomi dan bernegara ?

Rakyat sesungguhnya harus belajar dari banyak episod kebangkitan rakyat di pelbagai belah di dunia ini. Ada yang bergulir menjadi revolusi . Ada yang dicantas dari tunas lagi. Ada yang tercatat sebagai permulaan yang baik , namun pengakhiran yang tidak berhasil. Belum sempat tumbuh menjadi pohon penaung akar rumput , pupus dibawa bayu materialisme dan komersialisme. Revolusi besar menjadi kerdil dan kembali menjadi hamba kepada niagawan dan konglomerat , bila kebangkitan sejati dari sebuah kesadaran merubah jelmaan kebangkitan rakyat menjadi perkakas untuk diulah oleh para penguasa , para pedagang maruah bangsa dan Negara .

Lalu , apa lagi yang harus rakyat lakukan?

Suara rakyat akan berkumandang lagi. Asalkan ada kesatuan rakyat yang kompak. Selagi kepincangan berleluasa selagi itulah rakyat akan bangkit terus. Membelah kesepian ketakutan dan perhambaan. Namun ia pasti sirna bila kebangkitan tidak diisi dengan pengertian.

Sebab itulah kebangkitan perlu sekaligus diiringi dengan kefahaman dan kesadaran yang kritikal terhadap realiti . Sentiasa menjadi rakyat bermaklumat dan berfikiran sangat halusi dalam bersikap.

Rakyat tidak hanya pada syarat kewarganegaraan. Rakyat yang faham erti bernegara. Erti empunya kuasa untuk melaksanakan amanah dari Sang Pemilik segala yang berkuasa. Rakyat yang menjiwai bahawa ketakutan hanya kepada si Pencipta. Bahawa mandat kuasa memerintah hanya diberi kepada mereka yang jujur melaksanakan pemerintahan. Rakyat yang tahu bahawa tatkala penguasa mengkhianati kuasa , rakyat wajib membatalkan mandat itu dan kuasa kembali kepada rakyat semula.

Kebangkitan ini bukan untuk sesaat. Ia hanya menjadi riak kehendak , belum menjadi realiti perubahan. Setakat mengabungkan amarah , belum lagi meledakkan perubahan yang berpanjangan. Inilah cabaran sebenar. Kuasa diperlukan untuk mengwibawakan tindakan. Memberi legitimasi kepada tindakan. Namun yang lebih berat ialah perubahan keinsanan yang berbicara bukan dengan bahasa kuasa. Tetapi bahasa kerakyatan.

Wassalam.

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Januari 2013
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: