PELIHARA KERUKUNAN HIDUP ANTARA AGAMA

Kenyataan Media MAPIM
26 hb Januari 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  mengesa agar semua pihak menghentikan provokasi agama serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menegangkan suasana demi memelihara kerukunan hidup antara agama di Negara ini.

Mengungkit isu agama yang diketahui akan menyentuh sensitiviti penganut agama masing-masing sangat merbahaya dan tidak bertanggungjawab.

kerukunan agama

Kami kesal terhadap pemimpin politik yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Islam.

Dalam masa yang sama kami menegaskan pihak pemimpin agama harus menghormati kedudukan Islam di Negara ini terutama soal menarik orang Islam kepada agama lain yang dilarang dalam undang-undang Persekutuan.

Pemimpin-pemimpin agama perlu mengambil berat mengenai sensitiviti yang sangat tinggi dikalangan orang Islam terutama dalam isu murtad dan apa sahaja yang dilakukan oleh penyebar agama lain yang boleh menyebabkan orang Islam murtad.

Negara ini tidak boleh dihadapkan dengan konflit sivil yang akan menghancur segala asas keharmonian antara agama dan ras yang sudah dipupuk sekian lama.

Semua pihak perlu memberi perhatian yang mendalam terhadap situasi kehidupan yang sangat sensitif di negara ini jika isu agama dibangkitkan dengan cara yang tidak hikmah.

Terlalu ghairah bermain dengan sentimen agama yang mudah menimbulkan kemarahan antara penganut adalah satu kesilapan besar yang akan mengakibatkan ketegangan yang sukar dikawal. Beberapa insiden tidak lama dahulu di KL , Pulau Pinang membuktikan bahawa isu agama boleh menimbulkan ketegangan jika tidak dibendung segera.

Kami kesal isu agama diketengahkan dengan cara tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu . Tuntutan-tuntutan yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin agama tidak sepatutnya mengenepikan kedudukan Islam yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dengan mengambil sikap yang tidak bijak dan mengenengahkan kepada masyarakat awam terutama dikalangan penganut agama boleh menimbulkan prasangka yang  negatif .

Kami mengesa isu berkaitan dengan usaha menarik orang Islam kepada agama lain , penggunaan Kalimah Allah , hendaklah dihentikan dan perlu ditangani oleh pihak berkuasa serta pemimpin-pemimpin agama dengan bijak berdasarkan undang-undang dan asas keharmonian kehidupan beragama di Negara ini.

Mengambil pendekatan berdegil dan menolak untuk memelihara kerukunan hidup antara agama di Negara ini boleh mengheret masyarakat kepada kancah perkelahian agama yang sangat bahaya.

Semua pihak harus menghormati wibawa pihak berotoriti mengenai agama dan tidak membiarkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan politik dengan melakukan tindakan melanggar undang undang.

Kami menyarankan agar dialog dan perbincangan yang sihat antara pemimpin agama diadakan untuk mengatasi salah faham mengenai sebarang isu agama.

Kami juga menuntut agar pihak media lebih bertanggungjawab bila mengangkat Isu agama untuk tatapan masyarakat awam. Jika ia tidak dikendalikan dengan bijak , media boleh membawa kesan yang negatif kepada persepsi antara penganut agama .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Januari 2013
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: