MAPIM GESA KERAJAAN BANTU DAN LINDUNGI PELARIAN ROHINGYA DILANGKAWI

Kenyataan Media MAPIM

29 hb Januari 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa supaya kerajaan segera tangani isu pelarian Rohingya terbaru yang sampai di Langkawi dengan bot dari Myanmar .

Pihak MAPIM yang telah membuat tinjauan di Langkawi mendapati pelarian telah mendarat hampir seminggu yang lalu , namun mereka maseh tidak tahu status yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas mereka.

Kami menuntut supaya kerajaan melindungi hak kemanusiaan mereka bagi 424 orang pelarian yang ditahan di Langkawi pada minggu lepas .

Kami mendapati keadaan kesihatan dan keperluan asas dikalangan lebih 100 orang wanita serta 90 kanak-kanak pelarian Rohingya tersebut amat mendesak. Mereka didapati dalam keadaan kelaparan ketika sampai dipantai Malaysia.

Keadaan pelarian sangat kritikal kerana kebanyakan pelarian telah dinafikan hak paling asas untuk hidup di Myanmar.

Hasil pemantauan dan gerakerja kemanusiaan oleh MAPIM yang pergi meninjau ke kem-kem pelarian di Arakan pada bulan Disember 2012 yang lalu mendapati keperluan kemanusiaan termasuk makanan, tempat tinggal sementara, air bersih, kesihatan dan pendidikan sangat terdesak dan tidak mencukupi untuk keperluan lebih 200,000 pelarian di 11 buah kem termasuk Situmanji Camp , Peace Camp, Mesingga Camp dan lain-lain.

Kami mengesa pihak kerajaan Malaysia berperanan lebih aktif dan berkesan bagi menyelesaikan penindasan yang dihadapi etnik Rohingya di Myanmar .

Pihak berkuasa perlu segera menyeleraskan bantuan dan memberi kerjasama dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) untuk melaksanakan bancian dan pendaftaran kepada 424 pelarian tersebut .

Mereka adalah pelarian politik yang perlu diberi perlindungan kemanusiaan di Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa berkaitan pelarian.

Pelarian tersebut perlu di tempatkan di kemudahan  lebih kondusif dan di bawah penyeliaan agensi kerajaan yang berkaitan untuk pemantauan dan pengawalan berdasarkan undang-undang Malaysia yang sedia .

Kami mengesa supaya mereka di benarkan untuk tinggal bersama keluarga  atau rakan yang mereka kenali dikalangan etnik Rohingya yang sudah tinggal di Malaysia sejak sekian lama.

Pihak kerajaan perlu melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan menjejaki agen-agen sendiket haram yang cuba mengambil kesempatan menjalankan sindiket pemerdagangan manusia ke Malaysia khususnya yang mengeksploitasi pelarian-pelarian Rohingya ini. Agensi antarabangsa termasuk Interpol perlu dilibatkan bersama untuk membanteras jenayah ini.

Kerajaan Malaysia perlu menghantar bantuan kemanusiaan yang lebih tersusun dan terancang kepada pelarian-pelarian rohingya yang masih berada dalam keadaan terpinggir dan teraniaya di seluruh wilayah Arakan ( Rakhine State). Bantuan ini perlu disalurkan sama ada melalui ‘ Government to Government’ atau melalui NGO-NGO yang sedang melakukan kerja bantuan kemanusiaan di sana.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: