GEJALA MELAYU “KAKI JUDI” DI KUANTAN HENDAKLAH DIBENTERAS

Kenyataan Media MAPIM
12 hb Februari 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memandang serius kegiatan judi internet yang berleluasa yang membabitkan orang Melayu Islam seperti dilapurkan media.

Laporan pihak polis bahawa di Kuantan gejala ketagih dengan judi internet sudah menular dan sukar dikawal sangat mengkhuatirkan.

judi internetMAPIM mengesa agar semua pemimpin masyarakat bekerjasama dengan pihak polis untuk membendung gejala ini kerana ia tidak boleh dibiarkan berleluasa .

Kami mengesa juga agar pihak berkuasa melaksanakan penyiasatan yang membabitkan premis yang disyakki menjadi pusat kegiatan tersebut.

Pencegahan semada judi tidak berlesen atau berjudi berlesen dikalangan orang Islam hendaklah dikuatkuasakan dengan bersungguh.

MAPIM memperakui bahawa gejala ini berleluasa kerana ujudnya keghairahan masyarakat untuk jadi ‘kaya’ mendorong segelintir pengusaha kafe siber sama ada berlesen atau haram  menyediakan tempat untuk mereka yang bernafsu ini mencuba nasib .

Pihak pendalang ini juga mencabar undang-undang dengan menyediakan permainan berunsur perjudian di premis mereka.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani  kebanyakan kaki judi yang berkunjung ke pusat-pusat itu adalah orang Melayu beragama Islam.

MAPIM menegaskan pihak yang menjadi dalang menjalankan kegiatan ini hendaklah diambil tindakan tegas tanpa kompromi. Ia tidak boleh dianggap remeh kerana gejala ini boleh merebak kepada gejala yang lain seperti jenayah , terlibat dengan Ah Long dan kegiatan tidak bermoral.

MAPIM bersetuju operasi secara bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan, syarikat tenaga, syarikat bekalan air dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan untuk memgesan dan membenteras gejala ini.

Kami juga merakamkan tanhniah kepada pihak polis yang dilaporkan di Kuantan bahawa  sebanyak 622 serbuan dijalankan dan hasilnya 7,307 set komputer dianggarkan bernilai RM7.3 juta berjaya dirampas tidak termasuk wang tunai RM196,850 sepanjang Januari 2012 hingga 22 Januari tahun ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
Tel 0194744856

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2013
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  
%d bloggers like this: