MAPIM KESAL DARJAT POLITIK RENDAH MALAYSIA MENJADI-JADI

Kenyataan Media MAPIM
11hb Februari 2013

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malsyia (MAPIM) amat kesal darjat politik di negara ini sudah menurun dari politik serius untuk mengurus kehidupan rakyat menjadi politik menabur wang dan menghidang hiburan kepada rakyat.

Sekarang politik pacutan terakhir yang sedang digerakkan ialah menaburkan lagi wang yang tersisa untuk rakyat dan menghimpunkan rakyat dengan hiburan mega walaupun berbelanja besar untuk membayar artis luar sehingga mencecah RM 2 juta.

Kami mempersoalkan serendah mana lagi parti pemerintah mahu bawa rakyat dan negara ini dalam berpolitik. Kami senaraikan kerendahan berpolitik yang sangat memalukan yang dilakukan oleh peneraju pemerintah negara sepanjang tempuh berkempen untuk PRU 13 yang bakal diadakan :

1. Menyebar bahan lucah untuk menfitnah lawan politik

2. Mempertajamkan politik perkauman untuk meraih undi kaum tertentu.

3. Mengguna isu agama untuk mempolimik dan menegangkan perhubungan antara penganut agama

4. Mengguna wang dan janji peruntukan besar untuk ditabur kepada rakyat.

5. Menjemput artis luar dengan bayaran tinggi untuk menghimpun rakyat

7. Membeli wakil rakyat untuk mengkhianati undi rakyat

8. Mengerah jabatan awam untuk mengguna seluruh peruntukan bagi menabur wang kepada rakyat diluar bajet yang direncanakan.

9. Mengguna media awam untuk menyerang parti lawan tanpa memberi peluang parti lawan untuk menjawab serangan.

10. Mengguna pihak keselamatan untuk menekan parti lawan.

11. Mengguna kumpulan samseng untuk menganggu dan menyerang majlis parti lawan.

Dari senarai diatas kami menjangka martabat berpolitik di negara ini tidak lagi menuju kepada kematangan dan menilai politik sebagai perjuangan yang mulia dan dihormati tetapi sudah jatuh ketahap politik murahan yang sangat memalukan.

Kini menjemput artis terkenal dari Korea yang menelan belanja yang tidak munasabah dihidangkan kepada rakyat hanya dengan tujuan untuk menarik kehadhiran rakyat dan mencelah peluang untuk berkempen. Malah ada wakil rakyat yang terlalu ghairah untuk turut menari dipentas bersama artis tersebut hanya untuk mencari populariti murahan.

Tabiat seperti ini samasekali bukan lagi menyumbang kepada politik sihat dan bermaruah tinggi tetapi terjebak dengan politik lucah dengan tarian yang bertentangan dengan nilai timur apatah lagi nilai agama.

Kami juga amat prihatin betapa artis tempatan meluahkan rasa tidak puashati bila pihak penganjur mengenepikan mereka untuk memberi layanan lebih utama kepada artis luar. Keluhan mereka bahawa janji pihak kerjaaan untuk memberi pelbagai insentif kepada industri dan artis tempatan ternyata menghampakan .

Kini tiba-tiba seorang artis luar ditampilkan hanya untuk menghimpun peminat dan mengambil kesempatan untuk berkempen sempenan perayaan Tahun Baru Cina dengan belanja besar yang melampau.

Kami lebih kesal jika pihak pemerintah melalui penganjur dan penaja mampu mengeluar belanja sebesar itu untuk seorang artis luar , bagaimana pula nasib sekolah desa dan sekolah agama yang maseh daif tidak mendapat peruntukan sebesar itu untuk ratusan ribu pelajar dan pendidiknya.

Inilah politik yang sangat memalukan bukan sahaja untuk rakyat malah juga memaparkan darjah politik rendah dimata dunia. Sebagai sebuah negara anggota OIC serta ASEAN yang sangat sarat dengan nilai agama dan nilai hidup ketimuran , acara dan politik hiburan sebegini sangat pelik dan tidak melambangkan kematangan dan memgutamakan politik berfikiran murni dan tinggi.

Adakah ini yang hendak dibangunkan setelah negara mendewasa sebagai negara merdeka dengan slogan 1 Malaysia. Transformasi sosial apakah yang dimaksudkan oleh PM Datuk Seri Najib bila melaungkan retorik bahawa negara perlu mempunyai rakyat yang kuat berpegang kepada nilai moral dan budaya murni tetapi dalam masa yang sama merestui acara yang menampilkan hiburan yang tidak ada kaitan malah bertentangan samasekali dengan nilai dan budaya masyarakat di negara ini.

Kami kesal bila retorik transformasi sosial hanya menjadi slogan berniat politik untuk menarik pengundi tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal diterima terutama kepada generasi muda.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “MAPIM KESAL DARJAT POLITIK RENDAH MALAYSIA MENJADI-JADI
  1. JIWA HAMBA berkata:

    Reblogged this on .

  2. Salaam…keadaan rakyat sebegini alpa telah pun dikatakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam salah satu petikan Hadith Akhir Zaman. Antaranya Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa kepimpinan akan diterajui oleh kelompok yang dinamakan “Ruwaibidhah”. Mereka adalah golongan yang lekeh dan langsung tidak memahami kehendak ra’ayat. Mereka tidak ambil pusing langsung masa’alah ketandusan Iman dan amalan soleh kerana mereka sendiri hanyut. Riuh rendah mereka di podium hanya sekitar membeli jiwa yang ketandusan iman itu dengan wang dan hiburan yang melalaikan tanpa apa-apa pengertian. Bagi mereka pula kiranya menang kerusi yang dipertandingkan dalam PRU itu adalah puncak kejayaan dan aspirasi masing-masing dalam hidup.
    Sebenarnya Allah SWT .membenarkan dan mendorong laluan untuk mereka adalah bersebab. Allah mahu kita bangun dan buang selimut untuk menyaingi mereka meskipun perit. Kejadian-kejadian yang bersejarah dalam hidup imam-imam terdahulu menunjukkan mereka tidak hanya sekadar berdo’a malah bertindak juga mengikut perancangan yang ditunjuk Ilahi. Saya tahu bukan mudah untuk semua ini kerana kita tidak punya pilihan yang banyak. Kita pun tak punya apa-apa. Dinamika sahajalah jadi senjata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 314,586 hits
Kalendar
Februari 2013
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  
%d bloggers like this: